Thursday 30 April 2009

Teater MAHSURI

Dah pergi tengok Teater Mahsuri? Hah, belum lagi? Iiissshhh...pergilah, tapi harini pementasan terakhir... Kalau korang teringin, korang doalah biar dia lanjutkan lagi.


Kitorg pergi malam semalam. Yang aku boleh cakap cuma, WOW!!!





Ini pertama kali aku gi tengok teater dan sangat-sangat tidak menghampakan.


Tak pasal-pasal sekarang kitorg hubby-wifey dah jadi ketagih pulak nak tengok teater.


Kitorg enjoy betul! Sangat-sangat menghiburkan. Jalan cerita yang tak berat dan sangat meninggalkan kesan. Walaupun si pengarah ubah sikit jalan cerita, tapi masih meninggalkan kesan. Penonton pun terikut emosi pelakon bila gembira, romantis, suspen, kecewa, sedih dan teraniaya.


Kisah percintaan Mahsuri & Wan Darus.


Bila suasana senyap sunyi, boleh dengar orang nyedot hingus......atau dengan nama lain, penonton menangis! Seriusly, aku dapat rasakan keadaan masa tu, penuh penganiayaan... Subhanallah, ALLAH maha mengetahui dan maha adil... Hanya DIA yang mengetahui keseluruhan sejarah MAHSURI lebih dari manusia itu sendiri... Wallahu'alam.


Nikmatilah sedotannya…(sssuuurrrpppp…sedot tau.. ekekekekekek)





Mahsura & Wan Derus…ekekekekekek..





~Sekian, Tatta~

Senyonyong

Kawan opis aku ni beli perfume. Beli...beli...beli...tapi tak pakai-pakai. Terpaksa aku yang pakaikan...ekekekek... Kalau aku dah tolong pakaikan, mestilah aku TERbeli jugak... "TER" tau, bukan sengaja....ekekekekek...


Dia jual kat aku je, sebab dia tahu sebelum ni aku pun pakai perfume tu jugak...mak suker sangat okey, sambil tepuk-tepuk tangan lagi! (",)


Nama pun kawan sejatikan, harus setuju ansurankan. Dia kata dari perfume tu lansung tak guna-guna, ansuran pun ansuranlah.


Iiissshhh...taklah, hubby tak marah. Sebabnya aku kena bayar sendiri...ekekekek.. Aunty ita pun suka bau dia, adalah aku geng... Lalalalalala


Flower by Kenzo




Wanginya aku harini...bau bunga... Bunga apa? Eerrrr....patik kurang periksa pulak... Hehehehehe, sembaranglah...


~Tatta~

Boss Balik Umrah

Ingat tak aku cerita fasal boss aku yang gi umrah tu?! Oh, dia dah balik dah. Hari isnin dah masuk opis. Macam biasalahkan, mesti ada buah tangan dari sana.


Dia keluar dari bilik dia je kita ni ramai-ramai dok peluk cium dia. Kan orang kata jauh bau bunga, dekat bau bangkai...busuk.. Ekekekekekek... Jadi 2 minggu dia takde kitorg jadi rindu pulak dengan dia. Susut skit bos aku tu.


Dengarlah cerita dia fasal dia buat umrah tu. Rasa seronok sangat, bila giliran aku eh?! Aku doa biarlah aku dapat pergi dengan famili aku sementara nyawa yang ALLAH swt pinjamkan ni belum DIA ambil semula... Insya'allah. Sambil-sambil dengar citer tu dia jamu kitorg dengan kurma, macam bulan posa je aku rasa...heheheheh...


Pastu baru dia agih-agihkan buah tangan. Mana tidaknya, selagi dia tak hulur, selagi tu kitorg menenggek kat dia....ekekekekek... Uiiisssshhh, mak tak hipokrit okey (",).


Dia bagi sorang selai sejadah (utk muslim jelah), wangi betul! Iye, memang wangi! Tak caya korang gi beli sendiri...ekekekekekek... Ada yang nak wat sejadah, macam aku rasa-rasa nak frame kan. Sebabnya sejadah ni khas untuk bahagian dahi & kepala je, pastu gambar KAABAH, nak wat berkat, manatau lepas ni rejeki kami pula.



