Friday 26 October 2012

Salam Aildiladha

Salam.

Di kesempatan ini kami sekeluarga ingin mengucapkan


kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga Allah swt menerima Qurban kita di tahun ini, insyaallah. Amin.

Sunday 21 October 2012

Semangat Kesukanan di Hari Sukan~

Salam.

Semalam dari pagi sampai ke petang saya, mak & mia lepak kat Taman Metropolitan Kepong sebab ada hari sukan tadika sang kancil anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Di sebabkan semalamnya hujan lebat sangat, jadi budak-budak tu bersukan dalam padang yang becak bagai, tapi takde hal, budak-budak memang sukakan dapat main kotor... :P. Acara di mulakan dengan perarakan para atlit sukan, Mia tahun ni bawa sepanduk. Awal-awal lagi Cikgu dah bagitau supaya Mia jangan pakai baju sukan masa bawa sepanduk nanti, maknanya Mia kena pakai lawo-lawolah. Setelah itu dan ini, maka hasilnya:


Pembawa sepanduk yang glemer, tapi bad mood sebab kepanasan \(^,^)/

Setiap atlit kena masuk 2 sukan. Untuk sukan pertama "lari berhalangan", sekolah Mia dapat tempat ke-3, untuk sukan kedua "masukkan bola dalam tong" sekolah Mia dapat tempat ke-2.


Sebelum masuk sukan kan main kasut putih bersih, lepas tu............... 


Alhamdulillah. Tahun ni seronok sikit dari tahun lepas sebab DBKL sediakan bas untuk setiap sekolah, nasib baik kitorg naik bas sebab tempat letak kereta penuh, yay~

Thursday 18 October 2012

Shambal Tumish Shotong Shaya Mashak...

Salam.

Dari semalam saya mc sampailah esok, atas sebab-sebab peribadi.. hehehee... Malam ni ada pasar malam kat bandar tun razak, Mr.H belikan sotong & ikan jaket. Di sebabkan kitorg belum makan lagi, Mr.H minta saya masakkan Sambal Tumis Sotong je... Aitelyu, sssllluuurrrppp.... \(^n^)/. Bahan-bahan mcm biasa: cili blender, sotong yang di beli oleh Mr.H di pasar malam bandar tun razak, garam, air asam jawa & gula sikit. Nak sedap lagi guna kuali hitam macam kuali saya... Lololololoooo...


Shambal Tumish Shotong (tapi ni dah tinggal separuh sebab dah kena ngap tadi)


Saya & Mr.H tengah layan Mia tengok Om Shanti Om di kala tengah hujan ni... Selamat Malam Semua (*n*)


~Tadi g melawat nenet saya yang baru semalam selamat menjalani pembedahan membuang katarak mata kirinya. Belikan nenet cermin mata hitam sekali, melaram sakan.. Tapi lupalah pulak bawa kamera (*,^). Semoga nenetku cepat sembuh, lagi 6 bulan nak buang katarak mata kanan pulak... hhaaaiiissshhh...~

Tuesday 16 October 2012

Malam yang sepipipi...

Salam.

Alhamdulillah, hujan lebat dari petang sampai sekarang ni ha... Sojuk eh ghaso eh... Mia tengah baiknya berselubung dalam selimut sesambil mimpi tu, Mr.H baru kuar gi kenduri arwah pak hamid hari ke-3, saya pulak ingat nak tidur awal, tapi mata ni kan main lagi segar-bugar, ni yang malas balik awal ni, iiisssshhh...... Tapi, sementara mata ni degil kan, saya nak tunggu drama "Osman Baku" di TV2 pukul 9:30 malam ni, citer kelakor.. Tacaye, cer cuba tengok kang (^n^). Jangan lupa gelak eh, gelak tu senaman untuk menenangkan jiwaz dan ragaz hokey...

Tapi sementara tu, layan youtube dulu... Selamat malam & semoga mimpi indah-indah (*,^) Salam~

Monday 15 October 2012

Hujan di pagi hari...


Salam.

