Friday 20 February 2009

EMO

Salam.


Belum baik demam, selsema & batuk lagi. Sekarang kerja 1/2 hari kerja luar & 1/2 hari kerja dalam. Badan nih belum biasa dengan rutin baru, jadi cepat melatah. Mental pun down jugak. Tapi aku cuba untuk fikir positif. Tapi kadang-kadang bila bersulam dengan masalah peribadi, hari-hari yang aku tempuh jadi tak keruan...jadi tragis.


Tapi bila tiap kali balik kerja, dpt jumpa Mia hati terus jadi cair...secair air batu. Melayan karenah Mia yang makin nakal sedikit demi sedikit mewarnai hidup aku yang tiada warna...pucat.


"Gajah di depan mata tak nampak, tapi kuman di seberang laut jelas di mata"


-Tatta-

Monday 16 February 2009

Tabung Haji

Hari Jumaat tu ari aku MC. Skrg tgh musim penyakit pakej balik: Demam, Selsema & Batuk, memang senang dapat MC lah. Nama pun dah MC kan, mana reti dok rumah. Memandangkan dok rumah bosan, bawak mak gi tabung haji & celcom jalan ampang tuh. Pegi pagi2 nih yang tak syok nyer dari jalan lock yew (camni ke eja?) sampailah sepanjang jalan tun razak & jalan ampang tuh jem...camanelah ada org boleh kata best duduk kat kl ni??? fenin! Tapi yang syok nya pulak, senang nak cari tapak parking... melambak2 kat tabung haji & celcom. Yey!

Makan kat kafeteria, kol 10 pagi kuih je yang ada...bedal jelah!




-tatta-

Thursday 12 February 2009

Restoran Ayam Penyet Ria, Sunway

Dah janji nak cerita pasal Restoran Ayam Penyet Ria kat sunway tu. Sblm pergi tuh hubby dah promote sambal belacan dia yang superb tu..aku dah dok terbayanglah.. yumyumyum. Baru aku tau Restoran nih dari Indon, masakan jawa kata hubby. Aku tgk menu kok semuanya ada PENYET? Aku rasa penyet tuh penyek kot?? Lantaklah ye tak, penyet ke penyek ke janji kena dengan tekak. Aku suruh hubby je yang ngoder sbb dia yg penah nerai.



Peha Ayam Penyet 2: - Ayam yang dah di penyetkan, tahu & tempe goreng garing, sayur kangkung celur & SAMBAL BELACAN YANG PERRRRGH!!! (sumber gambar dari: - http://mishaparis.blogspot.com/2007/07/ayam-penyet-ria-sunway-mentari-suway.html)



Terong Penyet: - Terung goreng "begen" yang di penyetkan, tahu & tempe goreng garing, sayur kangkung celur & SAMBAL BELACAN YANG PERRRRGH!!! (sumber gambar dari: - http://mishaparis.blogspot.com/2007/07/ayam-penyet-ria-sunway-mentari-suway.html)



Ordernya macam ni tau, korang tanda sendiri kat order form tu guna pensel. Bila si mia nampak pensel & kertas, biasalah...tak tentu arah jadinya.


Mula2 aku cuba makan ayam & sambal belacan dulu, memang perrghh okey! Tapi sebab aku suap mia, aku tak bolehlah lantak sambal belacan sangat. Sebabkan alasan tuh, aku minta nasi tambah... "Bang, tak puaslah nak syahdu makan sambal belacan, ma minta nasi tambah boley?!!" ekekekekekek... semestinya BOLEHlah.