Ada lagi, orang panggil ni celak MAKKAH. Aku tak reti pakai, tapi rasa-rasa nak bagi mia pakai... Oh, semestinya bukan aku yang pakaikan, mestilah emak ku terchenta...heheheheh.. Kalau aku yang pakaikan sure mata mia macam lebbbammm... :p



Boss aku kata barang-barang tu sumer dia beli kat MADINAH. Kalau dapat gi MAKKAH & MADINAH ni, rasanya tak gi melancong tempat lain pun takpe dah... Betul tak? Ini pada akulah, ekekekekek...


~Tatta~

Tuesday 28 April 2009

(",)

Dah gaji?


Bagus.


Kenapa bagus?


Sebab...


Isetan & Parkson ada




Jom!!!

Teater Mahsuri, Istana Budaya

Walaupun masih frust sebab lom dapat-dapat lagi tajuk filem hongkong tu, tapi ada jugak citer hepi-hepi.


Semalam sampai-sampai je hubby tunjuk...4 tiket ke Teater Mahsuri kat Istana Budaya. Eeerrrkk....tergezut mak! Tak pernah-pernah dia dapat tetiba plak bos dia nak bagi kat dia. 2 tiket utk kitorg hubby-wifey, 2 lagi utk kawan dia & wifey.


Best ke tak best teaternya taktaulah, apa yang penting pengarahnya Fauziah Nawi, mahsurinya pulak Vanida Imran. First time ni nak gi tengok teater, ngantuk tak eh?


~Tatta~

Minta Tolong Lagi - ANITA MUI

Hmmm...


Masih belum ada lagi sapa-sapa yang dapat tolong aku cari tajuk filem Anita Mui tu....oh, sungguh keciwa rasanya...


Mana nak cari eh? Kat speedy ada tak rasa-rasanya? Ade ke jual citer lama-lama nieh?


Sapo nak tolong mak ni hah?!

Monday 27 April 2009

Ikat Rambut 2

Babacak!!!


Hehehehehe...


Aku eh dah lama nak ikat 2 rambut mia. Akhirnya berjaya juga.



Ni eh kalau dapat anak perempuan, seronok betul dapat main rambut dia, klip sana klip sini, ikat sana ikat sini...aku pulak lebih-lebih seronok... Huhuhuhu... Hubby dgn abah aku soh potong rambut mia, tapi aku dgn mak aku rasa macam sayang pulak..... Lelaki ni ek memang tak memahamikan... Hehehehe...


~Lallalalalalalla~

Ziarah MIL

Salam.


Last sabtu & ahad pergi menziarah MIL kat hospital. Happy MIL dapat jumpa cucu sorg dia tu yang tak tau duduk diam tu. Budak kecik ni eh buat hospital tu macam bilik dia je.....bingit! Sekarang pulak doktor kata paru-paru MIL kena jangkitan kuman, ishishish...macam-macam eh! Takpelah, kurang-kurang MIL kat hospital & ada doktor & misi-misi manis tolong tengok-tengokkan.


"Eh, ni katil hospital eh? Bukan katil mama ke?...." Ekekekekekekekekek



Katil banyak lagi kosong, kalau korang nak aku boleh bookingkan....ekekekekek



Kena tunggu hujung minggu baru dapat ziarah MIL, susah ek waktu melawat ni clash dengan waktu kerja.


~Tatta~

Saturday 25 April 2009

William Corner

Salam.


Hari sabtu memang tak kerja tapi hari ni hubby & mia teman aku datang opis sebab nak updet blog & ambil kotak A4...sejuk pulak harini... Lepas ni terus gi hospital besar kajang, nak lawat MIL. dah 4 hari MIL masuk tapi baru nari aku nak gi jenguk. Tau-taulah waktu ziarah kalau hospital besar ni, sama waktu dengan orang bekerja...susah eh?! Yang ni minggu depan aku cerita, sekarang ni nak cerita pasal makan.


Petang semalam dinner kat william, pj. Konpius...konpius...konpius... Memang kalau pergi william tak tau mana nak pilih, semua macam sedap. So hubby rekomen kitorg makan PESTO HERBS EXTRA CHEESE WITH MEAT, CHICKEN & SPINACH BALLS + FRIED TOFU. Banyak eh, tapi bukan sorg 1 tapi macam biasa, kongsi. Kalau pesto herbs yang standard punya cuma ada spinach balls je, yang lain-lain kitorg tambah. Last post aku haritu takde gambarkan, semalam aku sempat petik gambarnya, korang nikmatilah ye




Takkan korang nak tgk gambar makanan je ye tak, meh tgk kitorg...ekekekekek




Nari macam bosan je. Ingat nak ajak hubby gi UE3, dulu dalam tu ada 1 kedai jual perabot hotel terpakai...taktaulah ada lagi ke tak...


