Thursday 29 January 2009

~AJL~

Itu hari korang ada tgk Anugerah Juara Lagu tak? Aku kelam-kabut balik kajang takut tak sempat... Kalau tertinggal sembahyang tak kelam-kabut pulak kan??... heheheh (kena minta ampun cepat-cepat takut tak sempat).



Betul aku jangka Lagu UntukMu dari Meet Uncle Hussain jadi Juara Lagu...yey! Bangga betul pakcik-pakcik hussain se Malaysia... ekekekekek


Tapi aku lagi suka kalau stacy yang terlebih sudah menang persembahan terbaik, sangat bertenaga kan?! Aku tgk dia eh ada sikit-sikit cam miley cyrus si hana montana tuh... ada tak? Ke mata aku je yang nampak camtu?.. heheh.


Ayu OIAM pun boleh dapat vokal terbaikkan? Aku tgk dia nyanyi rilek jek tak menjerit-jerit, tapi vokal powwwer!


Dan yang aku tunggu-tunggu-tunggu akhirnya keluar juga, Elyana yieeebab! Suka nah aku dgn dia... Tapi eh aku lagi suka dia jadi "penyanyi" dari "pelakon", aku tak gemor ler tgk dia dalam Renjis kat Astro.



~Tatta~

~Budak Mamai~

Tensionnya...huhuhuhuhu... Kenapa?

Aku tgh mamai kodokan nih. Malam tadi tak boleh tido sampai lah cukup-cukup masa nak bangun. Lagi dekat jam nak pukul 5 baru mendayu-dayu mata nih. Skrg tak fasal2 aku jadi budak mamai kat ofiz nih, biol sekejap. Malam tadi tah napa tak fasal2 hidung aku sebelah tersumbat, tercungap-cungap aku bernafas. Kalau ikut aku nak gi sepital jek abis citer, tapi laki ku tido lena pulak... Tak cukup dgn lobang hidung, aku bernafas pulak guna mulut...tapi tak cukup-cukup jugak. Tu yang aku dok berjaga sampai ke pagi buta.

Hhhmmm...kalaulah dapat tidur nih, nescaya ye puan-puan saya tak terbangun.. hehehe..

Tapi heran pulak, updet blog tak rasa mamai... hahahahaha.

Ok, selamat bersarapan.

Salam.

~Tatta~

Wednesday 28 January 2009

Hai.


Nak balik dah nih. Hmm... tinggal berdua je dgn shah.


Ok, balik dulu ye.


Salam.


Sayonara...Sayonara...Sayonara

~Pusing-Pusing Kajang~

Semalam hubby bawak aku & mia gi mamam kat metro point. Ahhh, manyak siok hor, manyak sijuk rasa ekon... Mia ni dah umur 1 tahun 7 bulan tau, sekarang ni makin notti ya ampun. Pantang tangan aku terlepas pegang je, meluru dia berlari... Seram sak, kalau kat tgh-tgh jalan! Ggggrrrrr... geram aku! Semalam berlari kat metro point tuh, dahla lemak aku banyak... hahahahaha... Eh, aku makan dulu ye.

Yum..yum.. Pagi-pagi buta makan berat-berat, yang sengalnya diri sendiri...hehehe. Ni hubby punya.



Yang menggemukkan ni semestinya aku punya... macaroni cheese, nasi & ayam... buurrrppp.



Nak muffin? Beli sendiri... muahahahaha..zalim! Yang vanila tuh hamba yang punya.



Tgk budak notti nih, aku geram nak gigit jek! hhhmmmppphhhhh!



Untuk mengelakkan dia dari terus notti, bagilah buku-buku...menu pon boleh...






Ingat kat zoo negara je ade, dalam shopping kompleks pun ada tau, puas aku meround.. RM3 sorang, dorg ni pandai cari duit, aku pulak pandai ngabis duit laki... hahaha.