Hari ni nak cerita fasal semalam. Pukul 9:43 pagi Mr.H dapat 1 sms dari kawan baik dia. Mr.H tidur lagi sebab tak sihat, jadinya saya ler yang busy body baca, sms tu tertulis cenggini "***, bapak aku dah meninggal dunia". Aramak... Berderau darah saya, seram sejuk badan ni... Saya kejutkan Mr.H bagitau dia, kelam kabut dia siap mandi bagai sampai tak sarap dulu & trus ziarah jenazah kat hospital. Sedih dengar Mr.H cerita kawan baiknya terlalu sedih sampai tak dapat bercakap. Mr.H temankan kawan baik dia sampai ke kubur. Semoga Allah swt mencucuri rahmat keatas roh pak Hamid, semoga beliau di tempatkan si kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Semoga encik Saiful dan keluarganya tenang menghadapi pemergian ayahanda yang tersayang.

Al-fatihah.

Saturday 13 October 2012

Satu petang di hari Sabtu

Salam.

Lepas selesai makan dan melihat Mr.H & Mia makan, saya lepak dengan anak buluz pulak. Hari-hari cuti je dapat memanja-manjakan dorang ni, alolololooo...ciannya... Dan yang pastinya, asal "ter"sentuh je, terbaring, manja tersipu-sipuan. Diperkenalkan: Benjo, Billyboi & Muffin.

Billyboi atau MokBi: Gurau kasar dak ni, suka nah pakai kuku, suka gigit kaki orang, suka kena dukung, suka kangkang, suka lepak kat kain belum basuh (wangi sangat kot :P), suka kacau orang masak, penakut dan cepat panik walaupun orang datang hantar gas je dia dah lari masuk bawah katil~



Benjo atau MokBen: Asal sentuh je jatuh, asal jatuh je mesti kena sentuh, tak suka kena dukung, friendly, bertenang sentiasa, suka lari masuk bawah katil supaya takde sape pun boleh keluarkan dia dari situ~



Muffin atau MufMuf atau Inspektor Muffin: Asik kejar saya nak soh dukung, suka lompat atas MokBi, suka tidur dengan MokBen, baru 3-4 bulan join keluarga kami~




Billyboi & Benjo:




Muffin:



Ni permandangan dari balkoni rumah. Masa beli rumah ni, depan tu sumer penuh dengan pokok-pokok-pokok... Sejuk mata memandang, tapi setahun-dua ni makin gondol di buatnya. Tengoklah:





Mini "padang bola" yang ada depan kondo ni, bolehlah wat budak-budak kat sini melepaskan gian main bola bagai, dari melepak tak tentu halakan... Bijak... Bijak...:




Oklah, nak soh mia gi mandi, dah petang ni... Salam.

Sambal Ler Tumis Ser Udang Nge... Yummy Yummy~

Salam.

Sedara-sedari cikebung-cikebung, harini saya nak cerita lagi fasal masak, t.e.t.a.p.i., kalini bukan chef pot yang masak... Habeh tu sapew? Huhuhu.... chef gila kuasa a.k.a. saya ler tu... Masakan saya pada hari ini di namakan Sambal Ler Tumis Ser Udang Nge... Yummy Yummy~. Bahan-bahannya terdiri dari: Cili blender (cili kering, bawang merah, belachan), udang yang di kebas dari rumah ibu mertua ku, garam, air asam jawa & gula sikit... Pastu lebur-lebur-lebur sampei jadi cenggini:



Yang paling penting, jangan lupa masak nasi terlebih dahulu, siap masak bolehlah trus mamam.. Yumyum...



Ceeewaaah... 4 thumbs up (hubby & mia) kata chef pot... (^,*)


Hah... Tunggu pelagi, cecepat gi beli barang :P

Salam.

Thursday 11 October 2012

Sardin In De Haos.....

Salam.

Kebelakangan ni chef pot bersemangat betul memasak. Sebelum kejadian Sotong Goreng Kunyit tadi, ahad lepas chef pot masak Sambal Tumis Sardin extra Belacan... Halo.. Halo.. Lemaknya.... Saya pun menapau ke ofis keesokan harinya, ramai pulak yang suka... Alhamdulillah, kembang kuncup chef pot mendengornya...

Bahan-bahan senang je, cili blender, sardin dalam tin, garam, gula sikit, air asam jawa, dan BELACAN! Meh tengok gambo meh:

Sila abaikan percikan cili blender kat surat khabor tu ye...




Nampak tak si saden yang tengah lemas tu... heheheee.....



Lagi uuummmppphhh kalo pekena dengan telo mata... Gunakanlah minyak jeton untuk kebaikan tubuh badan anda... ades...

 


Sambal Tumis Sardin 1/2 kental 1/2 hancos chef pot... Adeh... Lapar lagilah... Jom makan "lagi" jom....

