Monday 10 December 2012

Happy Hyppo


Salam.

Mula-mula cerita pasal al-kisah happy-happy dulu eh... Nak tau tak?................. Nak eh... Nak eh... Jengjengjeng... Saya dah dapat bOnUs, hoeyeah! (Alhamdulillah). Hallemak.... Masa ni lah rasanya Zalora tu lebey dabom dari muka buku.. Hehehee.... Asal nampak kasut tu nak, nampak kasut ni nak, rasa kasut tu sumer saiz nak beli... Sawan tarik ni! Tapikan... Tapi ni baru bank-in cek, kalu dah clear sok lusa lagi teruk rasanya... Pastukan... Pastu bila bukit asik kena tarah je, mesti gondolkan... Pastu lagi asal perut ni lapo je kan, makanlah kasut tu sikit-sikit sampai dapat gaji hujung bulan 1 tahun depan pulak... bbbuuurrrppp!!!


Ok, ni dah abes dah cerita yang happy-happy tu. Sekarang nak dengar cerita sedey pulak tak? Nak ke? Nak pulak.... Ok.. Ok...


Ben/Mokben/Benjo... Dah tinggalkan kami pada 21 November 2012 lepas... Untuk selama-lamanya......... isk... isk... isk...

Friday 26 October 2012

Salam Aildiladha

Salam.

Di kesempatan ini kami sekeluarga ingin mengucapkan


kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga Allah swt menerima Qurban kita di tahun ini, insyaallah. Amin.

Sunday 21 October 2012

Semangat Kesukanan di Hari Sukan~

Salam.

Semalam dari pagi sampai ke petang saya, mak & mia lepak kat Taman Metropolitan Kepong sebab ada hari sukan tadika sang kancil anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Di sebabkan semalamnya hujan lebat sangat, jadi budak-budak tu bersukan dalam padang yang becak bagai, tapi takde hal, budak-budak memang sukakan dapat main kotor... :P. Acara di mulakan dengan perarakan para atlit sukan, Mia tahun ni bawa sepanduk. Awal-awal lagi Cikgu dah bagitau supaya Mia jangan pakai baju sukan masa bawa sepanduk nanti, maknanya Mia kena pakai lawo-lawolah. Setelah itu dan ini, maka hasilnya:


Pembawa sepanduk yang glemer, tapi bad mood sebab kepanasan \(^,^)/

Setiap atlit kena masuk 2 sukan. Untuk sukan pertama "lari berhalangan", sekolah Mia dapat tempat ke-3, untuk sukan kedua "masukkan bola dalam tong" sekolah Mia dapat tempat ke-2.


Sebelum masuk sukan kan main kasut putih bersih, lepas tu............... 


Alhamdulillah. Tahun ni seronok sikit dari tahun lepas sebab DBKL sediakan bas untuk setiap sekolah, nasib baik kitorg naik bas sebab tempat letak kereta penuh, yay~

Thursday 18 October 2012

Shambal Tumish Shotong Shaya Mashak...

Salam.

Dari semalam saya mc sampailah esok, atas sebab-sebab peribadi.. hehehee... Malam ni ada pasar malam kat bandar tun razak, Mr.H belikan sotong & ikan jaket. Di sebabkan kitorg belum makan lagi, Mr.H minta saya masakkan Sambal Tumis Sotong je... Aitelyu, sssllluuurrrppp.... \(^n^)/. Bahan-bahan mcm biasa: cili blender, sotong yang di beli oleh Mr.H di pasar malam bandar tun razak, garam, air asam jawa & gula sikit. Nak sedap lagi guna kuali hitam macam kuali saya... Lololololoooo...