~Keje Luar~

Jumaat lepas aku & kak wini kena ikut geng keje luar (lain department), buat search trademark. Korang mesti tak faham, hhmmm... takyahlah faham.. hehe. Menghayun langkah ke dayabumi untuk 1/2 hari je. Kat sana jumpa ketua geng mata hitam, kak ina... hahaha (mampus kalau dia tau :o)). Kena wat keje macam orang yang ikhlas..hahaha.. iiissshhh... ikhlas tau! Tghari cabuuuuuut gi ISETAN. Waaaaahhh, namanya gah okey. Ada cerita di sebalik ISETAN itu. Aku punya terfikir banyak ke masa untuk kitorg lari-lari ke ISETAN-ofiz? Jalan mesti jem gaban sebabnya hari jumaat yang mulia. Bak kata drebar teksi chayanunalif tuh, hari jumaat orang laki-laki semua berebut pegi masjid, orang perempuan semua berebut pergi aked tunku abdul rahman (beli kain)... hehehe. Aku ada petik gambar dalam "search room", tapi aku tak berani nak upload kat sini. Takpelah, korang tgk gambar lain jelah, sebab cerita ni pun berkaitan dengan "search room" jugak. Tgh-tgh aku ikhlas buat search trademark tu, tiba-tiba piiiuuuung kepala kerusi jatuh betul-betul atas jari kelingking kaki kanan ku.. "aduhhhhhhh", kata ku.. eceeeehhh... :p hambik kau, secepat kepala kusi tuh jatuh kelingking aku biru+purple, kulit tersiat lagi ahaaaakksss... luka di jari semua orang tau.. Air mata jangan ceritalah, laju je nak tumpah, tapi ku tahan jebat. Mau tak ko, orang ramai kat "search room" tuh. Kalau aku claim SOCSO lepas tak??



Yang berusaha aku nak petik gambar jari bengkak ni ko, dapat award tak? Hahaha



Inilah kedai ISETAN tuh, kedai kain rupanya.


Tgh sale sini, aku sempatlah beli kain lagi, tahun ni aku plan nak beli kain banyak-banyak buat baju. Maklumlah, banyak dah baju kurung aku tertewas bila aku iron baju...hangus ko jah! Nih, budak-budak geng mata hitam tolong pilihkan sebabnya mata ku rambang..hahaha.


Balik tuh tgk-tgk ada kek, yey! Bos aku belanja opis kek, kalau dah secret recipe namanya tak lain tak bukan indulgence jelah... selalunya aku habis, tapi jumaat tuh tak habis pulak.. penat shopping kot? gigigigigi



Tgk-tgk kat meja ada limauuuuus, yey! Aku suka limau kecik-kecik tuh, comei sungguh. Tapi sampai nari aku tak jumpa limau tuh, tah mana hari tu aku simpan... isk..isk..isk.. kepunden rasanya.


Korg-korg, aku lupa nak wish korg Selamat Tahun Baru Cina lah, belum terlambatkan? Hehehehehe...


~Tatta~

~Restoran Salero Negori~

Dah lama hubby nak bawak aku makan kat

Restoran Salero Negori.

Ini restoran minang, laki ku kan ada sikit-sikit yang tak berapa nak banyak darah minang kalau korg nak tau lah...hahaha. Since rumah pengantin kat damansara je, teruslah hubby bawak kitorg sekenari ke sini. Lauk-lauknya sedap, aku suka. Mak aku & mia je tak makan, perut sengkak kekenyangan... hehehe. Tak sempat aku nak petik gambar lauk-pauknya sebab excited gaban nak nerai. Pencuci giginya pulak makan tapai pulut aiskrim. Sungguh yumyumyum.


Oh kekanda ku..... mengapa rupa kita berdua hitam dah putih.. oh titak!



Adinda ku Jujen, tgk-tgk dah takde tahi lalat... hehehehehe





Budak kecik ni kan, kalau nenek dia tak wat makanan tuh main-main mesti dia taknak tau, hep!!!


Super kenyang okey, dalam kete kan main karaoke lagi. Well, kitorang kan peminat hangus AJ.

~Tatta~


::AJ tuh saper? Bukan AJ Backstreet Boys tu, nih Ahmad Jais lah...hahaha::

~Pengantin~

Elo. Seronok cuti lama?

Cuti aku mula dengan gi ngantar anak jiran (yg lelaki) aku kawen kat damansara, pakpakbingbing... Yang seronoknya tggl kat flat mak aku tuh, jiran-jiran semua dah macam keluarga, sangat akrab. Pengantinnya Ehsan & Nurul. Sungguhlah panas cuaca tu ari sampai hubby tak jadi gi makan sbb nak sejuk-sejuk dalam kete je. Naik kenari ber5 dgn aku, hubby, mak, jujen & si notti mia.


Aku pasti sepasti-pastinya dada mu dagdigdug bila semua mata tertumpu pada mu..... aku dah rasa...hehehehe


Inilah perantinnya, Encik & Puan Bani Mohd. Ehsan. Sama-sama muda belia


Aku sukaaaaa Songket walaupun panas


Ini pulak, Encik, Puan & Cik Rizal...heheheh


Aku pakai selipar je sebab jari masih bengkak, tak glemer okey



Lepas tu tak terus balik tau, hubby bawak kitaorg pegi makan lagi. Nnt aku cerita kat mana ye.