Sotong Kawen Dengan Kunyit Tadi..... Yummy

Salam.

Semalam dan harini saya terpaksa amek cuti kecemasan sebab baby bucuk besar dan kecik tak sihat. Sebagai seorang jururawat yang tak bertauliah tapi berjaya ni, saya dok "klinik" jaga "pesakit" je... hhaaaaiiissshhh... Semalam Mr.H takde selera nak makan sebab demam, tapi harini dia dah mula nak makan itu ini pulak. Pagi tadi dah gi makan tosei telur kat kedai mamak, tengahari pulak Mr.H teringin makan sotong goreng kunyit. Sebagai seorang jururawat yang solehah dan mithali ni, terpaksalah jururawat ni ke kedai beli sotong, halia, cili api je.. Bahan lelain tu Mr.H dah kebas siap2 dari rumah mak dia :P... soleh... soleh...

Memandangkan Mr.H a.k.a. "chef pot" tengah bersemangat nak makan dan M.A.S.A.K., saya pun dengan gembiranya tolong sikit-sikit... Buat berkat... lololooo... Chef Pot pun mula siang sotong, potong kecil-kecil, basuh, lumur dengan kunyit, rehat.... Sambung hiris halia, potong cili api, rehat... Saya tolong potong bawang besar, bawang putih, siang kepala sotong, buang dakwat sotong, blablabla sambil basuh kain... Chef pot masak, saya tukang rasa, nallawei...... Tacaye? Tacaye masaklah sendiriz... Meh tengok gambo meh..


Memula masak kat kuali besaq



Pastu pindahkan ke kuali kecil sebab nak kurangkan minyaknya



Dah boleh makan dah... Secukup rasa



Dah... Dah... Pi cuba masak, walaupun simple giler, tapi bertambah-tambah-tambah i cakap u...

Sunday 7 October 2012

Senjata Tajam... Tacaye?!?!

Salam dan Selamat Malam. Pada yang tengah makan tu selamat menjamu selera eh, makan perlahan-lahan, jgn sampai tercekik... :)

Malam ni ye kengkawan saya nak cerita fasal beg. Beg ape? Beg ini:

(Ada apa sama ini beg?!... jengjengjeng...)

Selain beg tangan saya, sekarang saya bawa beg ni juga kalau keluar berjalan ke mana-mana, terutama sekali bila keluar dengan Mia. Nak tengok pe ada dalam beg ni?! Tengok eh... tengok eh... Babacaaaaakkk...




Inilah yang saya bawa (setakat ini):




Inilah senjata No.1) saya bila bawa Mia keluar, dia tak merayap sana-sini, nak itu-ini dan selalunya boleh buat dia leka... fuuuuuhhh...




Ini pulak bila Mia dah bosan dengan No.1), saya keluarkan senjata No.2)



Si Bobble Head tu tak termasuk pulak dalam zipper beg sebab tinggi nah...



Salah satu cara untuk tak menyepahkan beg dengan barang kecik-kecik macam ni ialah gunakan zipper bag, memang senang. Selain barang tak bersepah, senang juga nak tau beg ni untuk barang apa, sebab lutsinar kan, nampak isi karungnya... Ramai dah wat cara macam ni, tapi saya je yang baru nak cuba... Kesimpulannya: senang dan kemas. Cubalah eh...




Yang ni pulak takdelah "senjata" mana pun, takat nak sumbat mulut saya dengan Mia. Selalunya bila Mr.H sibuk potpetpotpet dengan client dia, kitorg pun potpetpotpet sumbat mulut...


Almaklumlah lepas-lepas raya ni, semperit aje yang ada.. horhorhorrrr... Selalunya saya bawa roti. Air takde dalam ini gambar kan?! kan?! Sebabnya air sentiasa dalam beg tangan saya supaya takde kes tengah2 jalan sibuk nak minum...


Hak yang terakhir-akhir sekali ni, senjata untuk kebosanan diri sendiri. Bila Mr.H potpetpotpet dengan client, Mia pulak leka dengan No.1) ataupun dengan No.2), saya terus ke No.4). Obses ni!!! Tak dapat fesbuk pun takpe, asalkan saya kejekan petak-petak ni...


