Wednesday 31 December 2008

~rumah lom siap, pahat langsung tak bunyi~

kete dah kilat bagai hubby bawak aku gi tengok rumah aku yang tak siap-siap tuh...huhuhu.. cedey tau tgk rumah tuh tiang bersepai-sepai, dah bertahun-tahun tetap tak siap-siap jugak. boleh saman tak??? hikhikhik.. aku tak tau mana satu rumah aku, kot-kot yang tak berbumbung tu??? hahahahaha




rumah tak siap-siap, pahat langsung tak berbunyi gayanya...tensen okey, sedey tau






nak lepas tension punya pasal aku banjer hubby & mia makan kat marry brown dekat dgn rumah...yumyumyum, sendat okey asik makan dari pagi tak renti-renti...hehehe..


balik rumah aku konsentret wat keje opis yg aku tapau bawak balik, tak sempat nak siap kat opis sebabnya kan cuti panjang sak! rehat jap mandi & sambung balik menyewel wat keje tu... ngantuk jangan citerlah, lagi sikit mata nak tercucuk bontot pen...hahahaha


~tatta~

~snow wash~

hari isnin lepas makan tengahari hubby ajak lepak-lepak buang masa kat luar. aku ajak dia gi basuh keta kat U-turn car wash... lama tak wat snow wash kete tuh, sesekali biarlah dia kena urutan manja pulakkan...hehehe.

budak nih jakun tgk banyak buih kat kete, tah-tah dia ingat salji turun...hahahahah




waiting room kat sini sangat-sangatlah menyeronokkan. ngape?? siap astro & mesin urut OSIM lagi okey!! waaaahh, kellassss! basuh ketanya hanya RM8 saje, baloi sak!

~pakpakbingbing~

ahad baru ni gi kenduri kawen kazen kat taman setiawangsa. panasnya cuaca, letih tau! tempat lepak kitorg kat rumah nenek aku dengan makcik-pakcik & kazens semua, dalam rumah sejuk pulak..hehehe... lepak sampai maghrib kat rumah nenek, hubby pakej dgn tido bagai..hihihi

pengantin akhir tahun 2008, bos & wife


aku & nenet (",)


mia & moi lil kazen wani (lahirnya tarikh yg sama, 5 Jun masing-masing)


moi hubby yang berlakon...heheh


geng borak, mak aku yang tengah tu. lagi 2 tuh adik ipaunyer


balik rumah mandi puas-puas, badan melekit-lekit basah peluh kat rumah pengantin, sabau jelah! tapi tetap aku Enjoy!

~Wayang~

lepas makan berlima berlari ke klcc pulak..sebabnya nak gi tengok wayang pulak. lima orangnya: aku, aida, shah, ani & ain..3 mak dara & 2 nak dara...aaauuuwwww.. pilihan ceritanya samada "the day the earth stood still" atopon "yes man", akhirnya aku ajak dorg tgk citer baru keanu reeves lah... citernya pasal alien


aku nak petik gambar dlm wayang mcm takut sak sebabnya dah masuk lewat 3 minitkan, lampunya dah di tutup. pening aku kat wayang sebab dapat seat no 3 dari depan, rasa semacam je kena dongak...bblluuueeekkkk! citernya aku rasa ok-ok je, keanu reeves dah nampak T.U.A.... oh titak!! huhuhuhu.. habis wayang baru dapat petik gambar bnyk-bnyk, ini dah petang dah, semua sibuk nak balik

aida, bibique shah, ain & kak ani


bibique shah, aku, aida & kak ani


berpisah lima orang sahabat sendat nih. lepas nih dah cuti panjang, boleh rehat, Enjoy!

~Year End Makan-Makan~

24hb baru nih opis mcm biasa wat "year end makan-makan", tahun nih kita pilih corus hotel kat jln ampang, dekat je dengan opis nih.. jalan kaki pon boley, tapi nak jalan kaki??? malaaaaam sket ye, kitorg tahan teksilah beb! hehehe... sangat puas hati okey kat sini, makanannya banyak, sedap, seronok & Enjoy! sekali. peginya cuma 11 orang saje sebab 2 orang dah cuti.


aku (tudung kaler biji kundang/ungu/purple) & aunty shah


ni opis manager


ni geng gila-gila tak remaja lagi..hehehehe


tak ramai orang sangat, lagi seronok tau..dapat makan puas-puas..burrrrppp... ooopppssss


geng sendat...hahahahaha... kenyang beb!


abes-abes tu tak balik terus lagi. kitorg kan dah jadi bujang sekejap untuk 1 hari...hahahahaha.. kita gi jalan-jalanlah lepas tu. pegi mana??? nnt cerita


~tatta~

~CupCakes & Cookies~

camera dah jumpa...yay!

