Wednesday 13 June 2012

Zoo Negara & Mia Lila 5 Tahun

Rancang punya rancang punya rancang nak ke Johor hari Sabtu ni tidak kesampaian, sebabnya hubby memang kena ke Johor minggu depan untuk seminggu. Adoyaiii... Tak dapatlah nak melepaskan rindu kat orang jauh. Harap-harap lain kali dapatlah peluang lagi.


5 Jun 2012, pukul 3:33 petang genaplah umur Mia Lila 5 tahun. Memandangkan hari lahirnya jatuh pada musim cuti sekolah, bawa dia ke Zoo Negara je. Ingat pergi sebelah petang kuranglah orang, Fullamak, ramai wei!!! Seronok juga ramai-ramai ni, meriah lor. Dalam banyak-banyak haiwan kat Zoo Negara tu, Mia Lila sibuk nak tengok U.L.A.R.... iiiieeewwwwww... goli den! Geli-geli pun bawa juga dia tengok... Muka seposen je, tak takut... Sebelum tuh berlari ke tempat pertunjukan Multi Animal Show.  Sesiapa yang rancang nak gi Zoo Negara, dari hari Sabtu - Khamis, Multi Animal Show pukul 11:30 pagi dan 3:00 petang, hari Jumaat 11:30 pagi dan 3:30 petang. Memandangkan haritu panas terik, takde rezeki nak tengok pertunjukan singa laut sebabnya depa-depa ni lebih suka berada dalam air untuk sejukkan badan dari buat pertunjukan... Macam nak join je depa-depa tu berendam... Apa-apa pun, depa-depa tu tetap comel. Jangan risau kalau anda tak larat nak berjalan-jalan dalam Zoo Negara, sebabnya anda bolehlah menaiki tram-tram yang super comel dengan bayaran yang berpatutan. Tempat letak kereta pun tak jauh dari pintu masuk Zoo Negara, bayaran nak letak kereta pun tak mahal. Kalau anda suka meriah-meriah, datanglah pada musim cuti sekolah.


Anda tahu tak yang kita pun boleh adopt haiwan-haiwan di sini, cuma kosnya tinggi sikitlah. Kepada sesiapa atau pun badan-badan swasta yang berminat untuk adopt haiwan di Zoo Negara, sila tekan sini.


** Zoo Negara tidak membayar saya untuk iklan ini ye, saya memang suka nak promote Zoo Negara sebab saya juga pencinta haiwan seperti anda semua. **


Nak sambung cerita tadi, sampai je rumah terus sambut hari lahir Mia Lila, takde mendanya, belikan kek sebiji dan lebihnya bergambar. Abah Mia Lila belikan dia sesuatu yang memang dia suka, jadi, dia dok khayal je main, mama Mia Lila pulak belikan kek je... jadi ler...


Jom gi Zoo Negara jom!


Enjoy!

4 comments:

Mohd Fadzly Desa said...

Assalamualaikum Rina,

saya belum pindah lagi kat karunmas tu, entah bila leh dpt kunci, kdg rasa tensen pon ada. Awak dulu berapa lama yer proses. saya dah 8 bln ni xsetle2 lagi.

Rina sesambil tu nak kenalkan awak ngan produk kesihatan, kalau awak minat cuba masuk blog ni http://murahcheaponline.blogspot.com. Ada produk lain lagi...kalau ada email saya boleh mintak wife saya emailkan.

Rina dan Mia said...

Salam Fadzly,

Samalah dengan kitorg dlu, dekat setahun baru jejak kaki kat MKC tu. Biar lambat asal selamat.. Hehehee... Nanti saya tgk website produk tu. Ape-ape saya tggl msg kat blog Fadzly.

Salam.

Sellynna said...

selamat hari lahir mila lila.... ibu luv uuuu... ayah luv uu.. abang2 pon luv u tuuuu...

Rina dan Mia said...

luv uols.. muah