Shambal Tumish Shotong (tapi ni dah tinggal separuh sebab dah kena ngap tadi)


Saya & Mr.H tengah layan Mia tengok Om Shanti Om di kala tengah hujan ni... Selamat Malam Semua (*n*)


~Tadi g melawat nenet saya yang baru semalam selamat menjalani pembedahan membuang katarak mata kirinya. Belikan nenet cermin mata hitam sekali, melaram sakan.. Tapi lupalah pulak bawa kamera (*,^). Semoga nenetku cepat sembuh, lagi 6 bulan nak buang katarak mata kanan pulak... hhaaaiiissshhh...~

Tuesday 16 October 2012

Malam yang sepipipi...

Salam.

Alhamdulillah, hujan lebat dari petang sampai sekarang ni ha... Sojuk eh ghaso eh... Mia tengah baiknya berselubung dalam selimut sesambil mimpi tu, Mr.H baru kuar gi kenduri arwah pak hamid hari ke-3, saya pulak ingat nak tidur awal, tapi mata ni kan main lagi segar-bugar, ni yang malas balik awal ni, iiisssshhh...... Tapi, sementara mata ni degil kan, saya nak tunggu drama "Osman Baku" di TV2 pukul 9:30 malam ni, citer kelakor.. Tacaye, cer cuba tengok kang (^n^). Jangan lupa gelak eh, gelak tu senaman untuk menenangkan jiwaz dan ragaz hokey...

Tapi sementara tu, layan youtube dulu... Selamat malam & semoga mimpi indah-indah (*,^) Salam~

Monday 15 October 2012

Hujan di pagi hari...


Salam.

Hari ni nak cerita fasal semalam. Pukul 9:43 pagi Mr.H dapat 1 sms dari kawan baik dia. Mr.H tidur lagi sebab tak sihat, jadinya saya ler yang busy body baca, sms tu tertulis cenggini "***, bapak aku dah meninggal dunia". Aramak... Berderau darah saya, seram sejuk badan ni... Saya kejutkan Mr.H bagitau dia, kelam kabut dia siap mandi bagai sampai tak sarap dulu & trus ziarah jenazah kat hospital. Sedih dengar Mr.H cerita kawan baiknya terlalu sedih sampai tak dapat bercakap. Mr.H temankan kawan baik dia sampai ke kubur. Semoga Allah swt mencucuri rahmat keatas roh pak Hamid, semoga beliau di tempatkan si kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Semoga encik Saiful dan keluarganya tenang menghadapi pemergian ayahanda yang tersayang.

Al-fatihah.

Saturday 13 October 2012

Satu petang di hari Sabtu

Salam.

Lepas selesai makan dan melihat Mr.H & Mia makan, saya lepak dengan anak buluz pulak. Hari-hari cuti je dapat memanja-manjakan dorang ni, alolololooo...ciannya... Dan yang pastinya, asal "ter"sentuh je, terbaring, manja tersipu-sipuan. Diperkenalkan: Benjo, Billyboi & Muffin.

Billyboi atau MokBi: Gurau kasar dak ni, suka nah pakai kuku, suka gigit kaki orang, suka kena dukung, suka kangkang, suka lepak kat kain belum basuh (wangi sangat kot :P), suka kacau orang masak, penakut dan cepat panik walaupun orang datang hantar gas je dia dah lari masuk bawah katil~



Benjo atau MokBen: Asal sentuh je jatuh, asal jatuh je mesti kena sentuh, tak suka kena dukung, friendly, bertenang sentiasa, suka lari masuk bawah katil supaya takde sape pun boleh keluarkan dia dari situ~



Muffin atau MufMuf atau Inspektor Muffin: Asik kejar saya nak soh dukung, suka lompat atas MokBi, suka tidur dengan MokBen, baru 3-4 bulan join keluarga kami~




Billyboi & Benjo:




Muffin:



Ni permandangan dari balkoni rumah. Masa beli rumah ni, depan tu sumer penuh dengan pokok-pokok-pokok... Sejuk mata memandang, tapi setahun-dua ni makin gondol di buatnya. Tengoklah:





Mini "padang bola" yang ada depan kondo ni, bolehlah wat budak-budak kat sini melepaskan gian main bola bagai, dari melepak tak tentu halakan... Bijak... Bijak...:




Oklah, nak soh mia gi mandi, dah petang ni... Salam.

