Friday 29 June 2012

B dan B

Assalamualaikum dan Hallohaiiii...

Saya nak cerita pasal 2 orang anak bujang saya yang dah nak berusia 3 tahun dah. Yang ini namanya Benjo. Dia ni manja+++. Asal kena sentuh je terlepek dia baring, terkangkang suruh gosok. Iiiieeee....  Rasa nak gigit je. Tuan dia sebelum ni letak nama "Atan", tapi bila sampai ke saya je macam-macam nama keluar, "MonkeyMan"lah, "Beben"lah, "Ben10"lah, akhirnya "Ben" yang memikat hati.. Tapi bagi tuan yang tak tetap hati dan gila kuasa macam saya ni mestilah nak ubah-ubah sikitkan, maka terlahirlah "Benjo". Tapi hubby masih panggil dia "Beben".




Yang lagi seekor namanya Billyboi. Nak tau cerita, sebelum ni namanya "Vicky" sebab mak saya "nampak" dia macam girl. Heheheee.... Bila vet kata dia boy dan-dan terasa geli pulak nak panggil vicky, so lagi sekali tuan yang tak tetap hati dan gila kuasa macam saya ni tukar lagi ke "Billy", pastu tukar lagi ke "Billyboi" pulak dan hanya panggil dia "B" sahaja dari sepanjang-panjang nama dia... Muahahahaaaa...



Insyaallah ahad ni nak bawak dorang pergi vet, ada temujanji untuk cacing. Lepas tu boleh timbang sekali, nak tau dorang ni kategori besar atau obes... Haiwan pun boleh obes tau, lagi-lagi macam dorang ni, kerjanya makan, tidoq.... Macam sapa lah tu... Muahahahaaaaaa...



**Sorilah ye, saya panggil mereka ni "dorang", sebab saya dah buat macam anak dah dorang ni. Pastu bila orang tanya jantina dorang saya selalu cakap "lelaki" dengan "boy"... Heheheee.... yelah-yelah, JANTAN... huhuhuhuuuu....**

Penjajahan Gua & Bos Besaq

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.

Cerita hari ini di mulakan dengan kisah serangga dan telinga. Pukul 2:30 pagi tadi saya terjaga sebab rasa ada penjajahan di telinga kiri saya... Yang saya dengar cuma.... bbbbzzzzz.... bbbbzzzzz.... bbbbzzzzz.... Alamak!!! Mana pulak datang serangga sesat ni?! Kisah lama kembali semula. Dulu pun pernah kena, tapi sebabkan kali pertama, jadinya nangis tak hengat.. Takut sebab no. 2, tapi sebab no. 1 ialah GELI! Tapi kali ni rilek sikitlah, walaupun tegak jugalah bulu roma... heheheee... Buat masa ni dah tak bunyi, samada dah kiok, ataupun dah berjaya jumpa jalan keluar. Penat saya suluh lubang telinga ni dari pukul 2:30 pagi tadi supaya "dia" jumpa jalan keluar... Siap saya buat plot cerita lagi, konon-konon "dia" sedang sesat dalam gua, lepas tu muncullah "cahaya matahari" menyinari sepanjang dalam gua supaya senang "dia" jumpa jalan keluar... Muahahahaaaaa..... Nak di jadikan cerita dari pukul 2:30 pagi tadi sampai ke sekaranglah saya tak tido-tido, ni pun separuh tingtong, di sebabkan bos besaq nak datang dari Singapura pagi ni, gagah jugalah saya datang... Kot-kot bos besaq nak bagi angpau ke, penampau tanak...

Pagi tadi ada perbincangan tak rasmi dengan hubby masa dalam kereta. Tapi panjang nah nak di tepekkan kat sini, lain kali je lah eh.

Jom sarap dulu sebelum bos besaq sampai. Dadiduuuu...

Thursday 28 June 2012

Milo & Chocolate

Salam.

Baru balik dari kerja di luar, penat jangan citerlah, tapi, seronok lebih dari penat... lalalalaaaaa... Sekali-sekali dapat lupakan kerja yang melambak kat ofis ni pun seronok juga, tapi kalau selalu lagilah seronok... hehhehheh!

Ni nak citer pasal semalam. Milo kat ofis dah habis, nak tunggu dorg beli bulan depanlah jawabnya. Atas nama persahabatan, saya & sorang lagi kawan rancang nak kongsi beli Milo. Maka berjalanlah kami ke Cold Storage, Suria KLCC. Sampai ke sana rambang matalah pulok, dari nak beli milo sahaja, terbelilah pulak ("ter" tau, tak sengaja... heheheeee...) Cadbury Hot Chocolate Drink... Sebabnya, punyalah cantik warna purple ni, tergoda jadinya... Tapi, Milo tetap beli.. heheheee...