26hb tu ari aku & selly gi belajar wat deco cupcakes & cookies kat bukit kinrara. kitaorg kira last student utk 2008, nih kira aktiviti hujung tahunlah. hubby pun ada sekali tapi jadinya si tukang petik gambar, bolelahkan. tgk aje gambarnya okey. Enjoy!





gambarnya tak boleh banyak-banyak okey, sbb dah pomiz dgn "cikgunya"..hehehehehe.. sape-sape nak belajar deco cupcakes & cookies nih boleh ke sini. seronok okey bila dapat buat benda yang kita suka, rasanya sangat Enjoy!

Tuesday 30 December 2008

~Bored~

lallalalala...

aku dah bosan kat sini, nak cepat-cepat berentilah. tapi belum dapat kerja yang sesuai lagik. penatlah buat kerja kalau dah tak seronok nak buat, tak Enjoy! hati pun tak gembira. dulu-dulu kerja ada masam-manis-pahit-masin, sekarang manisnyer saje yang takde...sigh! aku suka kerja yang tak terikat dengan deadlines lagi, kerja yang happy-happy, Enjoy!...adeke kerja macam gini? hehehehehe...

bikin kerja gila! (",)

~tatta~



...hubby called kata camera tak jumpa kat bilik! eeerrrkkk...mana aku letak semalam??...

Selamat Tahun Baru

salam tahun baru semua

jangan asik tertunggu-tunggu tahun baru 2009 sampai terlupa pulak tahun baru islam yew, hehehehe

semoga tahun baru ni kita hidup dengan azam baru dan dapat menjadi umat-umat yang lebih cekal, beriman, bertakwa dan berfikir dengan lebih rasional...insyaallah.

~tatta~

cuti-cuti

kali ni punya cuti aku dapat gi jalan-jalan, yay! seronok sungguh-mungguh taw. gambar pun banyak tapi camera lupa nak bawak...sigh!

esok-esok aku cerita okey, tunggu bila gambar dah ada.

~tatta~

Tuesday 23 December 2008

haPPy

Elo!

dah shopping utk krismas? pokok krismas dah beli ke? hadiah dah balut?... hehehehe...
Merry Christmas

Selamat Hari Natal

-tatta-

Monday 15 December 2008

~Rabbit Fun Land~

semalam hari terakhir kitorg kt rumah aunty T.. gudbye utk rumah besar & welcome utk bilik kecik semula. tapi tak terus balik semalam, kitorg bawak mia pegi Rabbit Fun Land. Masa pegi tuh langit dah gelap-gelap manja, kitorg redah jugak lah.. sampai jek hujan ko!! tapi kenang dah sampaikan, berpayung bagai ler jugak.

aku dah lama nak bawak mia tgk renab kato laki den...heheheh... masa pegi tuh adalah 4 kumpulan kecik-kecik berdating ke situ... hikhikhik









tiket utk masuk main-main dgn arnab tuh RM5 sorang & dia bagi 1 peket kecik makanan. arnab ni eh bila ko dekat jek melompat lari tau, tapi ko hulur makanan jek berebut okey nyondol tapak tangan... nasib baik air liur dia tak melimpah macam kucing.. jijijijijijiji... kalo korang nak pegi, korang amek peta kat sini. sangat enjoy okey!

Friday 12 December 2008

~cupcakes~

aku kan selain suka ngemas, aku suka jugak masak.. aku suka masak western munya, sebab tu aku suka channel AFC & H&H kat astro.. tapi bilik aku xde astro... (musan taw!)

sekarang aku nak cuba untuk cuba (???) suka dengan buat cakes. aku nak pegilah belajar buat cupcakes.. sekarangkan tgh musim cupcakes, sana-sini org makan cupcakes.. padehal dulu-dulu nak senang dapat cupcakes cuma kat mamak roti / bai roti petpotpetpot kan??!!! dulu-dulu masa parents aku belum berapa senangkan, bila birthday je mak aku mesti belikan cupcakes kat mamak roti tuh letak lilin seketul (walaupun umur dah berketul-ketul) pastu suruh aku tiup...touching beb! kalau cari kat internet sekarangkan banyak betul orang ofer kelas belajar buat cupcakes ni kan, aku mungkin pergi. harap-harap otak aku belum sengal..hahahahaha.. bukan saje utk tambah ilmu pengetahuan, tapi untuk mengelakkan aku dari rasa bosan, setidaknya ade gak aktiviti aku...


aku rasa macam mencabar jugak nak wat design utk topping (topping ke orang panggil??? heheh) cupcakes nih, kena kreatif & bnyk idea. kena belajar utk jadi kreatif pulak lepas nih.