~Tatta~

::Sekarang ni cuaca selalunya panas terik, minum air banyak-banyak tau.. Kalau tidak nanti badan kurang air::

Thursday 15 January 2009

~Taman Tasik Permaisuri~

Itu hari aku & jujen bawak mia gi main-main kat taman tasik permaisuri, saje petang-petang takde benda nak buat. Kan main lagik berlari sana sini, aku dahla lemak terkumpul punya banyak, semput mengejar dia...kembang-kembang lobang yidung.. hehehe


Tapi budak opis aku kata aku makin susut...yeke? korang rasa??? Hehehehehe.. susut sihat takpelah kan, jangan susut sakit... oh nononononono... titak!

Wednesday 14 January 2009

~Belum Tido Lagi Ni~

elo!

yay!! belum tido lagi ni.. hubby tgh layan tv & aku updet bloglah. kita ni eh mmg selalu tido lewat mcm ini, kadang-kadang hubby dah lelap aku sorang-sorang layan tv sampai kol 2 pagi. jadi sekarang sambil updet & online YM, aku layan jugak lagu-lagu jiwang karat sambil teringat kat MiaLila.

uuhhhh...nak upload gambar tapi kabel camera hubby tertinggal ofiz.. lalalalalala, ok nak cakap tatta skrg, nak gi manje-manje dgn hubby dulu... heheheheheh.. salam

~tatta~
Hye! Nari dah mula keje. macam biasalahkan, bosan saje!

Tadi aku cakap dgn eksekutif sorg nih yg aku nak berenti sebab stress sgt & aku rasa dia pegi bgtau bos aku...eeeerrrrrr.... pastu bos aku panggil tau. Sekalinya dia luahkan perasaan dia pulak, dia kata sori sbb pressure org bawah teruk-teruk, blablabla...aisey, aku nih bab orang rayu-rayu nih aku mesti cair tau. Hhmmm....aku doakan bos aku akan kekal dgn mood "baik" ni selama-lamanya...AMIN.

Ok, semalam makan mlm dgn hubby & mia. Makanannya macam-macam, esok aku cuba upload gambar ye.


~tatta~

Monday 12 January 2009

~Tatta~

nak siap-siap balik dah. esok aku cuti tau, yay! esok kena jaga Mia sebab mak aku gi sepital...rindu kat MiaLila. okeylah, balik dulu.

~tatta~



jom selamatkan haiwan dengan mengambil mereka dari S.P.C.A.


~???~

Salam.

Niari aku baru naik keje dari mc panjang, minggu lepaskan aku demam teruk...demam + ulser banyak kat tekak. Doktor kata ini simptom tekanan...tekanan lain aku takde kecuali tekanan kerjalah. Benci betul datang kerja, rasanya sungguh meluat... bluuueeekkk!!! aku bukan tak tahan tekanan kerja, tapi tekanan mental yang wat aku benci nak datang kerja. Orangkan selalunya kata buatlah kerja yang kita suka, jd kita akan sentiasa gembira kat tempat kerja...ye kan? Aku sukakan kerja yang tak terkejar-kejar macam sekarang ni. Kerja kat kedai-kedai pun aku suka, macam kedai buku sekolah ke, kedai buku biasa, kedai stationery, kedai kek, kedai runcit, supermarket, sebabnya aku suka tengok gelagat orang...tak tension (agaknyalah...hikhikhik).


Bukan aku sorang rasa macam ni, department ni ada 3 orang kerani cabuk macam aku & kitorg sumer pakat nak benti, kalau busuk hati hantar notis 24 jam...hikhikhik.. tapi nak keje ape? Iiissshhh...tanggungjawab besar beb, mana nak beli pampers anak bagaikan... tuh yang masih bersabar kat sini.

Korang doakan aku dapat kerja lain yek, lagi cepat lagi bagus (hikhikhik)... nanti aku belanja korang tengok gambar cupcakes (jijijijiji)...

Ok, enuf pasal keje jom citer lain.

Semalam aku & mia ikut hubby saja-saja jalan gi tgk-tgk kete. Kat kajang kan bnyk kedai-kedai used car, jadi cuci matalah. Bukan nak tukar kete sekarang, hubby target nak beli rumah dulu dalam bulan mac nih, jadi kete kena tungguuuuuuuuuuuuu lama sketlah...hhmm... kete hubby nih dah nazak, wira tahun 1995-1996, nak sampai hukum nampak gayanya. Duit banyak dah dia berabis kat workshops sbb sumer part dlm kete tuh dah uzur…hehehe. Ape-ape pun aku setuju sangat hubby nak beli rumah dulu, waaaaah sangat teruja okey! Jadi aku dapat masak utk laki & anak terchenta, biarlah lauk seminggu tak tukar-tukar...hahahahaha... ada aku kesah?!! Nehi hei...ammak!

