Saturday 16 May 2009

Tak Sihat =(

Salam =)


Dah 2 hari aku cuti sebab Mia & mak aku demam. Risau aku di buatnya. Tapi alhamdulillah, mereka berdua dah makin sihat. Bukan apa, sekarangkan musim penyakit bukan-bukan ni... Masing-masing dah gi klinik bila tau demam je, abah aku pun terus pergi HUKM. Macam-macam test dorg buat, tapi doktor cakap cuma demam biasa but kurang air...alhamdulillah.


Korg-korg kalau rasa je diri tu demam korg cepat-cepat gi klinik tau. Sekarangkan penyakit Influenza H1N1 ni dah buat 1 dunia kacau bilau =(. But alhamdulillah aku tgk Kementerian Kesihatan pun tak main-main menjalankan peranan dorang. Kalau korang nak tau apa tanda-tanda penyakit Influenza H1N1 korang gi sini


Jomlah kita ramai-ramai mendoakan kesihatan diri kita, keluarga kita, kawan-kawan kita, dan seluruh rakyat malaysia, insyaallah =)


-Tata-

Wednesday 13 May 2009

Merajuk

Dah pandai merajuk ini anak...geramnya >|


Tapi kadang-kadang seronok jugak menyakat dia...saja bagi dia naik angin, kadang-kadang senang di pujuk, kadang-kadang sampai naik angin aku di buatnya... Hehehehe...


Ini mia merajuk sebab aku taknak dukung dia...bukan apa, kadang-kadang bangun tido dia punya manja tak hengat......nak melekat je dengan aku.



Tapi aku dukung jugak...ishhh... Nama pun anakkan, marah-marah tetap juga sayang. Katanya harta dunia akhirat =>


-Tata-

Mental =)

Semalam pergi jugak senam, iyaaahhh... macam biasa panaskan badan dengan poco-poco...lapan lagi!!! Tak cukup-cukup rasanya. Cuma semalam macam tak baper nak ramai orang, mungkin sebab orang ingat hujan akan makin lebat kot?!... Semangat kitorg yang mantap tak luntur-luntur tu membuatkan kitrog jalan punya lajuuuuu ke sana...


Kan aku cakap semangat yang mantop... Tak caya jugak?



Aishah mc ni ari...tak cukup korum nak makan tghari kang... =(


~Tata~

Tuesday 12 May 2009

Senam lwn Hujan

Aaaaalaaaaaahhhh...


Kitorg dah siap-siap nak gi taman klcc, tapiiiii hujan pulak...


Taklah lebat, renyai-renyai je...tapi kalau dari opis aku nak ke taman tu rasa-rasanya basahlah... ish..ish..ish..hebat betul ujian tuhan.


Takpelah, khamis ada lagi...insyaallah =(


~Tata~

Senam-Senam

Selamat Pagi =>


Ini petang kita pergi lagi senam-senam. Tapi kali ni kurang sorang ahli tak rasmi, kak aida tak dapat join minggu ni, kurang korumlah.


Harap-harap instructor (umi) ingat yang dia kata minggu ni nak ajar kitorg senam perut...kasi kempis & buang itu lemak serta angin yang tak di jemput tu.


Ini aktiviti senam-senam kali ke-2 kitorg pergi minggu lepas. Instructor senamnya yang tengah-tengah ada tahi lalat manis tu, namanya UMI. Umur dah 50++ nok, tapi badan tegap...oh, sungguh menjelezkan... =p



Oklah, aku nak stat kerja dah... 08:46 baru nak mula wat keje tau, tapi waktu bekerja sebenarnya 08:30... ekekekekek... caucincau =)


~Tata~

Monday 11 May 2009

Tesco Ampang

Salam.


Hari sabtu baru ni hubby bawak kitorg gi Tesco Ampang, gi makan kfc guna kupon petronas. Punyalah ramai makhluk ALLAH SWT, fffuuuuhhhh... =)


Lepas makan-makan hubby pegilah pulangkan simcard broadband umobile yang rosak tu, aku & mia tunggu kat tmpt permainan jek. Mia mulalah jadi jakun kejap, semua benda dia nak cuba. Maklumlah, aku ni lemak punyalah banyak semesti-mestinya berat nak ngejarkan...heheheheh..

Pastu hubby soh terai masukkan mia kat playgrnd situ, RM3.00=2 jam. Masuklah kitorg laki-bini sekali menemankan Mia. Sebenarnya aku je yang teman, hubby baeeeek punya lepak jadi cameraman je, oklah tu kan! Mengejar dia sampai kuarlah peluh bagai, super aktif budak ni, geram aku... Kejap tertolak anak orang, kejap anak orang tertolak dia, nasib baik mak-pak budak lain bangsa bertolak ansur, kalo tak mau gado...geram tau!



