Friday 23 March 2012

Wallpaper

Salam Jumaat.

Harini saya nak tunjukkan apakah wallpaper di desktop opis saya. Taadddaaaaaa




Kenapa zirafah merah jambu? Kerana saya sukakan zirafah & warna merah jambu!


Enjoy!

Syukran

Salam Jumaat yang mulia.


Cerita hari ini di mulakan dengan cerita semalam. Petang lepas kerja semalam adik ipar saya fon abang dia iaitu suami saya, bagitau yang kereta dia tak boleh start kat tempat letak kereta stesen minyak petronas batu 9. Jadi, kitorg pun gerak ke sana & selesaikan ape yang patut. Lepas tu dia pun dengan relanya di pau kan oleh abang dia ke restoran man kajang. Ini antara hasil pauan tersebut:


Paprik


Telur dadar


Kuetiaw kungfu


Air Batu Campur


Sekian...


Eh, adalagi sikit benda nak cerita. Haritu kan.... Haritu kita dapat hadiah dari big boss atas kerana kita telah setia selama 15 tahun di syarikat ni. Alhamdulillah.



15 tahun dapat gold coin, kalau 20 tahun dapat rantai basikal kot?!!!


Enjoy!

Wednesday 21 March 2012

JJHBM (Jalan-Jalan Hubby Belanja Makan)

Salam.

Dah lama nah tak cerita pasal makan kan! Ni nak ceritalah ni, versi 2012. Malam semalam makan kat gerai Satay Malaya, taman impian ehsan. Tapi tak makan satay pun. Menu yang di taja oleh hubby terdiri daripada: (ewaaaaaahhhhh....)


Nasi putih x 3


Kangkung goreng cili api


Ayam goreng kunyit


Telur bistik


Siakap tiga rasa


Kopi ais, sirap bandung & teh tarik


Kombinasi menu di atas menyebabkan kekenyangan melampau. Sila jangan tiru aksi kami di mana-mana pun.


Ok, ok... sudah-sudahlah cerita pasal makan. Nak cerita pasal hadiah hari jadi pula. Hari jadi Selly hari jumaat ni, jadi harini saya nak pergi poskan hadiah untuk dia.. Tarrraaa...


Tapi jangan terkejut nanti eh Selly, bukan ini yang kitorg nak pos tu sebab pusing punya pusing tak muat kertas minyak untuk balut kotak pink yang glemer ni...

Enjoy!!!

Tuesday 20 March 2012

Blood Type A

Salam.

Merujuk kepada blog adikku (yang tak mahu di link atas sebab-sebab keselamatan jiwa dan mental), maka terlahirlah kisah ku ini...

'TYPE A'

Type As most often described themselves in ways related to the following characteristics: sensitive to the needs of others, good listeners, detail oriented, analytical, creative and inventive. Type As may seem calm on the outside, but inside, you’re filled with anxiety and worry. You’re perfectionists and often shy and sensitive. Usually introverted, you’re stable and thoughtful. You make good listeners and are sensitive to color and your surroundings. You like to be fashionable and are up on the latest trends, but never flashy or gaudy. You like romantic settings and often shun reality for fantasy worlds. A is most compatible with A and AB in the love department. Common career choices: accountant, librarian, economist, writer, computer programmer, and gossip columnist.

Blood Type A - Tend to be cooperative, sensitive, clever, passionate and smart. Often bottling up anxiety in order to get along with others, they may hold in their emotions until they explode. Many are tense, impatient and unable to sleep well. While they are capable of leadership positions, they may not take them because the stress is not good for their tightly wired systems.

hoeyeah!!!

Sunday 11 March 2012

Bulan Ketiga

Salam malam ahad yang sejuk dingin macam dalam peti sejuk.. ppprrrrrrrrrr... Sejuk sampai ke tulang-temulang rasanya. Cuaca sekarang pula hujan, berhenti, hujan, berhenti, adoooyaaaiii... risau hati ni. Semoga rahmat ALLAH SWT pun turun dengan hujan untuk kita semua, insyaallah.


Okey ye puan-puan, kita ke topik berikutnya, masak-masak. Mesti pernah main kan?! Tapi kali ni kita masak betul-betul yew! Tajuk resepi saya pada malam yang sejuk ini adalah "sambal tumis ikan bilis yang tak di goreng dulu dan di ajar oleh orang kajang tapi di masak di balakong"! Boleh hafal?.......... bagus!!! Di persembahkan........ setelah siap di masak



"sambal tumis ikan bilis yang tak di goreng dulu dan di ajar oleh orang kajang tapi di masak di balakong"


Alolololoooo, bahan-bahannya macam biasalah cili kering, bawang merah, belacan, garam, air asam, ikan bilis, kuali, senduk, dapur gas, tong gas dan dapur yang bersih. Cara-cara memasaknya sama macam masak sambal-sambal yang lain. Sekian....


Topik berikutnya, jom main beli-beli jom! Bulan lepas punya main beli-beli saya nak cerita kisahnya. Saya pergi main kat tempat namanya VivaHome depan flat miharja tu, besar punya bangunan! Saya main kat kedai Homes (Always RM 4.99). Betul, memang RM 4.99 je barang dia. Comel-comel sangat, rasa macam nak beli semua benda kat situ... Rasa macam je, tak beli banyak pon. Meh nengok apa saya beli, sikit je







Barang akhir ni saya letak kat bucu dinding macam gini


Akhir sekali, ni betul-betul akhir ni, saya beli serai wangi bukan kat kedai yang sama, di tempat kejadian yang berlainan. Saya suka nah serai wangi ni. Kalau hari tak kerja, saya akan pastikan serai wangi ni sentiasa di bakar di dapur supaya dapur bau wangi & supaya dapat halau kumbang beras yang suka singgah dapur saya... Tahpahapetah!



Lupa nak bagitau, lepas balik main beli-beli tu saya beli iced-blended kat pasar malam.




Enjoy!