Tuesday 31 March 2009

ALHAMDULILLAH

Salam.


Semalam eh saya punya appointment dgn consultant physician kat KPMC. Dalam pukul 5 dah sampai kajang, tapi pergi isi perut dulu. Hubby ajak makan satay ayam abang botak. Saya tak berapa nak lalu makan satay sebab tengah susah hati nak dengar berita dari mulut doktor, sikit je saya makan dalam 10-12 cucuk... Ekekekekek...


Pukul 6 baru daftar & tunggu nama kena panggil. Sepanjang tu duuupdaaapduuupdaaap jantung ni. Nampak je doktor hensem masuk bilik (doktor Zolkarnain Ahmad namanya, memang malatop okey!), lagi lah seram sejuk nak pengsan rasa. Masuk2 je, doktor dah tanya perkembangan benda yang berkembang kat leher aku tu... Taraaaaaaaaa... Aku kata benda tuh dah tak berkembang since makan antibiotik, makin kecut-mecut dah. Jadi doktor konfemkan yang benda tu bukan CANCER, cuma infection je kat lymph node tu... ALHAMDULILLAH... SYUKUR PADA ALLAH.


Korang faham tak situasi genting aku?... Ok, ok aku cerita :'p


Kronologi: -

21/03/09 (pagi) : klinik pesakit luar KPMC = bengkak besar dari guli kat lymph node (kelenjar leher bawah telinga)
21/03/09 (2 pm) : doktor kat pesakit luar rujuk kes aku kat consultant physician, doktor mohd zolkarnain ahmad
= doktor suspek infection/cancer, next app. 30/03/09 (6 pm)
= 3 antibiotik super power
21/03/09 - 27/03/09 (seminggu) : bengkak makin susut & kecut
30/03/09 (6 pm) : doktor cek & confirm sebenarnya infection pada lymph node. takde app. & ubat lagi. Yay!


Nilah sebab mental aku bercelaru seminggu-dua ni. Terima kasih di atas doa dari keluarga & kawan-kawan, ALHAMDULILLAH ke hadrat ALLAH SWT.


I lap u all my fwens... Muaaaaccchhhhh!

Thursday 26 March 2009

William lagi

Hello!

Sihat semua kawan-kawan ku? Baguuuuussss (",). Saya ingat nari hari jumaat, berkobar-kobar esok bole bangun lambat... Ekekekekek... Nak baca citer pasal makan tak? Ok, ok...dah tau dah mesti nak punya :'p

Since saya tak sihat & hubby pulak demam, selasa tuh hubby kol ajak dinner sama. Kenalah turun kelana jaya, tapi takper sebab dia nak belanja makan kat william...yay! Pukul 6 kitorg dah lepak-lepak pikior-pikior apa nak makan, william pulak belum sampai... Sementara tunggu william, hubby rekomen sumtin utk appetizer kata hubby.

Tukang belanja...bergaya dengan beg baru dia, susah nah nak carikan dia beg.






Tukang makan



Dia rekomen chiz nan. Super-duper delicious!!! Very chizy tau. Kalau dah sedapkan mana bole cukup 1 ye tak? Tapi idok ler saya tambah, sebab sat-sat gi nak makan besaq...



Tengok chiz dia.....pekat... likat... ketat... eerrrrkkk???



Makannya dengan 3 jenis kuah. Macam biasa ada kari mamak, dalca & susu pekat. Susu pekat??? Yew, susu pekat tah f&n ke, cap teko ke, dutch lady ke tidak ler saya tau.




Yang ni main course nya, macam biasa Penne Arabiata Meat Ball Beef Roast. Tapi kali ni extra segala-galanya... Sengkak perut rasanya...wow!!! Memang marbeles rasanya, sungguh puas.





Kalau nak bawak gurlfwen ke, boifwen gi makan, bole ler bawak kat william ni... Nak tambah romantis, korang bawaklah lilin sendiri, pastu pasang mp3 instrumental jiwang...memang menjadi... Ekekekekekek :'p


Ngah, bila ko nak datang kl lagi? Bole belanja kitorg kat william... Ekekekekekek... Tapi ape-ape pun, lepas ko beranak ah (",)

Tuesday 24 March 2009

Tak sihat

Salam.