Tak sampai 2 jam pun kitorg dalam tu, takde keje aku nak mengejar mia sampai 2 jam kan, lalu ku angkut anakku yang tak makan dek pujuk itu... Kira hukum paksa lah tu. Dahlah terpaksa dukung, dia memberontak bagai, dengan aku berlari nak cepat masuk kete, orang-orang dok usha jek macam aku ni culik budak..... =P


Pakejlahkan cubitan manja aku utk anakanda terchenta itu...sampai hubby nak gi tengok-tengok kete pun tak dapat. Tapi kesian dia eh, manalah dia fahamkan. Mia ni bukan apa, memang jarang dapat keluar, bila sesekali dapat keluar tu betul-betul dia amek kesempatan berlari-sana-sini. Ni yang wat aku semangat nak cepat kurus ni...eeeeccccceeeehhhhhh =)


Esok ada senam-senam lagi kat tempat biasa. Jomlah!


~Tatta~

Rambut Baru Mia

Semalam lepas je balik dari rumah orang kawen, aku mandikan mia. Since masih siang & panas, takdelah aku pakaikan dia baju tido lagi. Dah siap-siap bersikat bagai, mak aku pulak tetiba terlintas...zaaasssss.... Nak potongkan rambut mia. Mia ni eh ada satu perangai, susah tau nak pegang kepala dia. Kalau nak sikat rambut lepas mandi tu, berperang...kena pakai psikologi ler maknanya... Aku melayan dia main telefon, mak aku pulak kelentong cakap nak ikat rambut dia, kumpul-kumpul-kumpul terus krapkrapkrap, potong... =p


Nasib baik di tak telenting-lenting, mau hilang telinga...ekekekekekek... Comeilah pulak dia rambut pendek, comel macam aku..... HAHAHAHAHAHAHAHAH...bbllluuueeekkkk =p



Harap-harap kurang sket beban panas kat kepala anakanda ku ini...muahmuahmuah...


~Tatta~

PakPakBingBing =p

Salam panas-panas.


Hebat betul cuaca sekarang ye, panas terik! Jangkanya berlarutan, berpeluh ketiak wei.. Malam-malam nak tido tu, pasanglah ekon seberapa rendah yang boleh, tapi masih panas berdengung. Tapi takpe, biar badan panas jangan hati yang panas yew... =p


Semalam ada 2 kenduri kawen berlansung, tapi aku cuma pergi 1 je, kat taman setiawangsa. Neibor nenet ku yang wat kenduri, dah kenal pun. Panas tetap panas, tapi dah orang sediakan air sirapkan, panas tolak ke tepilah...gulp! gulp! gulp!


Kitorg sampai lepas pengantin berarak, jadi orangnya dah tak ramai. Lepas pengantin makan siap dorang wat poco-poco lagi...kan main yang kecik, yang bujang, yang bapak orang samer berpoco-poco tgh-tgh musim panas ni...hehehehe...



Ni ari aku sampai opis cepat sikit (sikit jelah =p), pukul 7:14 dah bukak pintu opis... Dah sampai awalkan, cepat-cepat aku updet blog... Hehehehehe =)


~Tatta~

Friday 8 May 2009

Senam & Chicken Fingers

Alhamdulillah.


Dah 2 kali aku dapat pergi senam-senam tu. Tapi semalam bertambah pulak ahli tak rasmi, kak ina & kak aishah, menjadikan kita 4 orang ahli rombongan ke tasik klcc...yeyey!


Semalam baru kitorg dapat join dari mula lagi, panaskan badan dengan POCO-POCO. Inilah pertama kali aku wat poco-poco, yang aku pernah dengar pocong-pocong je.....hahahahahah... Ini rupanya, senang je ek, naik syok pulak... Dok rumah sendiri nanti bolehlah aku ajak hubby & mia berpoco-poco... lapan lagi!! Heheheheheh...


Memandangkan ini kali ke-2 utk aku & kak aida, jadi sakit-sakit badan & betis tu sangat-sangat kurang. Kak ina & kak aishah je macam sengal bila jalan, sabar yew sabar, lagi lapan baru tak sakit...ekekekek.. Sempatlah semalam kitorg bergambar ber4, siap bergambar dgn instructor lagi, Umie namanya...tapi apa kan daya, ni hari hubby pulak nak bawak camera...ohhh...titak!!!


Balik tu terus singgah cold storage nak beli chicken fingers. Mia dan pandai mintak gorengkan chicken finger tapi dia panggil "fishcake"...lol =). Tapi semalam takde lah pulok brand 5star yang aku selalu beli tu, ngapain?