Sambal Ler Tumis Ser Udang Nge... Yummy Yummy~

Salam.

Sedara-sedari cikebung-cikebung, harini saya nak cerita lagi fasal masak, t.e.t.a.p.i., kalini bukan chef pot yang masak... Habeh tu sapew? Huhuhu.... chef gila kuasa a.k.a. saya ler tu... Masakan saya pada hari ini di namakan Sambal Ler Tumis Ser Udang Nge... Yummy Yummy~. Bahan-bahannya terdiri dari: Cili blender (cili kering, bawang merah, belachan), udang yang di kebas dari rumah ibu mertua ku, garam, air asam jawa & gula sikit... Pastu lebur-lebur-lebur sampei jadi cenggini:



Yang paling penting, jangan lupa masak nasi terlebih dahulu, siap masak bolehlah trus mamam.. Yumyum...



Ceeewaaah... 4 thumbs up (hubby & mia) kata chef pot... (^,*)


Hah... Tunggu pelagi, cecepat gi beli barang :P

Salam.

Thursday 11 October 2012

Sardin In De Haos.....

Salam.

Kebelakangan ni chef pot bersemangat betul memasak. Sebelum kejadian Sotong Goreng Kunyit tadi, ahad lepas chef pot masak Sambal Tumis Sardin extra Belacan... Halo.. Halo.. Lemaknya.... Saya pun menapau ke ofis keesokan harinya, ramai pulak yang suka... Alhamdulillah, kembang kuncup chef pot mendengornya...

Bahan-bahan senang je, cili blender, sardin dalam tin, garam, gula sikit, air asam jawa, dan BELACAN! Meh tengok gambo meh:

Sila abaikan percikan cili blender kat surat khabor tu ye...




Nampak tak si saden yang tengah lemas tu... heheheee.....



Lagi uuummmppphhh kalo pekena dengan telo mata... Gunakanlah minyak jeton untuk kebaikan tubuh badan anda... ades...

 


Sambal Tumis Sardin 1/2 kental 1/2 hancos chef pot... Adeh... Lapar lagilah... Jom makan "lagi" jom....

Sotong Kawen Dengan Kunyit Tadi..... Yummy

Salam.

Semalam dan harini saya terpaksa amek cuti kecemasan sebab baby bucuk besar dan kecik tak sihat. Sebagai seorang jururawat yang tak bertauliah tapi berjaya ni, saya dok "klinik" jaga "pesakit" je... hhaaaaiiissshhh... Semalam Mr.H takde selera nak makan sebab demam, tapi harini dia dah mula nak makan itu ini pulak. Pagi tadi dah gi makan tosei telur kat kedai mamak, tengahari pulak Mr.H teringin makan sotong goreng kunyit. Sebagai seorang jururawat yang solehah dan mithali ni, terpaksalah jururawat ni ke kedai beli sotong, halia, cili api je.. Bahan lelain tu Mr.H dah kebas siap2 dari rumah mak dia :P... soleh... soleh...

Memandangkan Mr.H a.k.a. "chef pot" tengah bersemangat nak makan dan M.A.S.A.K., saya pun dengan gembiranya tolong sikit-sikit... Buat berkat... lololooo... Chef Pot pun mula siang sotong, potong kecil-kecil, basuh, lumur dengan kunyit, rehat.... Sambung hiris halia, potong cili api, rehat... Saya tolong potong bawang besar, bawang putih, siang kepala sotong, buang dakwat sotong, blablabla sambil basuh kain... Chef pot masak, saya tukang rasa, nallawei...... Tacaye? Tacaye masaklah sendiriz... Meh tengok gambo meh..


Memula masak kat kuali besaq



Pastu pindahkan ke kuali kecil sebab nak kurangkan minyaknya



Dah boleh makan dah... Secukup rasa



Dah... Dah... Pi cuba masak, walaupun simple giler, tapi bertambah-tambah-tambah i cakap u...