Kawan-kawan, saya tak sihat ni. Sabtu tu pegi KPMC sebab tak sihat, ingatkan tak sihat biasa saje...rupanya memang betul-betul tak sihat. Tapi saya tak terkejut sebab saya dah syak. Takpe, saya cuba fikir yang positif, tuhan cuma nak uji. Alhamdulillah tuhan tunggu hingga umur saya 31 baru dia uji saya, insyaallah mental saya lebih kuat.

Kawan-kawan tolong doakan kesihatan saya stabil dan saya sihat selalu ye, bolehlah kita tukar-tukar cerita lagi kat sini, yay! Saya doakan kawan-kawan yang sama. Terima kasih.

~Tatta~

Friday 20 March 2009

Mental

Salam.


Tak pegi makan ke? Aku tgh tggu lagi 2-3 org tgh setel keje. Masih lagi lom dapat tajuk filem anita mui tu...ishh..


Semalam tgk keliwon? Untung jadi orang rabun ni. Bila tengah seram tu terus aku cabut cemin mata, kelabu je muka antu tu aku tgk... Ekekekekekek... Taklah seram sangat jadinya.


Esok tak keje kan, jadi aku rancang nak goreng mee utk sarapan. Esok hubby rancang nak bawak mialila gi KPMC, cucuk utk cikenpox, lepas tu lepak kajang sampai lebam. Aku pun tak berapa sihat ni... Ok, ok, aku je saje bagitau, korang x payah tanya (",). Muka belah kanan dari pipi hingga ke leher bengkak, sakit pulak tu. Tah kenapa tah, tetiba je. Makin hari makin bengkak, makin sakit, makin risau aku. Esok aku nak jumpa doktor dah alang-alang nak gi KPMC tu.


Nak makan ape ni? Hari-hari nasi, kuah nenas, ikan kembung goreng, naik muak aku. Nak makan burger tapi takde orang nak belanja. Macamane?

Thursday 19 March 2009

MINTA TOLONG (!_!)

Salam.


Kawan-kawan, saya nak minta tolonglah. Sapa-sapa yang tahu tajuk filem Anita Mui tentang, dia jadi penyanyi, bapak dia duduk kampung kutip botol-botol arak utk jual. Masa dia tgh nyanyi kat konsert, dia dapat tau yang bapak dia nak kena bedah kat sepital. Sekalinya dengan gaun merah masa konsert tu jugak dia berlari tgk bapak dia kat sepital. At last bapak dia mati. Dia balik kat konsert & nyanyi lagu pasal bapak dia kutip botol tu... Ala-ala cengginilah bunyi nyer, "chew kang tang boey bow"... (ni budak cina opis aku tolong tuliskan).


Ni citer lama, masa saya sekolah dulu... Saya rasa dalam tahun 80-an. Citer sedih giler. Saya cuma tengok sekali je kat tv, pastu tak kuar2 lagi.


Tolong ye bagitau kalau korang-korang tau TAJUKnya.


Terima kasih.

Tuesday 17 March 2009

SENIMAN JALANAN

Hello!


Cerita panas yang berpeluh pasal pagi tadi. Pagi tadi memang dah tersurat dan tersirat aku kena keje luar, walopon dengan hati yang fanas membarraaa... Oooouuuccchhh! Lunch kat fudkot dayabumi je, kena RM4.50. Lauknya kuah masak lemak kuning, ikan kembung goreng berlada, sayur kacang panjang & sambal belacan. Perut tak macam lapar sangat, tak berapa nak habis pulak aku makan tghari tadi... Sebelum balik aishah (a.k.a. bibique) ajak kitorg gi layan buah jambu batu kat dgn hsbc bank, dekat bangkok bank kot. Sekarangkan tengah musim org niaga buat jambu & air jambu kan. Punya panjang okey orang beratur, itu baru jual jambu je... Seketul 50sen jerk.





Dari dayabumi nak ke situ mesti kena lalu kat lorong kecik sebelah sungaikan, jadi dapatlah aku tgk permandangan indah pada mata aku.










Aku memang dari dulu lagi sepanjang jalan dari kelana jaya - klcc, sampai stesen pasar seni aku mesti nak tgk lukisan-lukisan bebas yang cantik-cantik kat dinding sungai tu. Aku rasa lega sangat, rasa bebas. Bebas macamana ek aku nak explen... Hmmm... Mungkin bebas macam ko tahan-tahan nak berak, bila ko dapat berak tu mesti rasa puas semacamkan??? Macam tulah... Wakakakakakakakak... Bebas yang busuk! Apa-apapun, aku lagi suka tgk lukisan-lukisan tu kat dinding-dinding kedai / sungai tu dari tgk lumut-lumut hijau bertepek... Seniman dinding, wa caya sama lu beb. Tapi eh jangan sampai langgar undang-undang ye!