Sampai je opis, dah siap bahagi sama rata, maka kitorang pun mencubalah Cadbury Hot Chocolate Drink itu... Rasanya??? Di awang-awangan, terapung-apung, macam kaki tak jejak karpet... Sedapnya!!! Tapi kitorang tak buat sorang sebungkuslah, kalau sebungkus je bukan tak sedap, cuma... ookklah... Kitorang buat sebungkus setengah sorang, nalla wei!! So, yang beberapa paket lagi tu saya bawa balik untuk hubby dan Mia. Polisi hidup saya, yang sedap kongsi bersama yang tersayang... Muah!!

Jom gi beli Cadbury Hot Chocolate Drink sebelum kehabisan... Yummy!

Wednesday 27 June 2012

Ta-Ta

Dia datang dan pergi...


Belum sempat bermanja, dengan pantas dia dilarikan jauh...


Semoga bergembiralah kau di sana...


Hujung tahun kita bertemu lagi...










bonusku......

Tuesday 26 June 2012

Ella - Pedih




Bukan kecewa dipinggirkan
Aku kecewa tiada kejujuran
Bukan bersedih disakiti
Teramat pedih diri dikhianati


Sebelum kasih menjadi benci
Aku memilih berpisah disini


Bila tiada kesetiaan
Tak mungkin teguh pendirian
Biar menangis di ketika ini
Tidak rela menangis kemudian hari


Hilang kekasih mungkin berganti
Yang ku harapkan teman sejati
Sebelum kasih menjadi benci
Aku memilih berpisah di sini

Retak







Berabad telah kita bercinta
Mengapa kini kau berubah
Sedangkan aku masih kekal setia
Mengharap kasih menjadi bintang jiwa


Mana janjimu akan setia
Menyayangiku siang dan malammu
Melindungi dari bara sengsara
Mempertahankan mahligai bersama


Kini tiada erti memberi janji
Janji manismu dulu
Hingga jadi api membakar dada ini


Hati ini hancur dan luluh keranamu
Hati ini hancur dan luluh keranamu
Tergamak kau berpaling dan teguh memilih dia
Semenjak hatimu dicuri jelita


Hati ini hancur dan luluh keranamu
Hati ini hancur dan luluh keranamu
Seandainya ada lagi cinta di hati ini
Akan ku benamkan sepi hanya selamanya


Semalaman di cermin kenangan
Jari berdarah diretak setia
Menanggung luka di sebalik senyuman
Hanya kerana aku seorang wanita


Lemah dunia halanya
Hati kecewa dengan janji manismu
Kini jadi api membakar dada in

Getaran Cinta Di Jiwa



Di hatiku cinta berbunga
Dan rinduku seharum bunga
Setiap detik kini nyata
Hanyalah dirimu sayang


Namun jauh di sudut hati
Mungkinkah kau daku miliki
Tak sanggup aku bersendiri lagi
Kehilanganmu oh! kasih
Tak sanggupku menghadapi
Tuhan sesungguhnya
Kau lebih mengerti


Pedih... menyaksikan dikau dan dia
Pilu... airmata kasih mengalir di pipi
Hampa... impianku luka berdarah
Mana harusku bawa hati yang kecewa
Tak sanggup kehilanganmu
Walau itu hanya dalam mimpiku
Dengarkanlah oh sayang bicaraku
Sesungguhnya ku menyintaimu


Ku luahkan perasaanku
Yang terpendam di dalam kalbu
Ku tulis lagu
Dengarkanlah getaran cinta di jiwa


Seandainya dikau mengerti
Katakanlah pada diriku
Siapakah yang ada di hatimu
Telah sekian lamanya
Kau bertakhta dalam jiwa
Setiap ketika rinduku untukmu

Sayang vs Benci

Saya sayang awak
Awak sayang saya


Saya sayang awak
Awak sayang dia


Saya sayang awak
Awak sayang dia


Saya tak sayang awak
Awak sayang saya dan dia


Saya benci awak
Awak sayang saya dan dia


Saya benci dan taknak awak
Awak sayang saya
Awak taknak dia


Saya benci dan taknak awak
Awak sayang saya


Saya benci dan taknak awak


 Saya benci dan taknak awak


Saya benci dan taknak awak

Tuesday 19 June 2012

Berseri-seri Lagi

Salam.


Semalam, pada 7 tahun lepas, genaplah 7 tahun perkahwinan adik saya dan suaminya. Yup, selang sehari dari tarikh saya bertunang. Alhamdulillah, semoga panjanglah jodoh mereka hingga ke Jannah.


Angah & Helmi, selamat hari ulangtahun perkahwinan yang ke-7, semoga bertambah-tambah bahagia dan di murahkan rezeki dari segala sudut dan penjuru, di berikan kesihatan yang baik. Dan semoga bertambah-tambahlah ahli keluarga. Amin.


Sayang semua orang-orang yang Manje, dan Pencinta Haiwan Sedunia.

Monday 18 June 2012

Berseri-seri

Salam.


Ni nak bagitau ni! Baca betul-betul!


