Monday 16 July 2012

Muffin dan Abang Bulus

Salam dan Hallohaiii...

Sabtu yang biasa-biasa je baru ni hubby takdok, pi kerja. Jadi, bertemankan Mia, kami bersarapan nugget ramly dan nasi goreng pedas-pedas manja je. Pastu memandangkan kepala tengah sakit, temankan Mia main game kesukaan dia kat laptop abahnya sampai ke petang. Nasib baik wat nasi goreng banyak, dapatlah hubby rasa petang tu. Lepak-lepak main dengan anak bulus, bergurau senda bagai, saya ajak hubby bawak Muffin gi vet. Baru 4-5 hari tinggal dengan kami b*nt*t dia sentiasa ada najis, tapi bukan cirit yang air tu. Kesian, sampai dah merah b*nt*t dia. Kami ke Klinik Haiwan Mesra, Bandar Baru Bangi. Memang dari saya bujang lagi kalau kucing mak abah saya tak sihat ke, nak vaksin ke, nak mandul ke, nak dok hotel ke memang selalu kami kesini. Alhamdulillah, semuanya baik-baik je.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/1030/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.3.jpg

Inilah kliniknya, dan inilah ownernya!

Di sebabkan Muffin ni dulu kucing jalanan, jadi doktor pun wat test dan-dan tu gak nak tengok kalau-kalau ada virus. Kalau positif, kena kuarantinkan Muffin dari abang 2 orang tu, dan akhirnya dapat keputusan, alhamdulillah, negatif! Jadi bolehkan biarkan dorang bertiga main sesama. Doktor bagi siap2 ubat cacing dan suruh tukar makanan Muffin, mungkin tak serasi. Kami pun tukar dan bukan Muffin sorang yang makan, abang 2 orang tu pun menyelit jugak nak rasa. Ceh! Pastu belikan budak bertiga tu permainan. Dah, pi main puas-puas... Hohohoho!!

Alhamdulillah, setakat pagi tadi b*nt*t Muffin dah tak bernajis lagi, cuma tinggal merah sikit-sikit je. Muffin pun dah rajin makan biskut yang baru, walaupun abang bulus 2 orang tu asik tibai je Muffin punya. Perut pun dah bulat, berat timbang kat klinik dah 1 kg. Tak lama lagi bolehlah join abang bulus membesar bagai johan!

Wednesday 11 July 2012

Biskut dan Kofi

Salam dan Hallohaiii...

Sementara menunggu encik hubby datang dari Kelana Jaya ke Jalan Ampang bagi menemani puan isterinya di ofis, harus saya updet blog kan. Kat luar tu pulak gelap baru lepas hujan... Tangan ni gigil dah macam henpon bila vibrate pulak.. tttrrrrrr... tttrrrrrr... tttrrrrrr... Berbekalkan neskafe susu dan biskut lemak hup seng 15 keping (sila baca berulang-ulang.. 15... 15... 15... campurkan kesemuanya jadi berapa keping?.. muahahahaaaa),pun tak kenyang-kenyang...

(pinjam gambar dari sini)

Manalah encik hubby nih lom sampai-sampai lagi, saya tak suka betul dok ofis ni sensorang. Sebabnya? Sebabnya kalau dah sensorang tu bukannya jadi kerja, mengulor je...

~Tapi apa pun jomlah ngulor sesama... yok~

MufMuf

Salam dan Hallohaiii...

Nama saya Muffin, tapi mama & kakak mia panggil saya "Muf" atau "MufMuf", abah pula panggil saya "Inspektor Muffin". Saya baru 3 hari di rumah mama dan abah. Sebelum ni saya selalu datang makan kat rumah nenek dan atuk, tapi saya tak tinggal situ. Saya terpisah dari ibu saya, saya tak tahu mana ibu saya dan adik-adik saya yang lain dah pergi. Mungkinkah mereka dan kena tangkap? Atau mungkinkah mereka dan mati kelaparan? Atau berkemungkinan mereka dah mati dilanggar? Saya tidur di hadapan pintu tempat sampah. Mama selalu panggil saya, gosok-gosok badan saya, dukung saya. Bila mama buat macam tu selalunya saya akan "rrrrrrrrrrrrrr..........", saya sangat suka. Hari Isnin mama dan abah datang rumah nenek, lepas tu mama dan abah terus ambil saya bawa balik ke Balakong. Mereka kata nak bela saya. Sampai rumah je terus mama bagi saya makan biskut dan minum air bersih. Tak payah saya minum air lopak lagi!