Sunday 7 October 2012

Senjata Tajam... Tacaye?!?!

Salam dan Selamat Malam. Pada yang tengah makan tu selamat menjamu selera eh, makan perlahan-lahan, jgn sampai tercekik... :)

Malam ni ye kengkawan saya nak cerita fasal beg. Beg ape? Beg ini:

(Ada apa sama ini beg?!... jengjengjeng...)

Selain beg tangan saya, sekarang saya bawa beg ni juga kalau keluar berjalan ke mana-mana, terutama sekali bila keluar dengan Mia. Nak tengok pe ada dalam beg ni?! Tengok eh... tengok eh... Babacaaaaakkk...




Inilah yang saya bawa (setakat ini):




Inilah senjata No.1) saya bila bawa Mia keluar, dia tak merayap sana-sini, nak itu-ini dan selalunya boleh buat dia leka... fuuuuuhhh...




Ini pulak bila Mia dah bosan dengan No.1), saya keluarkan senjata No.2)



Si Bobble Head tu tak termasuk pulak dalam zipper beg sebab tinggi nah...



Salah satu cara untuk tak menyepahkan beg dengan barang kecik-kecik macam ni ialah gunakan zipper bag, memang senang. Selain barang tak bersepah, senang juga nak tau beg ni untuk barang apa, sebab lutsinar kan, nampak isi karungnya... Ramai dah wat cara macam ni, tapi saya je yang baru nak cuba... Kesimpulannya: senang dan kemas. Cubalah eh...




Yang ni pulak takdelah "senjata" mana pun, takat nak sumbat mulut saya dengan Mia. Selalunya bila Mr.H sibuk potpetpotpet dengan client dia, kitorg pun potpetpotpet sumbat mulut...


Almaklumlah lepas-lepas raya ni, semperit aje yang ada.. horhorhorrrr... Selalunya saya bawa roti. Air takde dalam ini gambar kan?! kan?! Sebabnya air sentiasa dalam beg tangan saya supaya takde kes tengah2 jalan sibuk nak minum...


Hak yang terakhir-akhir sekali ni, senjata untuk kebosanan diri sendiri. Bila Mr.H potpetpotpet dengan client, Mia pulak leka dengan No.1) ataupun dengan No.2), saya terus ke No.4). Obses ni!!! Tak dapat fesbuk pun takpe, asalkan saya kejekan petak-petak ni...


Kot-kot ada yang dah de niat nak bagi saya hadiah hari jadi saya bulan depan, takyah susah-susah pikir lagi dah, saya dah bagi klu macam kat atas nu.... heheheee.... (*,^)


Sebenornya ada lagi satu beg, pink karer... Tapi beg tu saya letak Mia punya baju, seluar, dalaman, bedak, sikat, cekak, klip rambut, body spray, stokin, macam-macam lagilah. Beg tu sentiasa ada dalam kereta, senang. Nak saya buat entri fasal beg pink tak? Nak eh... Nak eh... heheheee... Tungguuuuuuu.....

Jadi, selamat mencuba cara ini supaya korang mahupun anak-anak korang tak bosan bila keluar berjalan-jalan ye... Kecuali kalau dorang nampak eskrim, cara-cara ini semuanya (setakat ini) tak pernah menjadi... horhorhor...

Salam dan Selamat Malam.

Thursday 4 October 2012

Bobble Head... Toing... Toing...

Salam.

Malam tadi belanja Mr.H Double Spicy Chicken McDeluxe & Mia Happy Meal Nuggets, sebab dah janji dari last month lagi. Saya punya ceritalah kat Mia Happy Meal dapat toys Hello Kitty/Ben10, tapi nya habis pulak, dapatlah mainan yang ni je:


McDonaldLand Bobble Head Grimace yang ungu, besar dan tomei-tomeinya....