Macam pernah ku lihat, tapi di mana yah?




Melebih-lebih dari pelancong eh...hehehehe... Katanya cuti-cuti malaysia kan (",)


~Tatta~

Botol Sepital

Aku lupa nak citer tadi. Aku eh sekarang dah jadi saudagar tau. Saudagar apa? Saudagar taik... Ekekekekek... Saudagar botol.


Adik aku kan keje sepital, jadi bila dorg order ubat sure datang dengan botol sekali. Jadi ubatnya dorg amek, botol dorg buang. Jadi aku pon soh ler adik aku kebas, ekekekekek... Aku bawak gi opis sebab budak-budak opis nih berebut nak botol. Ada yang nak wat bekas tepung, gula, garam, biskut, blablabla.com.my. Ada macam-macam size botol ni, yang kurus slim, yang gebu tembam, dan lain-lain-lain lagiey..



Kalo korang nak banyak-banyak botol, baik korang benti keje skrg pegi mintak keje kat sepital pulak... Ekekekekekek. Jangan marah haaaaaaa (",).

~Tatta~

Ku Kiwi Kasut Ku

Salam semua.



Semalam aku cuti tau. Best ek sabtu, ahad, isnin takyah pikir pasal kerja...syorga! Niari tak tau lagi nasib aku kena keluar atau dok opis jek. Kalo bos tanya semestinya maggi aku nak keluar, cuci-cuci mata nokz... Bukan selalukan. Semalam aku takde korang notti tak? Hikhikhik... Apa barang tak notti ye tak?!



Jumaat lepas sebelum balik, aku sempat jadi tukang kasut kejap. Aku pi kiwikan kasut hantaran yang baru baper kali jek aku sarung. Dah 3 tahun kasut tu tersandor jek kat bekas kasut. Aku ni kan perihatin... Ekekekekek. Aku bawak gi opis kasi kilatlah. Sekarang nih dah senang eh nak kiwi kasut, main sapu jek. Kalau dulu aku rasa mau tanggal tangan nak menggosok... Jangan malas-malas ye abang misai, sapu je... Dan lagi dan lagi dan lagi sampai kilat (",). Pakej dengan berus sekali aku beli, melebih-lebih sungguh eh?!





Kilat tak? Kalau ikut mata aku kilatlah. Kasut ni sebenornya dah sopak sket, tapi lepas kena kilat... Memonchar-monchar okey hitamnye, bole buat cermin ko!!




Niari kena bawak balik sebab aku nak kiwikan hubby... Ooopppsssss..... Kiwikan kasut hubby... Ekekekekekek...



~Tatta~

Friday 13 March 2009

Selamat Pengantin Baru

Pasal kenduri kahwin lagi ni.


Maulud Nabi isnin baru ni gi kenduri kahwin kawan hubby kat Kuala Kubu Baru, Selangor. Punya jaaaaaaaaauuuuuuuuuh! Aku ni memang jarang dapat jalan jauh-jauh, jakunlah sekejap. Sempat aku mimpi pakej mengigau bagai tapi tak sampai-sampai lagi. Hujan punya lebat okey nak ke sana. Hujan dari nak pegi sampailah nak balik. Jadinya, kitorg tak makan kat kenduri kahwin tu sebab hujan panas.. Kan aku cakap Mia demam tak kebah-kebah lagi kan. Perutkan jangan ceritalah, grenggrunggrenggrung... Lapar ko!!!






Kitorg singgah kat R&R Sungai Buloh, best eh sini tak ramai orang, nak nyekek pun selesa. Yumyumyum!



Tak macam orang demam budak ni. Lasak tetap lasak, alhamdulillah.




Biasalahkan perut dah kenyang, lagi sekali aku wat silap mata membuta waktu nak balik... zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz


~Tatta~

Selamat Pengantin Baru

Salam.


Hari Sabtu lepas gi kenduri kahwin kat pedas, NS. Pengantinnya tak lain tak bukan, Sahabat Ku Yang Terchenta, Rima Irawati & pasangannya Fairul Nizam... Serba purple U!