-tatta-

Wednesday 10 December 2008

~sarapan bersama chef~

dah masuk 4 hari kitorg tinggal kat rumah aunt T sebabnya dia anak-beranak balik kedah. aktiviti macam biasa pegi-balik keje. tapi sekarang pagi-pagi aku buatkan laki aku bekpas dulu..sebabnya perjalanan dah tak sejauh macam kitorg dok kajang, ada masa lebih sikit jadi siap-siap aku napau bekpas. macam pagi nih aku buat sandwich telur laki-bini namanya..hehehe.. aku suka tau kalo dok kat dapur rumah aunt T nih... seronok jek rasa.

ye fuan-fuan, bahan-bahannya terdiri & terduduk daripada sebungkus roti gardenia, 3 biji telur ayam dara, chiz & sos cili yew


gorengkan telur hingga kuning masak utk laki ku & kuning cayir utk kuz..ahak!!


siap di tapauuuu.. jom pi keje yang! bekas aku semesti-mestinya green karer okey!


jimat tau kalau hari-hari camni takyah beli kat luar, jadi duit sarapan tuh aku boh dalam tabung kelapa aku... sekian..

Friday 5 December 2008

~Salam AidilAdha~

aku, suami & mialila mengucapkan
Selamat Hari Raya AidilAdha
buat semua kengkawan...



semoga hidup kita di terangi cahaya keinsafan, insyaallah.

~rindu telefon~


kelam-kabut pagi tadi sebab dah lambatkan, rupa-rupanya aku tertinggal dua-dua hp kat bilik.. sunyi betul hidup tanpa hp nih! malam tadi aku caj 2-2, letak pulak kat tempat yang terperosok.. sudahnya, tak perasan...
berapa banyaklah miz kol & sms dah lekat agaknya... haaaaaaiiiiii...

~tanya~

aku nak tanya korang


korang dah isi lom borang maintain potongan EPF? kat opiz aku nih baru nak mula isi, bulan ni jugak kena hantarkan? korang maintain ke korang pilih 8% tu? aku maintan jelah.

Wednesday 3 December 2008

~Gerai Hijau~

akhirnya jadi jugak hubby & mia jemput aku kat opiz semalam, sapa suro dia cutikan.. jijijiji. aku upah dia makan mcm biasalah. ni yang nak citer ni, opizmet hubby rekomen makan ayam kampung kat gerai hijau btr (depan sekolah menengah cheras tu).. laki ku pun bersungguh-sungguh ler pegi situ, alih-alihnya dah tutup ko! rupa-rupanya gerai tuh bukak masa tghari jek, hampeh sak! tapi dah sampaikan, nak tak nak makanlah jugak kat situ. makan kat gerai sengal tau, lembabun sungguh servisnya...dari x hujan sampai lebatlah hujan baru nak makan.. hikhikhik..

budak kecik nih dah kebosanan tunggu makanan tak sampai-sampai ko, termenung sana-termenung sini.. hikhikhik


hubby nerai char kuetiawnyer. ape punya kuah sampai berladong kau!! bau telor jek... sungguh gagal itu tukang goreng..



aku sebabnya bawak mia sekali jadi aku orderlah nasi goreng padprik.. sama gak ko, sumer tawar berdengung... takat nak wat alas perut bolehlah...



balik tuh hubby lapar lagi tau, jadi aku ajaklah dia makan kat kfc stadium bola sepak tu tau.. lepas maghrib baru hntr mia kat rumah mak aku, pastu laki-bini nih baliklah kajang. tapi eh sblm aku hntr dia masuk rumah mak aku kan, dia manja je...





bila dia macam nilah aku x sampai hati nak tinggalkan dia kat rumah mak aku, sayu tau! kalo laki aku keje cop duit jek sure aku minta jadi "tai-tai" jek, dok rumah main dengan anaks... best!