~Tatta~

Friday 24 April 2009

Hello

Salam.


Juz nak bgtau yg MIL sekarang getting better. Semalam dapat borak sekejap kat telefon. Dengar suara MIL yang ceria, hilang rindu. Kemungkinan untuk MIL tinggal kat hospital lebih lama tu tinggi, sebab kahak masih banyak, sampai semalam pun masih kena pakai topeng gas...kesiankan?! Aku ajak hubby pergi ziarah MIL sabtu ni, bawak sekali si notti sebab MIL rindu. Mesti kecoh satu wad tu, mulut dia jerr....potpetpotpetpotpet... Heheheheh.


Ni cerita fasal rumah pulak. Semalam hubby dah jumpa dengan loyer rumah. Blablablablabla...kalau takde ape-ape insyaallah dah boleh tukar nama dalam SnP... Semoga urusan di permudahkanlah. Amin!


Hubby sekarang dah mula minum Jusmate, insyaallah kalau takde halangan dia nak teruskan berdiet. Aku & si notti sentiasa sokong dia. Sekarang malam pun aku dah malas nak makan sebab takde kawan... Tak pasal-pasal pagi-pagi buta aku dah kebulur. Lapar tu jadi 2-3 kali ganda pulak. Sekejap lagi nak teman wini gi Uda Ocean KL, situ baju-baju budak boleh tahan murah...tapi tangan tak boleh tahan nak korek poket... (",)


~Tatta~

Thursday 23 April 2009

SELAMAT PAGI (",)

Selamat Pagi (",)


Saya doakan kawan-kawan semua hari ini hari yang di penuhi kegembiraan, keceriaan dan keberkatan NYA...insyaallah.


~Tatta~

Wednesday 22 April 2009

Sayu <(!_!)>

Hari ni ada cerita yang sayu


Malam semalam dalam pukul 10:30 kitorg 3 beranak sampai rumah. Bila aku bukak pintu perasan MIL takde kat dalam. Tgk selipar dia pun takde. Hubby kol MIL tapi hp dia tinggal kat rumah. Then hubby tipon pulak SIL, rupa2 MIL kat hospital sebab semput. Kitorg sikit terkilan sebab tak di beritahu. Takpelah, letak kat tepi je rasa terkilan tu sebab rasa lega sebab MIL dah kat hospital, SIL yang hantar.


Pagi tadi hubby cakap MIL kena tahan sebab semput. Aku setuju MIL dok hospital. Sekurang-kurangnya orang hospital yang lebih mahir untuk jaga MIL buat sementara ni. Cuma aku sayu je pagi tadi turun tangga nak mandi rasa sunyi je kat bawah. Selalu dengar MIL batuk, kadang-kadang bertegur sapa, MIL bukak astro oasis, dengar orang berzikir...tapi pagi tadi sunyi...


Aku ni bukanlah menantu yang baik, dan dah ada pun orang yang dengan terang-terang kata aku manusia yang jahat. Tapi aku juga manusia biasa yang ada perasaan dan rasa kasih sayang. Walaupun MIL hanya mertua, tapi walau baru 3 tahun duduk sama, makin kuat rasa sayang aku pada MIL wujud dalam hati aku. Perasaan yang tak perlu aku tunjuk-tunjuk depan orang.


Aku rasa sunyi bila dia takde. Aku doakan MIL cepat2 sembuh dari semput, cepat-cepat dapat keluar hospital & tidur kat katil sendiri.


-Salam-

Tuesday 21 April 2009

Kolaj

Pagi tadi aku mendonlod picasa3 yang free itew...


Terus aku nerai wat kolaj...akhirnya menjadik jugak. Yay!


Taraaaaaaaaaa....



Bagi kategori orang-orang buta IT ni, uuuiiissshhh...manganyaaaaa... Eh, alhamdulillah... :-p


~Tatta~

Klinik Mediviron, Sri Permaisuri

Cak!


Assalamualaikum. Dah makan belum? Bagusss...kenyang perut suka hati betul tak?!!>>>betul!!!