Pada 7 tahun lepas, di tarikh hari ini, genaplah tujuh tahun tarikh pertunangan kami. Heheheeeee.... Tetiba teringat kisah dulu-dulu.. Ececececeeeeehhhh... gatai! Ni je nak bagitau... Jangan marah!!! Hohohohoho......


Sayang semua orang-orang yang Manje, dan Pencinta Haiwan Sedunia.

Sunday 17 June 2012

Happy Birthday Ben10 Maksu


Salam.

Haritu cerita kata tak jadi pergi Johor kan?!?!... Tarrraaaaaaa... Jadilah pulak ke Johor. Alhamdulillah. Gerak dari KL pun dah pukul 10 pagi, jadi sampainya campur tolak berapa kali singgah R&R, isi minyak, singgah R&R lagi, lebih kurang dekat pukul 4 petang juga sampainya. Uiihhhh... Orang Johor saji orang KL nasi ayam lah, sedap-sedap, dalam pantang-pantang makan ayam pulak berketul-ketullah saya telan... Heheheheee...

Sempena sampainya kami di Johor, sambut sekali hari kelahiran Ben10 Maksu kami yang ke-3 tahun. Walaupun buat kecil-kecilan, tapi dengan mulut camera woman yang pot-pet-pot-pet meriah juga (mulut sapa, cuba teka :P)...

Hari lahir sebenar Ben10 Maksu ialah harini, 17/6/2012. Happy Birthday Muhammad Hadif Daud a.k.a. Ben10 Maksu, semua orang sayang Ben10 Maksu, Abang Muhammad Hamzah Iqbal & Kakak Mia Nur Khalilah... MuahMuahMuah! (Harap maklum ye, Ben10 Maksu yang comel tu, yang sebelah tu ayahnya a.k.a. adik ipar saya a.k.a. suami adik saya a.k.a. menantu mak abah saya.. hohohohohoooo...)

 Bertolak balik ke Kl dekat pukul 9 malam. Hantar mak dulu, sampai rumah mak dalam pukul 12 pagi, lepas tu baru 3 beranak ni balik rumah sendiri. Home Sweet Home, zzzzzzzzzzz......

Sayang semua orang-orang yang Manje, dan Pencinta Haiwan Sedunia.

Wednesday 13 June 2012

Zoo Negara & Mia Lila 5 Tahun

Rancang punya rancang punya rancang nak ke Johor hari Sabtu ni tidak kesampaian, sebabnya hubby memang kena ke Johor minggu depan untuk seminggu. Adoyaiii... Tak dapatlah nak melepaskan rindu kat orang jauh. Harap-harap lain kali dapatlah peluang lagi.


5 Jun 2012, pukul 3:33 petang genaplah umur Mia Lila 5 tahun. Memandangkan hari lahirnya jatuh pada musim cuti sekolah, bawa dia ke Zoo Negara je. Ingat pergi sebelah petang kuranglah orang, Fullamak, ramai wei!!! Seronok juga ramai-ramai ni, meriah lor. Dalam banyak-banyak haiwan kat Zoo Negara tu, Mia Lila sibuk nak tengok U.L.A.R.... iiiieeewwwwww... goli den! Geli-geli pun bawa juga dia tengok... Muka seposen je, tak takut... Sebelum tuh berlari ke tempat pertunjukan Multi Animal Show.  Sesiapa yang rancang nak gi Zoo Negara, dari hari Sabtu - Khamis, Multi Animal Show pukul 11:30 pagi dan 3:00 petang, hari Jumaat 11:30 pagi dan 3:30 petang. Memandangkan haritu panas terik, takde rezeki nak tengok pertunjukan singa laut sebabnya depa-depa ni lebih suka berada dalam air untuk sejukkan badan dari buat pertunjukan... Macam nak join je depa-depa tu berendam... Apa-apa pun, depa-depa tu tetap comel. Jangan risau kalau anda tak larat nak berjalan-jalan dalam Zoo Negara, sebabnya anda bolehlah menaiki tram-tram yang super comel dengan bayaran yang berpatutan. Tempat letak kereta pun tak jauh dari pintu masuk Zoo Negara, bayaran nak letak kereta pun tak mahal. Kalau anda suka meriah-meriah, datanglah pada musim cuti sekolah.


Anda tahu tak yang kita pun boleh adopt haiwan-haiwan di sini, cuma kosnya tinggi sikitlah. Kepada sesiapa atau pun badan-badan swasta yang berminat untuk adopt haiwan di Zoo Negara, sila tekan sini.


** Zoo Negara tidak membayar saya untuk iklan ini ye, saya memang suka nak promote Zoo Negara sebab saya juga pencinta haiwan seperti anda semua. **


Nak sambung cerita tadi, sampai je rumah terus sambut hari lahir Mia Lila, takde mendanya, belikan kek sebiji dan lebihnya bergambar. Abah Mia Lila belikan dia sesuatu yang memang dia suka, jadi, dia dok khayal je main, mama Mia Lila pulak belikan kek je... jadi ler...


Jom gi Zoo Negara jom!


Enjoy!