Tuesday 23 June 2009

Hye Kawan

Hye kawan!


Semalam saya EL. Sebabnya kalau di pikir-pikirkan balik kelakar pulak. Semalam hubby "tertinggal" henbeg saya yang macam beg doremon tu kat kajang...1 benda takde dalam tangan saya. Sebelum tu saya memang berkira-kira nak amek MC sebab badan rasa dedar je, mulut ni hah tak habih-habih lagi ulser.


Sekarang kat luar tu gelap. Dah 2-3 hari macam ni. Tapi baguslah kan, jerebu pun makin nipis, harap2 udara baru nanti jadi udara yang sihat & segar. Yay!


Hari ahad lepas ikut hubby gi Mines, dia beli henpon baru tau. Sekarang dia jadi famili samsung pulak, dah bosan dengan nokia kata dia. Nokia lama dia campak kat saya je, jadilah... Heheh... Saya pulak dah lama nah tak pakai nokia ni, jadi meraban sket dgn fangsyennyer.


Baby D dah ada kat rumah mak, semalam saya sempat dukung dia. Eeeeiiiii... Geramnya nak ada baby. Rindu dengan bau baby, suara baby, tapi suara tengah melalak tak rindu pulak...jijijiji..


Eniwei, baru saya sorang je kat opis. Selalu pun macam tu. Paling awal pun ada yang datang dalam kol 7:45, itu pun bos...hehehe.. Ooopppssss... ok..ok.. memang bos dah datang... Jumpa nanti ye...papai!

Friday 19 June 2009

Hye Kawan ;D

Hye!


Mood aku 2-3 menjak ni tak baper nak baik pulak. Angin satu badan. Ni badan dah stat panas-panas, tekak pun ulser, pastu bila hembus hingus tengok ada darah... Dah sah-sahlah aku kurang minum air kosong lagi! Asal pegi klinik foong je dapat oral 8, tak berkesan lansung, cara aku senang je minum air banyak-banyak sampai berlarilah gi jamvan...harharhar..


Aku nak citer fasal mia pulak. Sekarang asik cakap "tak senang" jek. Apa-apa sikit "tak senang"...ajuk mak aku la tuh...kadang-kadang bila orang tengah borak tau-tau di muncul je cakap "memang"...hehehehehe... Aku panggil dia tepon karat kecil, nyebok je bila orang tengah borak...kuikuikuikuikui.. Dah 2 tahun dah cik kak tu, dulu bila aku riba dia rasa kecik ke, sekarang tak muat-muat... :p. Badan memanjang tapi taknak besar-besar jugak, harap pipi je bulat...tapi apepun alhamdulillahkan.


Semalam aku tak gi erobik, rugi pulak walo sehari pun. Berat aku turun 2 kilo, yay! Eh, alhamdulillah :D. Esok adik aku/selly/ibu hamzah nak datang. Bestnyer! Dapat jumpa baby D insyaallah. Aku suka nah kat baby, rasa nak cium-cium sampai budak tu rimas...hahahahahaha...jaga-jaga!!! Feninlah kepala mak aku lepas ni sebab nak jaga keletah 2 org cucu yang tengah lasak...mesti mak aku dok jerit je macam jane... Tanaklah macam tazen, tazen tak pakai coli...harharharharhar! Ampun mak! :D.


Ok, babai dulu ye.

Tuesday 16 June 2009

I Am Taking a Break ('.')

Kenapa?


Kenapa kita perlu bermusuh dengan orang yang rapat dan menyanyangi kita dan berbaik dengan orang yang hanya sukakan kita semata-mata untuk kepentingan mereka sendiri?


Salahkah bila kita menegur dan mengingatkan dia sebelum orang mengambil kesempatan pada dia sekali lagi dan lagi dan lagi dan lagi?


Kenapa kita di pandang serong bila cuba untuk menyedarkan dia?


Tah berapa banyak kali nak kena fikir fasal ni, tapi orang tetap tak faham. Asyik anggap kita je jahat dan orang lain baik. Kalau orang lain tu baik sangat, janganlah asyik komplen perangai orang lain tu kat kita. Dia sendiri pun tak tahan dengan perangai orang tu sebenarnya kata dia. Jangan kata kita tak ingatkan.


Baiklah, kita dah tak mahu masuk campur lagi urusan dia. Takde maknanya lagi. Dia nak berbaik-baik dengan orang lain tu atau orang-orang lain yang lain, ikut suka dia. Diri dia, barang-barang dia, dia punya suka.


Kita nak rehat. Rehatkan emosi kita yang dah bertahun-tahun terganggu.


Kita tetap berdoa supaya kita cepat-cepat dapat semangat baru, kalau di izinkan ALLAH SWT biarlah sebelum bulan puasa ni.


Yay!

Monday 15 June 2009

~Dah stat sekul~

Hari ini dah mula sekolah. Pagi-pagi dah dgr enjin bas menderum kat luar.


