Monday 9 January 2012

Sambil-sambil

Salam.

Sambil-sambil tunggu hubby balik, update lah dulu blog ni. Berbekalkan Digi Internet 6 gb adinda ku, amatlah puasnya hati...laju jer... mcm mat saleh tgh luncur air...sssuuuuurrrrrr.... hiks... Baru enjoy tengok youtube!!!

Mia kata seronok harini kat sekolah sebab ramai kawan baru. Aku pun seronok tak kerja harini..kalau hari-hari macam ni mesti gembiranya dirini...aaauuuuwwwwwww... Tiba-tiba nak makan peperoni pizza kat domino, lahai-lahai tekak ni tak kena waktu pula. Dan-danlah keluar iklan makanan kat tv ni, lapaaarrrrr.... Kalau dapat dorayaki doraemon pon sedap ni, peanut butter...yummy..... lemak-lemak masin...cupcupcup...

Salam.

2.0.1.2.

Salam.

Selamat Tahun Baru 2012. Tahun baru di sambut dengan cuaca panas memanjang, Alhamdulillah.

Malam-malam yang lepas tak dapat nak tidur lena, fffuuuuuhhhhh...kepanasan. Adalah dalam 32°C. Sebelum tidur basuh rambut, bangun tidur nak gi kerja basuh gi rambut, balik kerja basuh gi, tu r keje nyer. Musim-musim panas ni takde ke kedai-kedai nak bagi diskaun untuk syampu, keperluan tu.. hiks... Wat masa ni di pukul 10:35 pagi cuaca mendung sikit, angin yang dok niup tu sejuklah dari semalam... ni lagi rasa seronoknya jadi suri rumah...

Harini cuti sebab Mia baru mula sekolah, walaupun demam sikit-sikit gi, tapi alhamduillah, ceria. Kawan-kawan lama dia dah tukar sekolah, tu yang muka dia cuak je memula masuk pintu. Nasib baik cikgu tak tukar gak, kalu dak mau meraung first day. Pukul 11 kang nak gi jemput dia, minta-minta dapatlah dia kawan baru.

Dok keje ni hepi betul. Kalau cuti setahun dapat 364 hari kan bahagia...heheheee...

Salam.

Niat yang di zahirkan

Salam.

Penutup 2011 dengan niat yang alhamdulillah dapat di zahirkan. Alhamdulillah, kenduri doa selamat pada 25/12/2011, selepas setahun masuk rumah ni. Agak terlambat, tapi better late than never kan..ahaks... Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar untuk kenduri pertama kitorg. Jemputan haritu terdiri dari saudara-mara sebelah mak dan abah saya, alhamduillah, hampir kesemuanya telah hadir. Untuk keluarga sebelah hubby insyaallah akan di jemput untuk jamuan yang akan datang. Makanannya cuma nasi putih, sambal ikan, ayam goreng serai, sambal sardin, ikan masin bulu ayam, masak lemak putih, pisang dan air sirap bandung.

Lepas jamuan masing-masing pandai bawa diri ke kolam, berendam sampai kecut... kecepuuurrrr... yang mana ada kuak bebas, kuak rama-rama, kupu-kupu, hippo, telentang, terpusing, tergeliat, tapi nasib baik sumer timbul, takde yang tenggelam terus... hahahaaaa... Insyaallah, dengan sambutan macam ni, bolehlah buat lagi jamuan keluarga kat rumah ni. Bawa jelah baju lebih, bley tidur sekali kat kolam.. hiksss...



Antara orang paling kuat pada hari itu, Emakku Sayang, Cik Mia


Antara orang kuat hari tu, adindaku, Angah Selly

Antara orang kuat hari tu, sepupuku, Angah Dahlia dan Tuan Rumah, Sayalah tu

Antara tetamu hubby yang sudi hadir, Encik Saiful dan keluarga, wife nya dah selamat bersalin, baby boy


Antara tetamu saya yang sudi hadir



 





Aktiviti wajib lepas makan... kecepuuuuuuuuuuurrrrr.... Dari kembang sampai kecut jadinya budak-budak ni

 


 


Ni pun orang kuat gak ni, Sepupuku, Imah

Anak tuan rumah tunjuk bakat

Ni pun orang kuat gak, Makcik saya, Shah

Saya suka gambar ni. Budak 2 orang ni lahir 6 tahun beza tapi di hari dan bulan yang sama, jadinya perangai pun sama. Anak saya dan sepupu saya, Adik Wani.


Nak tengok gambar-gambar lain tekan je sini hah.

Kepada semua tetamu, terima kasih dari kami sekeluarga. Jemputlah datang lagi jika berkelapangan. Dan kepada kawan-kawan yang telah hadir, terima kasih juga. Semoga silaturahim yang terjalin di antara kita semakin kuat dan panjang, insyaallah.

Salam.