Muka Mia mencuka jelah sebab lain di cerita, lain pulak yang dapat. Hehehee..... Next time saya nak tutup je mulut ni, jangan banyak nah cerita, nanti dia ingat saya ni cakap tak serupa bikin... Harharhar.... Sebenornya saya yang terlebih suka nak kumpul mainan McD ni. Masa bujangan dulu sampai 4 kotak mainan McD saya kumpul, dulu-dulu tabley beli mainan je, kena beli dgn happy meals...kurus jap poket.. Horhorhorrr... Sampai ke Mia, semua dia "sedekahkan" kat orang, dia campak dari tingkat 5 ke bawah, kan main lagi budak2 kutip. Takpelah, dari kecik kena ajar jangan kedekut :'p... Tp dah umur 5 tahun ni dia nak kumpul pulak, kali ni McD baik hati boleh beli mainan je RM3/satu, yay~... I'm lovin' it!

Saya pulak malam tadi makan Ramly's Double Special Burger Daging tanpa Roti je... Yummy!

So, kurangkan gula dalam minuman dan mulakanlah hari anda dengan senyuman yang manis dan ikhlas... Salam.

Wednesday 3 October 2012

OSO... Ape eh?!

Salam.

Nak citer fasal cerita baru yang saya & Mia tengok. Walaupun cerita ni dah lama tapi kitorg baru dapat tengok sabtu lepas. Itu pun pinjam kat kawan je dvdnya, ceritanya ialah:


Seronok sey! Dah tengok? Best ek! Eh... Belum lagi?!!! Apa lagi, pi beli dvd cepat pi... Beli yang ori eh... (*,^)

Halo?!

Salam.

Saya tahu ini dah sehari lambat, tapi saya tetap nak cerita fasal semalam. Semestinya semua orang tahu fasal "Matahari" semalam kan... a.k.a. "Fenomena Halo". Sebenar-benarnya saya langsung tak perasan, masa dalam teksi dari Mydin ke ofis tengahari semalam, pemandu teksi yang bagitau. Puas terintai2 nak tengok matahari tu, tapi silaulah pulok. Jadinya, inilah gambar matahari yang saya ambil dari Google Image:





Nak tahu ape tu Fenomena Halo, baca di sini. Bersyukurlah kerana kita masih dapat melihat keajaiban ciptaan ALLAH SWT, dan berdoalah semoga kita dan negara kita tidak di timpa bencana dan mala petaka. Insyaallah.

Monday 1 October 2012

HP hilang... siapa ambil?!

Salam.

Nak cerita fasal kisah mistik tak mistik. Ni fasal kehilangan telefon bimbit a.k.a. handphone (hp).




Yang hairan tu, mesti hilang hari Jumaat. Termasuk saya, dah 3 orang hilang hp.. hhaaaiiissshhh... Mana pi taktaulah~ Takde klu! Pelik gak! Hari Jumaat hilang, hari sabtu telefon mesti dah masuk voicemail! Yang pelik tapi benar tu hilang dalam ofis pulak tu, hhhmmmmmmm....


Semoga takde lagilah hp yang hilang kat sini, insyaallah. Cukup-cukuplah tu... Amin.

Saturday 29 September 2012

Perantin Baru Tadi... Siapa?!?

Salam.

Selamat berhari Sabtu ye, semoga lancarlah segala urusan rumahtangga awak-awak semua. Sarapan apa pagi ni? Kitorg sarap nasi goreng je, ni pun de lagi sepinggan, nak?!.. huhuhuuu...

Incik hubby kerja, saya tengah temankan Mia layan Barbie dia yang dah tak tau dah berapa juta kali dia tengok, jangankan hafal lagu, dialog pun dia hafal dah.. Hhaaaiiissshhh...

Apa-apa pun, saya nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada sepupuku Zack & Azrin yang telah selamat di ijab kabulkan sat-sat tadi... Bertambahlah "masjid", amin...

Perantin baru-baru :P Musti dagdigdug jantung ko eh... tak pun musti tak lalu nak makan eh... heheheeee....



Ceeewwaaaahh... Jadi ketua keluarga dah,semoga menjadi pemimpin yang adil, bertanggungjawab dan soleh, In Shaa Allah.

Alhamdulillah~

Friday 28 September 2012

Abdul-Wiah 2012... Ape tu???

Salam.

Ni cerita dah nak basi dah ni, tapi.... baca jelah yew! Seminggu lepas raya haritu saya gi Hari Keluarga Abdul-Wiah 2012 kat Chalet Kembang Sejati, Melaka. Tempatnya memang seronok, chalet berdepan dengan laut, sejuk je memalam.


Pastu dapat pulak chalet kayu macam ni, adeh... teringat rumah arwah tuk-nek dulu. Nostalgia sey~


Sebenornya memang tiap2 tahun keluarga belah Mak buat hari keluarga ni, cuma tahun ni keluar dari kebiasaan pulak. Dan untuk tahun ni jugak pertama kali pakai t-shirt khas untuk acara ni, seronok taw! Amcam, cantik tak?...... ngaku jelah cantik dan menawan dan tertawan dan di tawan...


Bertolaknya pergi hari Jumaat (31/8/2012) lps solat Jumaat, dan bertolak balik pada hari ahad (2/9/2012) lepas makan tengahari. Hari Sabtu pulak macam-macam acara sukan ada, yang kena berlari, menolak, menyanyi, beragam, dan yang pastinya keesokannya menggigil kepala lutut... haaiiissshhhh... Dan yang pastinya acara yang wajib: bergambor sebelum bertolak balik ke destinasi memasing. Ada yang terus balik, de yang menyinggah... Macam kitorglah, memandangkan adik abah ada kat Melaka, singgahlah sekejap bertanya khabar, lepaslah rindu abah kat adiknya. Balik tu highway punyalah J.E.M... aduyaiii... Incik hubby lencong ke LEKAS, punya berbelit jalannya, tapi tak jem, terus singgah Klinik Haiwan Mesra, BBB, jemput burmy (ni buah hati abah), benjo, billyboi dan mufmuf bawak balik...

Ni citer tak boleh blah ni: Memandangkan mood benjo tak berapa baik malam tu, dia tanak kongsi carrier dengan mufmuf, jadi dalam kereta saya riba je mufmuf. Memula tu dia ok je, pastu tetiba je mengiau sana sini, mulalah dalam hati saya ni "pesal ko ni???", dah lah balik memalam ko tetiba bunyik plak... Pastu diam balik... Tak semena-mena bising balik, pastu diam sampailah kat rumah. Ni tak syok ni... Dupdapdupdap! Tp masa lepas dia ngiau yg pertama-tamanya, de cam bau sesuatu, tp cam lite-lite je, pastu lepas ngiau ke dua plak, cam lemak-lemak pekat plak baunya... hhaaaiiissshh... pe ni?! Sampai je rumah, buka pintu kereta, lampu menyala, jengjengjeng......: baju saya basah, pastu ada 3 ketul "alien" kat atas riba saya... Cis ko mufmuf, ko berakkan ma eh?!!!... hhuuwwwaaaaaa.......

Ni "Teman tapi mesra" ni, tapi..........................................: mesra lah sangat :P


Yang ni pulak "Teman tapi berakkan ma"... hhuuuwwwaaa!!!





(Ni lah burmy, layanan 1st class hokeh!~.. Heheheee...)

Thursday 27 September 2012

Birthday ~ September 2012

Salam.

Ucapan Selamat Hari Lahir/Selamat Hari Jadi/Happy Birthday ini di tujukan kepada 4 orang yang istimewa di hati saya, iaitu

- abah (05/09)
- incik suami (07/09)
- mummy-in-law (09/09)
- sis-in-law (26/09)

bersempena hari bahagia mereka yang jatuh pada bulan September ini. Dan ucapan ini juga di tujukan kepada kawan-kawan sekelian alam yang hari lahirnya juga jatuh di bulan September ini. Semoga ALLAH SWT mempermudahkan segara urusan kalian di dunia dan akhirat, semoga di berikan kesihatan yang baik-baik sepanjang usia mu, dan di berikan kebahagiaan, serta rezeki yang melimpah ruah, insyaallah... Amin

Yok nyanyi yok~






***Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-35, Abah dan Emak. Semoga kasih dan sayang berkekalan hingga ke syurga Allah, insyaallah... Sayang selalu dari kami 3s (Sabrina, Salina, Suzanna)***

Monday 24 September 2012

Notti Me (^,^)

Salam.

Sebelum Puasa, Habis Puasa, Sebelum Raya, Habis Raya...

Adoyaiii... Tak berkesempatan lansung nak bercerita... Okay... Okay... Saya pun rindu korang jugak, tapi pe kan dayer <(!_!)> So, nak cerita nanti panjang nah, tengok gambar jelah yew... Tata!

Monday 16 July 2012

Muffin dan Abang Bulus

Salam dan Hallohaiii...

Sabtu yang biasa-biasa je baru ni hubby takdok, pi kerja. Jadi, bertemankan Mia, kami bersarapan nugget ramly dan nasi goreng pedas-pedas manja je. Pastu memandangkan kepala tengah sakit, temankan Mia main game kesukaan dia kat laptop abahnya sampai ke petang. Nasib baik wat nasi goreng banyak, dapatlah hubby rasa petang tu. Lepak-lepak main dengan anak bulus, bergurau senda bagai, saya ajak hubby bawak Muffin gi vet. Baru 4-5 hari tinggal dengan kami b*nt*t dia sentiasa ada najis, tapi bukan cirit yang air tu. Kesian, sampai dah merah b*nt*t dia. Kami ke Klinik Haiwan Mesra, Bandar Baru Bangi. Memang dari saya bujang lagi kalau kucing mak abah saya tak sihat ke, nak vaksin ke, nak mandul ke, nak dok hotel ke memang selalu kami kesini. Alhamdulillah, semuanya baik-baik je.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/1030/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.3.jpg

Inilah kliniknya, dan inilah ownernya!

Di sebabkan Muffin ni dulu kucing jalanan, jadi doktor pun wat test dan-dan tu gak nak tengok kalau-kalau ada virus. Kalau positif, kena kuarantinkan Muffin dari abang 2 orang tu, dan akhirnya dapat keputusan, alhamdulillah, negatif! Jadi bolehkan biarkan dorang bertiga main sesama. Doktor bagi siap2 ubat cacing dan suruh tukar makanan Muffin, mungkin tak serasi. Kami pun tukar dan bukan Muffin sorang yang makan, abang 2 orang tu pun menyelit jugak nak rasa. Ceh! Pastu belikan budak bertiga tu permainan. Dah, pi main puas-puas... Hohohoho!!

Alhamdulillah, setakat pagi tadi b*nt*t Muffin dah tak bernajis lagi, cuma tinggal merah sikit-sikit je. Muffin pun dah rajin makan biskut yang baru, walaupun abang bulus 2 orang tu asik tibai je Muffin punya. Perut pun dah bulat, berat timbang kat klinik dah 1 kg. Tak lama lagi bolehlah join abang bulus membesar bagai johan!

Wednesday 11 July 2012

Biskut dan Kofi

Salam dan Hallohaiii...

Sementara menunggu encik hubby datang dari Kelana Jaya ke Jalan Ampang bagi menemani puan isterinya di ofis, harus saya updet blog kan. Kat luar tu pulak gelap baru lepas hujan... Tangan ni gigil dah macam henpon bila vibrate pulak.. tttrrrrrr... tttrrrrrr... tttrrrrrr... Berbekalkan neskafe susu dan biskut lemak hup seng 15 keping (sila baca berulang-ulang.. 15... 15... 15... campurkan kesemuanya jadi berapa keping?.. muahahahaaaa),pun tak kenyang-kenyang...

(pinjam gambar dari sini)

Manalah encik hubby nih lom sampai-sampai lagi, saya tak suka betul dok ofis ni sensorang. Sebabnya? Sebabnya kalau dah sensorang tu bukannya jadi kerja, mengulor je...