Hari sabtu haritu teman hubby gi klinik. Sekarang eh opis hubby tak terima mc klinik lain dah, jadi menjajau cari klinik mediviron, yang terdekat kat sri permaisuri. Sebenarnya bukan yang terdekat tapi yang kitorg jumpa. Rupanya kat area bangi pun ada...hikhikhik... Sampai klinik dalam 1:05 tghari macam gitu, sekalinya doktor rehat sejam...sengal betul nak tunggu. Nasib baik dorg bukak citer hindustan, NAINA, ala-ala cerita THE EYE.


Lapar, penat & ngantuk...kombinasi yang menyeramkan...hikhikhik




Letih nak ngejar budak yang tengah membesar ni... Punyalah aktif, sampai dah berak pun dia nak manjat lagi... Bau tu jangan citerlah, pekat...likat...padat... Ekekekekekekek...




Selesai hal klinik gi minum kat kedai mamak sebelah tu je, punya panas haritu... peluh jangan ceritalah punya laju meleleh... Aiyak!!!


~Tatta~

Friday 17 April 2009

Friskies®

Korang pernah tengok tak program realiti kucing pertama di Malaysia kat TV3? Macam best je bunyinya. Aku pun suka gila dengan kucing. Harinya Sabtu 12:30 tgh - 1 tgh, 21 Mac - 16 Mei 2009. Aku selalu tgk sedutan (sedut?) kat tv3 tapi lom pernah sekali pun dapat tengok. Kalau korang pun macam aku cuma dapat tengok sedutan (sedut lagi...) je, korang tgk kat sini.


Rancangan ni berbentuk hiburan dan kebajikan. Bagi setiap pek kebajikan Friskies®, 50sen akan di dermakan terus kepada SPCA. Kalau korg mengundi pun korang secara tak lansung menderma jugak.



Derma tau, dapat pahala percuma (",).


Ok, hubby baru kol kata dah sampai selkom jalan semarak. Nak siap-siap, wangi-wangi...mesti hubby bersin... Hehehehe...


Salam.


~Tatta~

Tunggu hubby-Makan nasi

Hubby terchenta baru je sms, kata tgh panaskan enjin kereta, dah agak-agak panas bontot baru dia gerak. Dia tanya aku jalan jem tak? Korang tolong tengokkan bleh, aku jauh dari tingkap ni... Tima kasih daun keladi, kalau gatal garu sendiri... (-.-)

Kak ani yang matanya cepet pelawa aku makan malam sorang separuh. Bekal tengahari bawak ke malam, mantop!!! Makannya nasi putih boh kicap tamin masin dengan sambal ikan merah. Bismillah...



Tapi tadi siap2 aku dah janji dengan hubby & little mialila nak belanja dorg makan malam. Nak kena makan lagi ke? Tapi aku rancang nak diet pulork. Makan ke diet? Makan ke diet? Makan ke Makan? Makanlah.


~Tatta~

Bawak balik kotak kertas A4 hari ni

Ade cerita lagi.


Aku tengah tunggu laki aku datang jemput, ish..tiba-tiba je rasa macam MEM besar...memang semulajadinya aku semakin besar...harap percaya (",)


Harini nak bawak balik kotak-kotak A4 paper banyak-banyak. Sekarang aku nak mula ngemas barang-barang pelan-pelan, tak kelam kabut nanti. Kenapa aku nak kemas mulai sekarang? Apa selama ni aku tak pernah ngemas? Ish..ish..ish..bukan macam tu. Nak tau tak? Ok, aku cerita...


Hubby kan nak beli rumah dah. Hubby nak beli (nak atau dah beli??? konpius) Mount Karunmas Condo kat Balakong tu. Loan dah setel (rasa nak guling-guling kehepian je semalam...lalalalala). Tulah pasal aku sebok nak ngemas sekarang. Sikit-sikit lama-lama penuhlah kotak-kotak tu.


Harini 5 kotak dulu, sok-sok diam-diam aku songlap lagi kotak-kotak yang lain. Lepas nih mesti bos aku fobia beli A4 paper pakai kotak kan, mau dia beli pakai pastik pulork.....bengong :p



Rasa-rasa aku ni berseni tak orangnya?




Sapa nak tolong? Bagus! Korang niat dalam hati je tau...cayang korang... cup..cup..cup..