Kepada hantu-hantu sambal belacan yang tercari-cari sambal belacan kaw & pedas giler, meh aku promote kat korang sambal belacan kat Restoran ni. Kalau korang nak nerai, korang amek alamatnya: -

Restoran Ayam Penyet Ria
No. 6 Jalan PJS 8/2 (Ground Floor),
Sunway Mentari Business Park,
Petaling Jaya

Wednesday 11 February 2009

Isnin

Cuti Thaipusam marin kitorg mi makan kat Restoran Ayam Penyet Ria, sunway. Nnt aku stori pasal makan, ni nak citer pasal bedah siasat. Bedah siasat siapa?? Bukan bedah siasat oranglah, tapi bedah siasat bilik. Hujung bulan ni ada peristiwa manis nak berlaku, jadi 3 angels besar & 1 angel kecik nih pakat ngemas. Nama pun adik aku tu keje sepital, siap dengan sarung tangan, mask bagai dia bawak balik... Merasa sekejap jadik tuan doktorrrrr... ngehngehngeh.. Mula-mula sekali bilik, dari tghari sampai ke malam, tu pun baru 1/2 je. Aku & hubby angkut mia balik kajang, yang lain-lain tuh mak aku & jujen perabihkan ngemas.


Sekalinya balik-balik kajang, takde letrik ngko! Sadis, dari kul 8.25 - 10.45 malam hubby ajak lepak je dalam kete sbb nak berekon. Tak pasal-pasal semalam aku EL, kain baju keje tak dapat gosok, mia pulak meragam mlm tu sebab panas... Ngantuk tau!

Ahad

"Halo haiii... sane sape cakap???" Waaaaaah, bestnya cuti-cuti layan citer p.ramlee ek. Ali baba, Labu Labi, Madu Tiga..... ini antara cerita komedi yang takkan basi-basi punya, betul tak?! yew, betul!

Korang pegi mana cuti-cuti ni? Kalau dulu hubby tetap kena hantar aku keje sebab selangor je dapat cuti thaipusam kan... tapi sekarang tidak lagi.. yew! Cuti lama-lama nih jalan pun lengang, kalau hari-hari macam gini pon okey eh.

Hari ahad baru nih ber5 naik kenari ke kajang mulanya, nak bawak abah aku berubat. Dari kajang, ustaz azmi rekomen pulak ke kuang nun, Pusat Perubatan Mandarah. Korang pernah dengar? Kitorg pun baru je dgr ahad tu... Teknik rawatannya ketuk guna ranting pokok nona...sakit ke tidak korang pegi lah rasa sendiri...heheh. Tapi sebelum jalan jauh biasalahkan, perut kereta kena isi, perut penumpang pun kena isi jugak, hubby bwklah gi tmpt biasa, Restoran Kayu Nasi Kandarrrrlah.


32 tahun yang penuh kebahagiaan




Budak ni eh tak reti pedas tau



Tukang payungnya, laki den lerrr

Pastu berdesup pegi kuang, hubby menten speed 90-100 km/j je kat highway. Sebab bawak mertua kot??? ekekekekekekek...jgn mara haaaaaa

Wednesday 4 February 2009

~Cuti-Cuti~

Hye!

Selamat Hari Wilayah

Wilayah Persekutuan, Putrajaya & Wilayah Persekutuan Labuan

Yang seronoknya tak lain tak bukan: - CUTI! yuuuhuuuu... Isnin ni pun cuti lagi kan, sempena Thaipusam...yay! Cuti..Cuti..Cuti..

Seronoknya cuti dapat lapangkan masa untuk MiaLila. Yippieeeee

Bulan depan kita nih nak tgk-tgk rumah. Hmmmm... Ada 2 pilihan, tapi keputusannya ikut hubby. Ada 2 perasaan bila sebut nak pindah ni, gembira & tak gembira. Gembira sebab dapat hidup berdikari macam rumah-rumah tangga yang lain, tapi tak gembira sebab bermacam-macam cacian, tuduhan, umpatan, fitnahan (ayat baru) pada AKU. Tak puas-puas mencaci-mengata, tak takut ke kalau pendek umur? aaiiiyaiyaiiii...

Crying 1


Semoga ALLAH SWT memberikan kebahagian abadi kepada keluarga saya & seluruh umat islam semesta alam. Amin.


~Tatta~