Janjinya jumpa kat R&R Tol Sungai Besi, punyalah tunggu punya tunggu, rupanya dorang dah gerak... Sedihnya! Tak terkejar kitorg, nama pun bawak kenari je. Hubby malas bawak kereta dia sebab lom servis, jadi lenjan jelah kenari adik aku si jujen. Kitorg sampai je dorg tgh sebok nak berarak dah, yang lain-lainlah berarak tapi yang pengantinnya bertandu... Macam dolu-dolu pulok... Syok tgk dorg pekena kan pengantin, yang lain-lain tu termasuklah aku pakat jadik tukang gelak je... Huahuahuahuahua...









Geng kompang memang special.



Yang ni aku curi-curi masuk rumah amek gambar kat pelamin. Hajat di hati nak menepung tawar pengantin, yelah ngko, semenjak tahun 1996 sampai 2009 baru sekali je jumpa, mau tak rindu dengan kawan karib ku ini. Tapi tak kesampaian pulak, sebab hujan panas dah mula turun, Mia dengan demam mengamuk-ngamuk tak selesa. Dengan berat hati aku balik KL cepat-cepat. Sori ye pengantin, ya ampuuuun!






Tapi aku rasa inilah kenduri kahwin paling istimewa pernah aku gi, di ulangi yang AKU pernah pegi. Sebabnya, ada gerai goreng pisang, gerai teh tarik & paling MENGEZUTkan, GERAI CENDOL LEMAN DAWI pun ade... Waaaaaaaaaaaaaaah! Patutlah masa nak ke rumah pengantin tuh nampak kat gerai tu tulis TUTUP. Frust giler beb, datang jauh-jauh tapi gerai tutup! Rupa2nya leman dawi dgn cendol2nya dah kena tempah kat kenduri kahwin ni... Lahai, memang rezeki kitorglah. Makan & minum aje, sumernya freeee... Mak pengantin belanja.. Ekekekekekek. Inilah Encik Leman Dawi yang makin fofular tu, bukan main ramai lagi bergambar dgn dia, aku je segan sampai curi2 petik gambar.. Heheheh.. Bekas askar kata orang, jadi Don't Play-Play okey!




Eh, sekarang aku dah tau kat mana gerai leman dawi tuh. KALAU DARI KL, LEPAS JE TOL SENAWANG NANTI JUMPA 2 TRAFFIC LIGHTS. LEPAS TRAFFIC LIGHT KE-2, MASUK KANAN & TERUS JE SAMPAI LER JUMPA GERAI TU (BELAH KIRI OKEY).



Mia demam lagi. Dah 3 klinik pegi, baru dapat tau tekak kena jangkitan kuman. Sian Mia.



Emma & hubby, aku doakan korang bahagia dunia & akhirat. Jadilah contoh pada anak-anak, supaya anak-anak akan berasa bangga dgn korang bila dorg besar nanti. Semoga jodoh berkekalan dan menjadi pasangan yang kekal di dunia dan di syurga nanti, Insyaallah. Amin.


~Tatta~

Thursday 5 March 2009

Poliklinik KPMC

Lepas makan kat william terus gi balik amek mia, bawak gi KPMC sebab dia "beron" keras. Kitorg ni dah lama tak gi KPMC, rupa-rupanya sekarang dah baru. Ada pulak Poliklinik KPMC, untuk pesakit luar. Sebelah dengan KPMC gak. Ramai jangan ceritalah. Dari pukul 9 lebih, dekat pukul 11 baru habis. Ubatnya dapat 1 je, utk lembutkan si taik supaya senang keluar ikut salurannya...heheheh.


Aku suka Poliklinik KPMC yang baru ni, bersih, terang, besar, sejuk.....adatlah, tempat baru (",)


Aku eh puaslah ajak hubby borak, rupa-rupanya aku borak sorang-sorang...dia dok kusyuk tengok Bersamamu kat TV3 tu.. hampas betul! Hikhikhik...




Budak kecik ni kan buat Poliklinik tu macam klinik abah dia...berlari sana, berlari sini, nyanyi, selawat. Aku dengan kasut tinggi, henbeg berkejar macam nak roboh... Kahkahkah... Tengoklah muka dia tu, macam tgh pikir "lepas ni nak buat apa lagi?".. heheheheh..


Niari pulak mak aku kol kata mia x nak minum, so mak aku agak mungkin tekak dia perit... balik kang aku kena pegi farmasilah gayanya, cari ubat sakit tekak untuk anakanda ku Si Notti MiaLila (",).