~Tatta~

Aku pergi coket dengan kawan-kawan ofis

Aku cerita lagi ni.


Tadi tengahari budak opis yang aku suka panggil kak ina, ajak gi coket...cepat-cepat aku angguk, yay, dapat jalan! Perginya ber4 naik teksi yang sporting giler, siap wat u-turn & reverse suka-suka hati pale lutut dia jerk...ekekekek...


Memulanya pergi makan. Nampaknya sedap tapi rasanya ahem-ahem je. RM3.50 oklah. Panas giler, budak-budak ni beli macam-macam, serailah, kunyit hiduplah, daun limaulah. Ish..ish..ish..kalau esok malas masak elok wat mandi je barang-barang tu...hehehehe...


Kak ina ngajak gi sevei cenderamata utk tetamu sebab anak buah dia nak kawen. Kitorg pun nyeboklah sama memeriahkan keadaan... Untuk tak membuang masa, rayap punya rayap aku "termasuk" kedai barang-barang dapur pulak. Hajat di hati cuci-cuci mata je.. Ish...sekali tercuci poket pulak... Ni yang laki aku tak gemor ni... Ekekekek.


Ni je kenang-kenangan dari coket aku beli, biscuit cutter. Tak tertahan rasanya bila nengok ada bentuk miki maos, crown, eskrem, blablabla... Bila nya aku nak buat biskut pun tak terlintas di pale otak aku.






Tapi yang pasti balik kang nak gi cari tanah liat budak-budak tu, nak soh hubby ajar wat bunga ros. Aku ni kan buta seni & keras tangan, kang nak wat bunga ros kot-kot jadi bunga raya pulork... Jom cuba jom.


~Tatta~

Notti MiaLila

Budak yang makin notti ni sekarang dah 22 bulan, atau 1 tahun 8 bulan.


Sekarang dah pandai nak nyanyi, separuh kita boleh faham, separuh lagi dia je yang faham...hehehe...


Dah pandai pujuk...ni yang mahal tau..



Baik korang beranak cepat-cepat. Jaga budak ni letih tapi menghiburkan, i tell you!!! Hehehehehe...


~Tatta~

Monday 13 April 2009

Pendekar Bujang Lapuk

Tgh baik punya karang-karang entry baru tadi, tahapehapepasal tah takleh upload gambar pulak...adehhhh! Takpe, since aku dah draftkan entry tu, esok lusa kat opis aku cuba uploadkan gambar yew.



Sekarang kita citer pasal aktiviti harini dulu. Tadi tengahari gi jalan-jalan cari makan, pusing-pusing-pusing tak jumpa tmpt yang berkenan di hati hubby...at last jumpa 1 restoran dekaaaaaaaaaat je dgn hotel...hikhikhik. Buang minyak je pusing-pusing ngko, hampeh sak! Kat situ ada jual nasi campur. Kalau korg tgk lauk pauk dia memang hancos, tapi eh orang kata lom cuba lom tau betul tak?! Kitorg amek nasi putih pastu boh kuah masak lemak putih berladung (berladung=penuh), ayam goreng, pastu yang wat nalla ialah sambal belacan...kawkawkaw perggghhhh! Tak picaye ke? Picayelah, tekak dgn perut aku tak bo'ong... Ekekekekek...


Sekarang tinggal aku berdua je dgn mialila kat bilik. Hubby macam semalam gak gi enterten orang2 yg datang kursus. Malam smlm dorg gi makan sifud (seafoodlah...jijijijijijiji), ni malam tak tau mana pulak. Aku siap soh hubby tapau makan, lapar beb. Aku bangsa takleh lambat makan sebab gastrik aku teruk. Iya, iya aku tau korang risau...ekekekekek... Doktor cakap aku & sape2 yg ada gastrik ni kena kerap makan dengan kuantiti yang sedikit, bak kata orang tua wat alas perut...


Ni sementara tunggu hubby balik aku layan citer Pendekar Bujang Lapuk kat TV2. Kat sini baru dapat saluran RTM, kalau kat bilik aku kat kajang memang hancoslah, takat dengar suara jek gambarnya kita bayangkan sendirilah...jijijijijiji... Semalam hubby balik dekat kol 11, tapi ini hari aku dah pesan dia soh balik awal sikit sebab lapar giler ni. Adalah roti cokelat seketul, tapi aku simpan utk mialila...hah, betullah macam korang cakap, aku memang mama mithali...ekekekekekekek...


