Wednesday 4 June 2008

dah 2-3 n3 aku citer pasal jiwa kacau aku kan..tp n3 kali aku rasa ceria sket. tahla, pagi nih aku rasa tenang setenang air kat taman tasik permaisuri, walo pun ketenangan aku tak sebusuk air tasik tuh...kah.kah.kah.

rutin aku mcm biasa, naik putra dari kelana jaya ke klcc, bertemankan mp3 player & emosi...tetiba aku rasa sepanjang perjalanan tadi sangat-sangat menyeronokkan. kenapa?!! tahla, takde pulak orang hulur aku duit ke, orang ngurat aku ke...he.he.he..tapi aku je sendiri yang rasa seronok..eeerrrrkkkk...adekah ini bermakna aku dah sakit mentel?!!! oh titakkkk... sepanjang perjalanan tadi aku berperang dengan emosi sendiri. tapi aku layan mp3 untuk lupakan masalah aku. aku nyanyi dalam hati..aku ingat balik kenangan-kenangan manis aku dulu.. betul lah orang kata, kalau kita bergaduh dengan seseorang itu, ingatkan kembali kenangan-kenangan manis kita dengan dia...kita akan senyum sendiri dan akan rasa hati tu setenang-tenangnya... berjaya aku kaunseling kan diri sendiri. tetapi!!! tenang aku selalunya tak lama..bila2 masa je aku bole down balik. ape nak buat?!!! mintaklah pada NYA supaya di kuatkan diri untuk meneruskan hidup ini, melawan emosi yang tak tentu tu..insyaallah, tenanglah jadinya.

so korang-korang kalo ada masalah, wat cam aku..fikirkan benda2 yang menyeronokkan..kalo tak jalan jugak, korang belanja lah kengkawan walo seketul eskrem je.. bila ko tgk kawan tuh senyum lebor sbb ko belanja, korang akan rasa seronok... ni teori hapekejadah aku tau!! tak caya, korang cuba.


**terasa mcm nak berdansa pulak dgr lagu nih... hhhmmm....lagu2 kat blog aku nih aku tukar mengikut mood semasa aku okeh! kalo korang tak suka sila mute kan volume control pc korang..sekian, tiangkayu..**

No comments: