Tuesday 9 July 2013

Thursday 20 June 2013

Jerebu

 
Kat opis ni macam-macam bunyi ada, sssrrrooottt, sssrrreeettt, kung...kung, khak...khak... Ni sumer sebab jerebu kan?!~ Nak share dengan korang sesuatu, selamat membaca!~




Korang jaga kesihatan baik-baik k. Kurangkan aktiviti luar dan pakai mask kalau perlu!~

 

Karipap Bus Stop

 
Selamat pagi! Semalam saya mc sebab demam, selsema + sinus. Saya & Doc rasa mungkin sebab habuk dari kerja-kerja membaik-pulih ofis depan ofis saya tu. Oh mak aiiii... Yang tak asma boleh kena asma kalau datang ofis saya. Muka dengan rahang saya ni macam kena ketuk dengan tukul je rasa, nyut-nyut-nyut dah macam dangdut katanya. Dapat pulak ubat selsema yang super power mengantuk, alhamdulillah, bangun tidur tu muka & rahang dah tak sakit, selsema pun kurang sikit.
 
Jadi harini saya ingat taknak makan ubat selsema tu kat ofis, nanti kat rumah baru makan. Takut kang tingtong menahan ngantuk, boleh jadi macam zombie pulak. Mari kita mulakan harini dengan senyuman. Kalau boleh cuba bertahan senyum tu sampai 1 harini ek. Yay!~
 

 
Pagi ni pra-sarapan saya karipap kentang kat bus stop depan PNB (sebelah LUTH) kat Jalan Tun Razak. Ni kalau lambat sikit sampai ni, tinggal bekas je. Kejap lagi nak turun pi sarapan dengan BFF pulak. Yay!~
 


 

Tuesday 18 June 2013

This site is blocked

 
Tak jadi makan biskut gula orang sebelah, sebab orang sebelah dan balik. Jadinya, saya minta biskut lemak orang depan je. Mari kita sambil-sambil menaip tu makan biskut lemak cicah nescafe panas.
 
 
 
Ni nak cerita pat ofis saya sekarang dah tak boleh nak gatal-gatal merayap ke website 'social networking', 'streaming media', 'instant messaging',  'personal network storage', dan macam-macam lagi. iiissskkk... iiissskkk... hiba je rasa datang pagi-pagi celik dan bila balik malam-malam buta. Jiwa rasa kosong je... Sampai hatimu.. Tapi yang tak boleh pakai tu, dah tau tak boleh tapi tangan tu rajin je mencuba (dalam hati berbisik, 'mintak-mintak bolehlah...') (!_!)
 
 
Nasib baik Quran Explorer, LiteFM, MIX fm dengan Dengar Radio Online tak kena block, dapatlah saya mendodoikan jiwa raga ini selagi jodoh dengan ofis ini panjang lagi...

Apelah nasib kebun saya yang saya dah usahakan dekat nak setahun tu eh?! Camanalah dengan pokok pisang, pokok epal, pokok limau, ayam-ayam, biri-biri, kambing-kambing, madu lebah, duit saya yang dah beratus ribu, xp tu?

Huuuwaaa...rindunya kat FarmVille2...

 

'AACCHHOOO!!!'

 
Bermulalah episod demam + sinus + running nose + 'aacchhooo!!!' Memang menjadi kelaziman kalau dah 'aacchhooo!!!' sana, 'aacchhooo!!!' sini perut jadi lapar. Teringin pulak roti canai, kari kambing dengan teh-o panas. Running nose ni pulak bukan main laju dah macam dalam show running man je. Maka keluarkan stok-stok tisu watsons yang super cute saya kumpul kat ofis ni. Setakat ni tisu watsons je boleh saya guna kalau tengah selsema, tisu lain tu lagi saya lap hidung lagi habuk-habuk tisu tu menusuk masuk ke lubang hidung. Bukan makin baik, tapi lagi 'AACCHHOOO!!!' adalah. Napa eh...

 
Ini semestinya bukan iklan berbayar. Tapi silakan kalau ada yang nak mencuba. Saya akhiri cerita ni dengan secawan nescafe panas, biskut gula minta kawan sebelah ni hah dan juga tisu Watsons! Salam.
 


Mincess dan Princess

 
Petang semalam saya dengan berjayanya telah melangkahkan kaki penuh usaha yang gigih dan semangat yang jitu ke Stesen Kelana Jaya. *clap.. clap..* Tapi takdelah melangkah beriya-iyanya pun, tapi naik putra. Petang tu terasa nak balik sama dengan cikebung. Macam biasa sebelum balik gi makan dulu. Perut ni lapar nasi tapi naluri kebuncitan kata 'tamoh nasi memalam!'. Jadinya cikebung belanja makan kat Kaw Kaw Burger lagi. Saya amek single beef je + kebas bawang cikebung yang super banyak, pastu minum teh-o suam sebab dah ada tanda-tanda nak 'aacchhooo!!!'...
 
 
 
 
Plan asal lepas makan terus balik, tapi cikebung melencongkan kodok hijau gi jemput Mincess sekali. Rindu katanya kat Mincess atau pun cikebung selalu panggil dia 'koko'! Motif?!?! Tatau... Masuk je dalam kodok hijau, Mincess terus tunjuk hadiah besdei dia dari Maksu Jinpa dia.
 
 

Kat bantal pink tu tertulis:
 
 
Sayang nak bagi Mincess bawak pi tido, takut nanti melekat peta asia pulak... <(*,*)>

---> kredit to: Lyssa - untuk Tutorial Meletakkan Perkataan Assalamu'alaikum.
 
 

Monday 17 June 2013

MNKbR

Assalamu'alaikum.

Belek-belek album, nampak gambar-gambar Mia yang sedang membesar bagai "mincess" ni.



Kadang-kadang tak percaya dia dah 6 tahun. Tapi bila dia potpetpotpet terasa pulak macam makcik-makcik (^,^)


Popcorn+Rowdy Rathore

Assalamu'alaikum.

Sabtu baru ni bawa Mia pi main-main kat taman rekreasi (kot!) kat belakang hospital kajang. Alahai, sedih tengok permainan kat situ, kopak bagai. Walaupun Mia tak puas nak main tapi tetap cukai aiskrim baiya yang pacak motor kat taman tu.



Lepas tu isi minyak kat BP, cuci mata, tak pasal-pasal tercuci poket juga beli popcorn.

Popcorn (Tong Garden) RM 3.50 kat BP

 
Ni yang Cheese. Sedap juga, lemak-lemak ayu.  Tapi saya lagi suka yang Caramel... Lemak-lemak goyang... Rasanya ada 4 jenis kalau tak silap, tapi lagi 2 jenis tu lupa apa!
 
So, acara hujung minggu ialah makan popcorn sambil melayan Rowdy Rathore!
 
*Chinta Ta Ta Chita Chita*
 
 


Friday 14 June 2013

Antara Sebab Rezeki Susah Masuk

Assalamu'alaikum.

Pagi ni saya jenguk-jenguk blog orang, lepas tu terjumpalah post ni yang rasanya bagus untuk di kongsi. Selamat membaca!


:: Antara Sebab Rezeki Susah Masuk ::

.: Gemar mengungkit - ungkit pemberian.

.: Asik mencanang perihal duit yang tidak cukup untuk urusan itu dan ini.

.: Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit (RM1)

.: Berkira untuk membantu memudah kan hal yang baik.

.: Riak bila bersedekah.

.: Banyak berbuat maksiat / kemungkaran.

.: Tidak / kurang bersedekah.

.: Tidak bersyukur / banyak mengeluh.


Penawarnya adalah :



Semoga lepas ni rezeki kita bertambah-tambah, in shaa allah. Amin.

Tuesday 11 June 2013

Mia 6

Assalamu'alaikum.

Pejam celik Mia dah 6 tahun dan selamat dah majlis sambutan hari jadi dia. Alhamdulillah. Majlis berjalan dengan lancar dengan jemputan yang limited. Mungkin... Mungkin ini sambutan yang terakhir buat Mia memandangkan tahun depan dia dah mula sibuk dengan sekolah. Bukan maknanya tak sambut dah, tapi mungkin (mungkin lagi) cuma sambut dengan keluarga je.Ape-apelahkan!


Selamat Hari Jadi AnakKu Sayang. Semoga menjadi anak yang solehah, di berikan kesihatan yang baik, rezeki yang banyak, ilmu yang bermanfaat, iman yang tetap dan keberkatan dalam hidup, in shaa allah. Amin.

Tuesday 29 January 2013

KKBB apatu?!

Salam.