Kot-kot ada yang dah de niat nak bagi saya hadiah hari jadi saya bulan depan, takyah susah-susah pikir lagi dah, saya dah bagi klu macam kat atas nu.... heheheee.... (*,^)


Sebenornya ada lagi satu beg, pink karer... Tapi beg tu saya letak Mia punya baju, seluar, dalaman, bedak, sikat, cekak, klip rambut, body spray, stokin, macam-macam lagilah. Beg tu sentiasa ada dalam kereta, senang. Nak saya buat entri fasal beg pink tak? Nak eh... Nak eh... heheheee... Tungguuuuuuu.....

Jadi, selamat mencuba cara ini supaya korang mahupun anak-anak korang tak bosan bila keluar berjalan-jalan ye... Kecuali kalau dorang nampak eskrim, cara-cara ini semuanya (setakat ini) tak pernah menjadi... horhorhor...

Salam dan Selamat Malam.

Thursday 4 October 2012

Bobble Head... Toing... Toing...

Salam.

Malam tadi belanja Mr.H Double Spicy Chicken McDeluxe & Mia Happy Meal Nuggets, sebab dah janji dari last month lagi. Saya punya ceritalah kat Mia Happy Meal dapat toys Hello Kitty/Ben10, tapi nya habis pulak, dapatlah mainan yang ni je:


McDonaldLand Bobble Head Grimace yang ungu, besar dan tomei-tomeinya....

Muka Mia mencuka jelah sebab lain di cerita, lain pulak yang dapat. Hehehee..... Next time saya nak tutup je mulut ni, jangan banyak nah cerita, nanti dia ingat saya ni cakap tak serupa bikin... Harharhar.... Sebenornya saya yang terlebih suka nak kumpul mainan McD ni. Masa bujangan dulu sampai 4 kotak mainan McD saya kumpul, dulu-dulu tabley beli mainan je, kena beli dgn happy meals...kurus jap poket.. Horhorhorrr... Sampai ke Mia, semua dia "sedekahkan" kat orang, dia campak dari tingkat 5 ke bawah, kan main lagi budak2 kutip. Takpelah, dari kecik kena ajar jangan kedekut :'p... Tp dah umur 5 tahun ni dia nak kumpul pulak, kali ni McD baik hati boleh beli mainan je RM3/satu, yay~... I'm lovin' it!

Saya pulak malam tadi makan Ramly's Double Special Burger Daging tanpa Roti je... Yummy!

So, kurangkan gula dalam minuman dan mulakanlah hari anda dengan senyuman yang manis dan ikhlas... Salam.

Wednesday 3 October 2012

OSO... Ape eh?!

Salam.

Nak citer fasal cerita baru yang saya & Mia tengok. Walaupun cerita ni dah lama tapi kitorg baru dapat tengok sabtu lepas. Itu pun pinjam kat kawan je dvdnya, ceritanya ialah:


Seronok sey! Dah tengok? Best ek! Eh... Belum lagi?!!! Apa lagi, pi beli dvd cepat pi... Beli yang ori eh... (*,^)

Halo?!

Salam.

Saya tahu ini dah sehari lambat, tapi saya tetap nak cerita fasal semalam. Semestinya semua orang tahu fasal "Matahari" semalam kan... a.k.a. "Fenomena Halo". Sebenar-benarnya saya langsung tak perasan, masa dalam teksi dari Mydin ke ofis tengahari semalam, pemandu teksi yang bagitau. Puas terintai2 nak tengok matahari tu, tapi silaulah pulok. Jadinya, inilah gambar matahari yang saya ambil dari Google Image:





Nak tahu ape tu Fenomena Halo, baca di sini. Bersyukurlah kerana kita masih dapat melihat keajaiban ciptaan ALLAH SWT, dan berdoalah semoga kita dan negara kita tidak di timpa bencana dan mala petaka. Insyaallah.

Monday 1 October 2012

HP hilang... siapa ambil?!

Salam.

Nak cerita fasal kisah mistik tak mistik. Ni fasal kehilangan telefon bimbit a.k.a. handphone (hp).




Yang hairan tu, mesti hilang hari Jumaat. Termasuk saya, dah 3 orang hilang hp.. hhaaaiiissshhh... Mana pi taktaulah~ Takde klu! Pelik gak! Hari Jumaat hilang, hari sabtu telefon mesti dah masuk voicemail! Yang pelik tapi benar tu hilang dalam ofis pulak tu, hhhmmmmmmm....


Semoga takde lagilah hp yang hilang kat sini, insyaallah. Cukup-cukuplah tu... Amin.