Aku & kak aida dinner siap2 baru balik. Star lrt punya sengal semalam, lama kena beratur kat stesen tak sampai-sampai. Nasib baik aku ni PENYABAR...ekekekekek.


~Tatta~

Thursday 7 May 2009

Duit Rumah & Nurul Hanis

Selesai.


Duit rumah dah bayar, apa lagi ek? Ada tak aku hutang korang? Kalau ada jawab dalam hati je okey...heheheheh.


Duit rumah tiap-tiap bulan kena bayar, kadang-kadang TER skip sebulan-dua, tapi rumah tak jugak siap-siap! Siapa yang bersalah? Aku kah atau developer kah? Rasa macam nak sumpah je developer tu. Sumpah apa yang suai ek? Sumpah semerah padi kena tak? Hehehehehe.


Kawan opis aku sorg ni, kak wini namanya, anak dia masuk HUKM sebab kurang air. Budak tu baru 4-5 tahun, demam, muntah, cirit sampai kering air dalam badan. Kesian Nurul Hanis. Budaknya comel, lincah, gebu, lepas ni mesti susut eh! Semoga Nurul Hanis cepat sembuh & cepat-cepat dapat balik rumah, amin!


Aku still bosan ni, nak tepek gambar tapi kabel tertinggal. Gi mana sih? Nak je aku pakai kabel letrik...ekekekekekek...


~Daaaaa~

Senam & Umobile

Salam.


Nak cerita lagi pasal senam-senam ni. Kat taman KLCC tu ada group yang wat senam-senam dgn muzik, rancak & slow. First time pegi marin kitorg baru tau, itupun dorg dah mula separuh jalan. Aku & kak aida main masuk je, tapi rasa seronok sangat sebab ramai orang yang buat.


Tak surelah kena bayar ke tidak, sebabnya dorg wat kat taman klcc tu, aku tgk ada je org berenti & join. Harinya hari selasa & khamis je, pukul 5:45 ptg!


Kesannya aku senam2 selasa 2.5 jam tu, esoknya kepala pening. Malam semalam aku gi klinik, doktor cek kata darah & degup jantung normal, mungkin angin banyak. Tah-tah sebab banyak wat gerakan yang tak pernah aku wat, angin-angin dalam badan aku pun dah tak reti dok diam kot...ekekekekek.. Apa-apa pun badan aku sekarang lebih rasa ringan (eeeceeeeehhhhhh.... =p)


Lepas pergi klinik, ikut hubby gi mines shopping center, gi amek simcard baru Umobile broadband dia. Kat rumah dah bole updet blog, YAY!!! Pastu hubby belanja makan kat pizza hut. Enjoy? Yep, enjoy sebab hubby yang kuar duit...ekekekekek...

Ingat nak letak gambar kat mines tu, tapi ni ari aku dah tukar beg senam jadi aku bawak camera je, kabel nya tertinggal dalam henbeg, iiissshhh...rugi betul!


Ini petang insyaallah, kalau badan sihat nak pegi senam-senam tu lagi. Kali ni pun insyaallah tambah sorang kawan opis aku, kak ina tokei avon pun nak join aku & kak aida.


Ok, kalau korang senam-senam kat KLCC & nampak aku, tegurlah yew... (",).. lap u ol!


~Tatta~

Tuesday 5 May 2009

Senam Dan Senam

Ini hari aku & kak aida dah hepi-hepi + excited nak gi senam-senam ni petang kat taman KLCC tu. Dekat je dgn opis kitorg. Saja nak buang lemak berendam ni.


Semalam punya terujakan (semalam aku cuti), gi lah cari beg kat kedai barang-barang sekolah...teringat zaman-zaman sekolah dulu, excited giler! Sampai je kedai tu aku nampak ada 2 orang budak melayu macam malas-malas je jaga kedai tu...ekekekekekek...


saya yang ayu: Dik, sini ada jual beg sekolah tak?
adik yang bosan: Ada, kat dalam kak!

**********

Aku punya teruja masuk sampai dalam, memang beg banyak tergantung, tapi nya beg sekolah kaler pink, barbie lagi...ekekekekek...adoiii!!! Takkanlah akak yang ayu ni nak gi joging sandang beg barbie pink dik nun oiii!!! Sabor jele, kan main gelak budak tu! Dapat jua beg yang aku nak. Simple-mimple jek! Janji lepas aku letak kasut, suar & t-shirt bagai.



Malam tadi kan main lagi aku berkemas, susun kasut, susun stokin, macam budak sekolah dapat masuk asmara....ekekekekek... Asramalah...jangan nak menggatal yew!



Harap-harap dapat ler sampai abis minggu ni gi senam-senam... Tidak ler orang ngata H.H.T.A. (busuk!!! ekekekekekek).


**Rakyat sihat, Negara maju**