~Tapi apa pun jomlah ngulor sesama... yok~

MufMuf

Salam dan Hallohaiii...

Nama saya Muffin, tapi mama & kakak mia panggil saya "Muf" atau "MufMuf", abah pula panggil saya "Inspektor Muffin". Saya baru 3 hari di rumah mama dan abah. Sebelum ni saya selalu datang makan kat rumah nenek dan atuk, tapi saya tak tinggal situ. Saya terpisah dari ibu saya, saya tak tahu mana ibu saya dan adik-adik saya yang lain dah pergi. Mungkinkah mereka dan kena tangkap? Atau mungkinkah mereka dan mati kelaparan? Atau berkemungkinan mereka dah mati dilanggar? Saya tidur di hadapan pintu tempat sampah. Mama selalu panggil saya, gosok-gosok badan saya, dukung saya. Bila mama buat macam tu selalunya saya akan "rrrrrrrrrrrrrr..........", saya sangat suka. Hari Isnin mama dan abah datang rumah nenek, lepas tu mama dan abah terus ambil saya bawa balik ke Balakong. Mereka kata nak bela saya. Sampai rumah je terus mama bagi saya makan biskut dan minum air bersih. Tak payah saya minum air lopak lagi!

Kat rumah mama dan abah ada 2 ekor abang yang BESAR PUNYERRR! Abang Benjo & Abang Billyboi. Abang Benjo suka cium belakang saya dan ikut mana saya pergi, tapi Abang Billyboi garanglah, suka kejar saya. Walaupun saya kecil, tapi saya pun ada angin juga. Seronok bila dapat balas kejar abang Billyboi balik... Mulai semalam dia dah serik nak kejar saya. Sekarang saya dah boleh baring dekat dengan abang Benjo dan abang Billyboi. Mereka dan serasi dengan saya.

Nanti mama dan abah nak bawa saya jumpa vet, nak dapatkan vaksin pertama saya. Takutnya...


Sayalah Muffin/Muf/MufMuf/Inspector Muffin

Monday 9 July 2012

Zoo Negara Lagi dan Lagi dan Lagi

Salam dan Hallohai...

Weekend yang baru lepas ni di penuhi dengan aktiviti kekeluargaan walaupun tak  cukup 2 orang ahlinya. Sabtu lepas habis membasuh kain yang menimbun bagai, saya & Mia ikut famili adik saya yang datang dari Johor merendek ke Mid Valley bersama-sama dengan Emak & JueJane. Naiknya 1 kereta sahaja, demi mengurangkan kesesakan lalulintasnyer pon. Lama nah tak merendak ke tempat-tempat macam tu. Dulu-dulu lepak bawak duit & IC je dah cukup, janji kawan-kawan sekepala, sekarang ni kena bawak beg dah macam beg balik kampung dah, mana dengan nak pimpin anak lagi.. Macam nak balik kampung.. hohohoh!! Pape pun enjoy gambar ni...






Ahad pulak dengan jumlah ahli yang sama kitorang merendek ke Zoo Negara pulak. Waaaahhhhh... Memang tempat kesokaan kitorang. Baru bulan lepas pergi, ahad pergi lagi, Mia pulak esok lak ada rombongan sekolah ke sana juga... Hamek ko, muak tak muak... Sebabnya kesian tengok budak-budak ni sebok nak gi Zoo, bawak kan jelah... Enjoy gambar ni...









Alkisahnya, balik je dari Zoo, Mak & saya terus bawa Mia pi potong rambut. Pendek giler. Pagi tadi cikgu dia dah bising dah, tak tomei katanya.. Heheheh!!




 Malam semalam dorang balik Johor dan kitorang kat sini rindu-rinduan. Pasni dah susah dah dorang nak balik kl sebab memasing dah jadi pelajar semula... Tunggulah nanti kitorang pulak turun ke Johor.. Yok!!