Kat rumah mama dan abah ada 2 ekor abang yang BESAR PUNYERRR! Abang Benjo & Abang Billyboi. Abang Benjo suka cium belakang saya dan ikut mana saya pergi, tapi Abang Billyboi garanglah, suka kejar saya. Walaupun saya kecil, tapi saya pun ada angin juga. Seronok bila dapat balas kejar abang Billyboi balik... Mulai semalam dia dah serik nak kejar saya. Sekarang saya dah boleh baring dekat dengan abang Benjo dan abang Billyboi. Mereka dan serasi dengan saya.

Nanti mama dan abah nak bawa saya jumpa vet, nak dapatkan vaksin pertama saya. Takutnya...


Sayalah Muffin/Muf/MufMuf/Inspector Muffin

Monday 9 July 2012

Zoo Negara Lagi dan Lagi dan Lagi

Salam dan Hallohai...

Weekend yang baru lepas ni di penuhi dengan aktiviti kekeluargaan walaupun tak  cukup 2 orang ahlinya. Sabtu lepas habis membasuh kain yang menimbun bagai, saya & Mia ikut famili adik saya yang datang dari Johor merendek ke Mid Valley bersama-sama dengan Emak & JueJane. Naiknya 1 kereta sahaja, demi mengurangkan kesesakan lalulintasnyer pon. Lama nah tak merendak ke tempat-tempat macam tu. Dulu-dulu lepak bawak duit & IC je dah cukup, janji kawan-kawan sekepala, sekarang ni kena bawak beg dah macam beg balik kampung dah, mana dengan nak pimpin anak lagi.. Macam nak balik kampung.. hohohoh!! Pape pun enjoy gambar ni...






Ahad pulak dengan jumlah ahli yang sama kitorang merendek ke Zoo Negara pulak. Waaaahhhhh... Memang tempat kesokaan kitorang. Baru bulan lepas pergi, ahad pergi lagi, Mia pulak esok lak ada rombongan sekolah ke sana juga... Hamek ko, muak tak muak... Sebabnya kesian tengok budak-budak ni sebok nak gi Zoo, bawak kan jelah... Enjoy gambar ni...









Alkisahnya, balik je dari Zoo, Mak & saya terus bawa Mia pi potong rambut. Pendek giler. Pagi tadi cikgu dia dah bising dah, tak tomei katanya.. Heheheh!!




 Malam semalam dorang balik Johor dan kitorang kat sini rindu-rinduan. Pasni dah susah dah dorang nak balik kl sebab memasing dah jadi pelajar semula... Tunggulah nanti kitorang pulak turun ke Johor.. Yok!!

Thursday 5 July 2012

Nasi Putih Bubuh Kicap dan Ayam Goreng Kunyit Lori Kecil Putih

Salam dan Hallohaiii...

Makan tengahari harini bos belanja Nasi Putih Bubuh Kicap dan Ayam Goreng Kunyit Lori Kecil Putih... Hehehehhh! Sesapa yang kerja/lalu kat Jalan Yap Kwan Seng mesti tahu kan?! Pelanggan jangan ceritalah, beratur panjang. Yang dok parking tepi2 jalan pun ada, kang tak dapat beli, saman pulak yang datang... Huhuhuhuuu... Patpat siku lipat, sapa cepat dia dapat!

Bau ayam goreng kunyit ni jangan ceritalah, kan main mencucuk2 lubang hidung ni dalam lif tadi, lazatnya... hhhmmmmmmm...

 
Tengok, kan main beratur lagi...Harga tak mahal, RM 5 jek, oklah kan, ada ayam, ada kacang panggang, ada carrot, ada bawang, ada minyak dan ada kunyit.. ahakkssss...