Bila cuti sekolah dah berakhir, maknanya jalan dah mula jem...nonononono! Dan dah mula kena bangun "lebih awal" dari biasa.....masa ni lah rasa tilam yang selalunya keras tu jadi empuk sampai berat badan nak bangun...hikhikhikhikhik...


Dahlah kelam-kabut nak bersiap, mia skrg tanak turun tangga sendiri pulork! Hiiiisssshhhh, geram betul! Aku dah macam pokok krismas rasanya, beg baju dia tergantung kat tangan kiri, beg sepanbob kat tangan kanan, "bandung" dia kepit kat ketiak, dgn nak dukung dia lagi...nilah yang selalu wat mulut aku sepanjang jalan tak renti "tttrrrrtttrrrrrtttttrrrrtttrrrrtttrrrr" macam mesingan daaaaaa.... :-


Lega bila dah sampai rumah mak. Sebelum aku gerak tu mia siap nak peluk, cium, babai, salam...adddduuusssss..."wangi" betul anak dara aku pagi-pagi buta ni...hahahahahaha... Dah nak sampai kat sekolah cheras mak kol kata purse aku tertinggal dalam beg sepanbob mia... Alamak??!! IC, kad bank, lesen, blablabla semua dalam tu.....jengjengjeng... Aku dah jeling-jeling hubby dah, sure dia "tttrrrrtttrrrrrtttttrrrrtttrrrrtttrrrr" aku pulak...hikhikhik... Nasib baik tidak...lega! Hubby hulur kad kawen soh aku bawak, sebabnya kat belakang tu kan ada nombor ic, manalah tau kan! Harini takleh lah aku merendek, lepas kerje kena balik terus...cis!!! "Ha bang, kad kawen takde kat awak jangan pulak awak mengaku bujang yew!!! Kena karang!!!" ekekekekekeekeke.... ya ampunnnn :p


Hhhmmm...lupa nak bagitau perkembangan erobik tu. Badan aku rasa ringan sket walopon berat tak turun-turun... Aku tak baper nak kisah berat badan tu, tapi masalah perut ni hah. Kenapalah ko seksa nah nak turun perut oooiiii, nyampah nokz!


Oklah, lagi kejap mesti bos aku lalu...rasa-rasanya 20 minit sekali dia musti mundar-mandir, macam tetau je kuli-kuli sekelian kaki tuang keje...jijijijiji...

Thursday 11 June 2009

Kamera Lama & Henpon Baru>>>2-2 Hubby Yang Punya (".")

Di mana? Di mana? Oh di mana?


Di mana telah abang simpan kamera? Kat tepi tv takde, sebelah dvd player takde, dalam bakul dvd takde, kat mana ek?! Bang! Oh Bang, mana kamera?


Semalam MiaLila pakai baju kurung, cute aku rasa. Tapi tulah, cari punya cari tapi kamera tak jumpa. Takkan nak beli lagi? Kayalah tokei kilang kamera tu.


Bang, kang balik u tolong cari kamera ye. Dah dapat u bagitau kat i tau, nnt i upah picit pipi u...hehehehehe...


Bang, jadi ke pegi be henpon baru u? Yang lama tu u bagi i ke? Alah, kenapa u tak belikan i yang baru juga? U kedekut ke i yang tamak? Kuikuikuikuikui...


Bosan betul rasa takde kamera ni.

Monday 8 June 2009

p('_')q

Pagi ni aku terlupa bawak camera. Hubby pulak perlu guna camera hari ni. Brake pad (macam ni ke eja nya) pulak dah haus. Stokin hubby pulak tak tau dah kemana. Pagi isnin dah macam-macam. Sebab tu ke ramai orang tak suka isnin? Dah lah kepala aku ni makin tingtong, nak gi klinik aku takut.


Aku sebenarnya dah maaalaaas nak updet blog ni. Takde cerita lagi. Kebelakangan ni rasa hidup ni bosan je, lagi-lagi bila pagi nak pergi kerja. Suasana kerja sikit sebanyak mempengaruhi cara hidup aku. Aku cepat tertekan, cepat bosan, cepat nangis...hari tu aku gi jugak interview kat jalan raja chulan. Aku ni dahlah penakut bila tang interview, tapi eh sebab aku dah bosan tahap gaban kat sini aku gi jugaklah. Alhamdulillah, sungguh ramah tamah rasanya.


Oklah, aku nak manjakan diri sendiri dulu. Makan, minum, buang apa yang patut & tengok youtube sebelum bos datang. Kak wini pulak sakit mata...biar sakit mata, jangan sakit jiwa...ekekekekekekek...


~bosan~

Friday 5 June 2009

MNK

Happy Birthday Sayang


Mia hari ni tepat kol 3:33 petang genaplah umur dia 2 tahun...alahai anak omak...alahai anak omak... bosa dah anak daro omak ni... rindunya masa mia baby time, tak puas peluk... skrg bila nak peluk asik lari je. Nasib baik i ringan, tak mengah nak ngejar u!...heheheheheheh


Sayang budak bucuk ni
Bucuk ku...MiaLila