Okey, ni aku curi-curi masa updet tau, sambil mata aku dok menjeling kiri-kanan. Kalau suruh aku ngadap kerja 7 jam tanpa hiburan, mau sawan..hehehehe.. ok, adios!

~tatta~


jom selamatkan haiwan dengan mengambil mereka dari S.P.C.A.



Tuesday 6 January 2009

~Demam~

bosan! bosan! bosan!
asal citer pasal kerja je mesti bosan. kerja aku ni dulu mmg 1 kerja yang menyeronokkan... tapi dulu lah. Sekarang tidak lagi...dan lagi...dan lagi...

niari demam macam kuat dari semalam tp kan bos dah ckp semalam, merangkak pun kena datang..tapi tidaklah aku merangkak...buruk rupanya nanti..hehe. jalan punya jem pagi tadi kat bulatan bandar tun razak tuh, mendidihlah darah laki aku sbb kena hantar bini nya yang demam gi keje... sabo yop, sabo! nak jadi cerita aku kelam-kabut kuar dari kete sekalinya pakai kasut lain sebelah...jijijijiji... nasib baik sama tinggi kalo tak mau aku tempang.. pastu sebelah kaler brown sebelah kaler hitam... baju pulak purple blue... suai ko!! hahahahaha.. pagi-pagi aku dah wat lawak mentel.. nama pun demam kan.. heheheh

esok aku nak cuti, nak rehatlah. esok dorg naik keje, yay!

Monday 5 January 2009

~Demam Selsema~

ni ade cerita semalam yang panas...yang bagi darah aku mendidih gitu, ni lah dia punya cerita


aku bawak mia gi bintang supermarket sbb nak beli gula sekilo (sekilo je... hehehe) & baby cotton buds tau, sekali dia sudah nampaklah ada sorg budak naik troli kereta macam ni
kan main ngamuk lagi taknak jalan...sebabnya dia pernah naik sekali, macam Enjoy! je aku tgk dia... tu pasal dia nak naik lagi kali ni. asal aku suruh dia jalan je mesti buat-buat jatuh, pakej dengan menjerit lagi....aduuiiii... nama pun pompuankan haruslah nyaring. mula-mula aku okey lagi, sabar masih tebal, pujuk punya pujuk naik lemak pulak...sekali aku dushum..dushum..ayomaaaa makin kuat (harap maklum ye saya tak dera anak...hehehe). aku nak anginlah hape lagi dukung terus masuk kereta ajak hubby balik. geram okey!!!


tapi nama pun emak kan, geram aku kejap jelah...sebabnya eh, aku dah marah-marah dia dalam kereta sekalinya dia peluk aku.....terus cair okey, aku pulak pakat sedey kesian kat dia. mood dah okey aku banjer dorg makan roti telur extra bawang, pastu beli gula kat mini market je tanpa baby cotton buds.


eh-eh, aku demam selsema tau. semalam pegi klinik doktor nak bagi MC tapi aku x nak sebabnya niari tak boleh MC, takde clerk kat ofis. dorg sumer pakat cuti anak sekolah, anak aku lom masa lagi nak hntr sekolah, mungkin dia 3 tahun nnt.


bos aku ckp "jgn ko x datang besok, merangkak pun ko datang tau.. kalau tak MAMPOS aku!!", tapi aku tak sempat jawab "ade aku kesah???!!!"... heheheh


~tatta~

Friday 2 January 2009

~Happy New Year 2009~

Selamat Tahun Baru 2009

Nari 1 hari jek keje kan, malas betul. Malam tadi hujan sampai ke pagi ni hah, terbabas laki-bini ni tido sampai 7:30...heheheh. ingat aku nak lenjan jeans & blouse jek tapi hari jumaat yang mulia ni kan (eceeeeehhhh), aku sarung je lah baju kurung purple-pink... ahak, mak dara ayu gitew! bosan sak nari updet blog tanpa gambar. camera hubby nyer turn pulak bawak, yelah ngko dari mula beli aku jek lenjan kulu-kilir, member tuh nengok jek...heheheh.. aku x citer eh hubby beli camera baru sebab dia bosan aku dok rengek camera lama tuh dah tak glemer...hahahaha.. bini materialistik okey! hubby beli samsung L201 ni pun dah terkeluaq bajet...bini punya pasal... kuikuikui... sungguh queen control


semalam tak kuar selebret tahun baru, tapi dok luangkan masa dengan mia je. bawak jenjalan, makan-makan, beli pampers, lepak-lepak tgk dvd (acara wajib nih...naik loya tekak aku..hehehe) & tido.. kukahhhh..kukahhhh..kukahhhh..


okeylah, selamat tahun baru yew & selamat berhujung minggus..


~tatta~