Tak abes nak cerita lagi ni, sambungan dari citer bawah tadi tu. Manjang je tak abes citerkan, tu karangan dulu selalu lulus. Tapi bukan nak citer pasal kelas, ni nak citer pasal lepas abes kelas. Bunyi macam budak U kan, sekali sekala teringin jugak.

Maklumlah, habis kelas dah petang, perut saya dan perut angah pun dah berduet lagu ombak gastrikkan, jadi kitorang pun dengan bangganya berjalan nak ke kantin tu. Tengok punya tengok cam makin cantik pulak kantin tu, pagi tadi macam biasa-biasa je, rupanya orang dah booking untuk wedding. Adoyai, perut ni cam makin super kuatnya bunyi, alololooo.... Lepak-lepak tunggu masing-masing punya cikebung, kitorang pun layanlah klik klik... Ape tu klik-klik? Ni hah...

 Klik 1

 Klik 2

Tunggu punya tunggu akhirnya cikebungs pun sampai. Memang penantian yang penuh kebuluran petang sabtu tu berbaloi-baloi. Cikebung saya bawak kitorang gi mamam kat area opis dia. Ingat ajak makan kat william (tunggu bonus ler kalau yang ni). Letak keta kat area mayang oasis, pastu follow je muntut cikebung. Rupanya cikebung nak ajak kitorang makan kaw-kaw burger bakar atau saya pendekkan ke KKBB je eh, akhirnya dapat gak orang johor rasa.

 
(gambo kredit: mykhalish.com)

Memang tak pernah mimpilah nak makan KKBB ni sebab katanya punya fofularkan kat wangsa maju tu sampai beratur panjang. Tacaye? Cer caye...

 
  (Sumber: Google Image je)
 
 Bagus gak kan KKBB ni bukak cawangan kat PJ, dekat je dengan opis cikebung saya pastu tak ramai sangat orang, tunggu pun tak lama. Tempat  duduk pun banyak kat mayang oasis ni, boleh makan dengan penuh nikmat.. yumyum... Meh tengok kitorang makan apa petang tu.

 Taddaaaaaaaaaaaaaa.....
 
 Angah makan Kaw Kaw Single Burger




Cikebung angah/adik ipo saya tu makan Kaw Kaw Double Beef Baconizer Cheezy


Pastu angah saya amek ni plak set meal yang ada 3 biji sosej dengan cheezy sos, dorang kata sedap. Saya takde mood nak rasa petang tu, tapi kalau tanya sekarang ni, nyesal pulak tak rasa... cikebung sila baca "saya ngidam nak makan yang ni walaupun saya tak ngandung...." heheheeee



Cikebung saya makan Kaw Kaw Triple Beef Baconizer. Tengok pun macam sengkak je perut. Tengok dorang makan memang enjoy betul, pastu saya pun cukailah sikit cikebung punya, sedap sey. 

Sebelum ni saya dah rasa tempat lain punya beger bakor, tapi KKBB memang de best & de boom ar aitelyu! Baik korang gi gegar KKBB kat memana cawangan, mesti terangkatlah! Meh tengok orang tengah baek punya layan kesedapan kaw kaw burger bakar tu meh




Ni angah saya dengan cikebung dia. Kunun-kununnya "Nak sikit long? Sedap tau, rugi ko tak makan.....". Orang johor ni memang sporting gilos~.


 Inilah cikebung saya, tengoklah punya sedap makan sampai muncung lentik. Janganlah nak nafikan kesedapan penuh jusnya..... pi beli cepat pi!!!


~burp~

Saya punya? Oh, itu petang saya takde mood nak makan beger walaupun saya cukai beger cikebung saya. Bagi nak mendatangkan mood makan saya semula, haruslah saya berjalan dari gerai ke gerai kot-kot kenankan, dan mata, kaki serta selera saya terhenti di depan gerai baek punya! Apelah lagi, gerai mamak namanya.. Hohohohohoooo... Saya makan biasa-biasa gitu, ni je




 Nasi goreng mamak dengan ayam, so simple kan. Tapi eh, kurang garamlah, so terencat sikitlah nak nikmati kemamakkannyakan, tapi nak habislah jugak saya makan... heheheee

Kesimpulannya sabtu lepas memang best! Otak penuh ilmu, perut penuh makanan, hati penuh chenta... Adios & Salam.