Oklah, korang-korang jaga diri tau. Jangan notti-notti selalu. Salam sayang dari aku yang jauh di perantauan...ekekekekek...


Lalalalalalalalala...pokpokpok...bujang lapok...


~Salam & Tatta~

Cukai Utama Hotel, Cukai, Kemaman, Terengganu

Pertandingan sengit tengahari tadi antara hubby & mialila. Fuuuuhhh...sungguh mencabar dan menduga tahap kesabaran betul! Masing-masing nak tunjuk hebat. Tahap konsentrasi yang padu bagi kedua-dua peserta. Saingan sangat sengit walaupun antara abah dan anak sendiri. Keadaan senyap dan sunyi, sampaikan aku tak berani nak buat bunyi walaupun tarik kerusi. Hanya gambar-gambar inilah saje saksi kejadian pada masa itu...




Hubby penuh konsentrasi dan mengekalkan kejuaraan!!!




MiaLila tekad kali ini untuk menang!!!




Saling mencabar antara satu sama lain!



Pelbagai cara dan helah aku buat untuk hubby & mialila supaya salah sorang mengalah.


Akhirnya mialila terpedaya dengan helah aku... Sikit-sikit tangan dia rayap masuk pastik...ngapngapngap...






Dengan secara rasminya hubby menang untuk kali ke berapa tah...


~Caiyok...Caiyok...Caiyok~

Dah upload gambar dah... (",)

Peluang! Peluang! Peluang!


Since hubby tgh enjoy dengkur & mialila senyap sunyi tidur, aku curi2 peluang utk upload gmbr... Heheheheh.. Kena pandai rebut peluang yang ada! Mula dengan gambar dari nak bertolak dulu yew...


Ni kat kfc depan HUKM BTR tu, sapedek dulu baru boleh jalan, maklomlah nak jalan jauh... Perut aku kan aktif berbunyi... Jijijijijijjijijiji.. Gambo aku idoq ler ade, sebab aku yg ngambek gambor dorg ye dak? :p




Hubby drive dari kajang ke cukai ni. Mujur dia tak ngantuk, sebab mulut bini dia eh sebok karaoke sepanjang jalan... Ekekekekekekek... Tau-tau dah masuk area pahang...



Tu...tu...sungai pahang, ikut kata hubbylah... Mangai, aku nih dahlah fobia air, kecut usus besar aku...





Sepanjang jalan tu hujan, tapi tak lebat mana pun. Yang syoknya lalu kat banjaran titiwangsa ni, sejuk je...kabus sana sini, mata aku pun cepat je layu... :p



Super bosan okey, cd Ella tah baper kali main pun aku tak sedor, asal bosan je aku ngap, asal aku ngap je mesti bosan... Ekekekekek... Ngap punya ngap dah masuk terengganu... Bersihlah terengganu, mak kagum nok!!! Sepanjang jalan kat cherating tuh teringat zaman-zaman hanimun dulu, ahaaaakkkk.....lomantik!



Hujan dari siang bawak je malam. Budak tecit ni siap dalam bilik pun aku pakaikan baju tebal2... Tak reti dok diam tau, dia buat macam rumah sendiri jek. Nasib baik aku ni penyabar... Ekekekekekekekkkk...



Ni pulak pagi tadi gi sarapan kat kopitiam hai peng, kata hubby pernah masuk tv... Secara tak lansung fofularlah gamaknya. Hubby rekomen aku makan telur 1/2 masak ni, sorang 2 biji... Heheheheheh... Lemak berkrim okey... Kahkahkahkahkah... Tak caya sudah. Tapi tak cukup sebab kongsi dengan mialila...ingatkan dia tak suka hanyir.











Pastu hubby ajak gi jalan kat mini zoo yang baru gomen rasmi. Kitorg sampai belum pun 9:30, tapi mini zoo bukak pukul 10:00, terpaksalah balik bilik je... Musnah harapan :p



Jadi, sekarang hubby & mialila tengah lumba sapa tido paling lama... Ekekekekekekekek... Hampeh jek!


Ok, ni gambar utk semalam& pagi tadi... Karang aku nak ajak hubby gi lunch, kalo kat opis ni aku tgh kenduri dgn budak2 tu kat kantin, lapau lerrrr... salam!


~Tatta~