(Semua gambar kredit to o'gosh, TQ)

*A.M.A.R.A.N. - Sambal Belacannya super-duper pedas okey!!!*

Jom makan jom~ Enjoy!

S.O.Y.

Salam dan Hallohai...

Pagi ini baru saya perasan yang ada 2 jenis orang di sini khasnya dan buatkan saya rasa nak gelak terguling-guling. Saya nak bagitau sesuatu pada orang itu kalau dia baca nanti:




Enjoy~

Tuesday 3 July 2012

Pesanan Ikhlas

Salam dan Hallohaiii...

Ada 1 pesanan dari S.C.R.A.T.C.H.

"Dear human...
Please don't leave me here.
I am so afraid, cold, tired and hungry.
What can i do to make u let me stay with my mommy?"

SUPPORT SPAY, NEUTER & ADOPT PET.

STOP PRODUCING UNWANTED KITTENS OR THROW INNOCENT LIVES AWAY.



Sanggupkah anda melihat Makhluk Allah SWT sekecil ini berlari-lari di jalan raya dan di langgar, di sepak terajang di kedai makan hanya untuk mengalas perut, di pukul dan di dera untuk hiburan?

Tolonglah mandulkan mereka jika tujuan anda hanya untuk buang anak-anak kucing seperti ini, kasihanilah mereka. Mereka perlukan tempat yang selamat untuk tinggal, mereka juga perlukan rasa kasih dan sayang serta belaian dari kita. Sayangilah mereka. Carikanlah tuan baru untuk mereka. Semoga Allah SWT membalas kasih sayang serta kebaikan yang telah dan akan anda lakukan kepada Makhluk Allah SWT yang kecil ini di dunia dan akhirat. Amin.

Owh

Salam dan Hallohaiii...

Berbalik ke pada entri sebelum ini, kawan saya tapaukan saya Nasi Goreng Cina tanpa Ayam dan Telur, sedap alhamdulillah... Tak sedap pun alhamdulillah juga, rezeki tu.

T.e.t.a.p.i., lapar lagilah. macam nak makan Mee Raja Udang ke, Nasi Goreng 2 Alam ke, Lamb Premium ke, Penne Arabiata wif Meatballs ke...

Awak... Awak... kita laparlah...

Spaghetti Lagi

Salam dan Hallohaiii...

Weekend ni hubby minta saya masak spaghetti bolognese macam biasa, dan-dan lapar. Senang je masaknya, ni kira masakan paling malaslah (cewaaaaahhhh...). Tapi takdelah saya masak lawa macam ni.. Hehehee...

http://www.marions-kochbuch.com/food-pic/spaghetti-bolognese-simple.jpg
Saya nak cari meatball sebab nak buat spaghetti meatballs, tapi tak jumpa-jumpa pulak, fishball melambaklah.. Heheh...

http://www.seriouseats.com/images/20090105spaghetti_meatballs.jpg

Aduiiii... Lupa tadi nak kirim kat kawan belikan spaghetti ni... Huhuhuuu... Selamat Makan Tengahari!

2x Punya Makan

Salam dan Hallohaiii...

Mia hari ini tak pergi sekolah sebab dia batuk dan selsema, kungkangkungkang batuk dia. Masalahnya tidur malam taknak pakai selimut, lagi-lagi sekarang ni musim hujan pulak tu. Tapi kalau main khemah2 bukan main lagi dia berselubung dalam selimut tu, bila masa tidur pulak selimut tu jadi perhiasan tilam je. Aiyoyo!!

Minggu depan sekolah Mia buat lawatan ke Zoo Negara lagi, memandangkan Mia 2 tahun di sekolah yang sama (4 dan 5 tahun), jadi 2 kalilah Mia ke sana. Takpelah, tambahkan ilmu pengetahuan, manalah tau besar sok jadi Vet pulak, amin. Macam maknya jugaklah, asik-asik nak gi Zoo, apaknya meluat je... Hehehe...

Ok.. Ok... Semua orang dah sedia?! Ready... Siapa nak belanja saya makan tengahari hari ini silalah angkat purse anda.... Yay!!! Terima kasih... huhuhuuuu..... Bukan apa, ni sebenarnya nak cerita fasal semalam. Saya dan Shah nak pergi makan di food court Avenue K, sampai sana tengok2 dah di tutup sebab nak pindah, aduyaiii... Perut dah gronggrenggronggreng... Nak tak nak menapaklah ke Suria KLCC, alih-alih melekat kat 1901, shah makan takpetah, saya makan ni hah, chicago beef, dap!

http://i205.photobucket.com/albums/bb37/jyi1693/JPGIMG1.jpg


Sekalinya tak kenyang juga, aduyaii lagi... Jalan2 ke Cold Storage pulak, dah nampak HotandRoll, adesss... Saya suka ni! Saya makan Sweet Crispy Crunchy Peanut, Shah makan Savoury Prata Chicken and Cheese, sambil2 jalan tu cubit2 sikitlah, eh.... menjadi-jadi pulak cubitnya sepanjang jalan nak balik ofis... Heheheee... Untuk waktu mulut tengah ada ulser ni, memang tak seswai pilih yang crispy sebabnya mencucuk-cucuk ulser tu. Sakit-sakit juga, makan-makan juga.. Heheheee...

So, hari ini punya makan tengahari since takde orang nak belanjakan.. heheheee... Saya kirim dengan kawan je belikan sama ada:

http://farm4.static.flickr.com/3435/3256270247_1ba95ccac1.jpg
Nasi Goreng Cina taknak Ayam dan Telur; atau


 http://singersongwritersuperhero.files.wordpress.com/2012/02/quarter-pounder.jpg
Quarter Pounder with Cheese; atau
 http://www.mcdonalds.com/content/dam/McDonalds/item/mcdonalds-Big-Mac.png
BigMac

Tunggu jelah dia balik ofis kang saya bagitau apa dia tapaukan untuk saya (macamlah penting sangat.. huhuhu)

Hujung bulan dah nak puasa, dah ganti puasa?

A Moving Story - A Tale of Mari and Three Puppies Trailer

Salam dan Hallohaiii...

Nak cerita pasal 1 movie jepun ni. Bulan lepas saya ada "ter"tengok movie jepun ni kat astro, fullamak, bercucuran air mata punya movie. Lagi-lagi kalau anda seorang pencinta haiwan. Tajuknya "A Tale of Mari and Three Puppies". Adudududuuuuhhh, takde maknanya nak curi-curi nangislah tengok cerita ni unless tengok sorang-sorang. Amaran keras, tahap sedu-sedan ok! Sila pastikan tisu berkotak-kotak di sebelah anda, melainkan anda cuma ok-ok je dengan haiwan. Meh tengok trailernya dulu, kalau suka pergilah beli dvdnya.





Saya rasa anjing ni jenis anjing yang main movie "Hachi: A Dog's Tale". Dah tengok yang ni? Belum? Baik tengok kat YouTube dulu, kalau suka, pergilah cari dvd movie ni juga. Yang ni pun tahap leleh juga, cuma keseduan tu saya boleh lawan lagilah.. Hehehehehhh!

Yang pastinya 2-2 movie ni merupakan kisah benar yang berlaku di Jepun. So, enjoy!

Monday 2 July 2012

Moto Bukan Motor

Salam dan Hallohaiii...

Nak cerita pasal bonus nyer pon! Bayar itu-ini, maka dapatlah hp baru setelah 2x hp hilang. Nak tengok? Hp biasa-biasa je, tapi A.A.K.A.? Huhuhuuuu...

http://www.phonegg.com/Motorola/EX119/Motorola-EX119.jpg
Motorola EX119. Lebar dan nipis gilos, saya suka meloncat-loncat! A.A.K.A.? kan! (saja letak gambar besar, sungguh berlagak :P)

So, hp ni saya suka & hubby pun suka. Sabtu beli hp saya, ahad beli hp dia. 2-2 pun pakai hp yang samanyer pon! Asal boleh telefon, boleh hantar sms, boleh berlagak dah cukup bagus... muaaaahahahahaaaaa!!!

Jom beli hp baru! lalalalalaaaaa...