Sunday 7 October 2012

Senjata Tajam... Tacaye?!?!

Salam dan Selamat Malam. Pada yang tengah makan tu selamat menjamu selera eh, makan perlahan-lahan, jgn sampai tercekik... :)

Malam ni ye kengkawan saya nak cerita fasal beg. Beg ape? Beg ini:

(Ada apa sama ini beg?!... jengjengjeng...)

Selain beg tangan saya, sekarang saya bawa beg ni juga kalau keluar berjalan ke mana-mana, terutama sekali bila keluar dengan Mia. Nak tengok pe ada dalam beg ni?! Tengok eh... tengok eh... Babacaaaaakkk...




Inilah yang saya bawa (setakat ini):




Inilah senjata No.1) saya bila bawa Mia keluar, dia tak merayap sana-sini, nak itu-ini dan selalunya boleh buat dia leka... fuuuuuhhh...




Ini pulak bila Mia dah bosan dengan No.1), saya keluarkan senjata No.2)



Si Bobble Head tu tak termasuk pulak dalam zipper beg sebab tinggi nah...



Salah satu cara untuk tak menyepahkan beg dengan barang kecik-kecik macam ni ialah gunakan zipper bag, memang senang. Selain barang tak bersepah, senang juga nak tau beg ni untuk barang apa, sebab lutsinar kan, nampak isi karungnya... Ramai dah wat cara macam ni, tapi saya je yang baru nak cuba... Kesimpulannya: senang dan kemas. Cubalah eh...




Yang ni pulak takdelah "senjata" mana pun, takat nak sumbat mulut saya dengan Mia. Selalunya bila Mr.H sibuk potpetpotpet dengan client dia, kitorg pun potpetpotpet sumbat mulut...


Almaklumlah lepas-lepas raya ni, semperit aje yang ada.. horhorhorrrr... Selalunya saya bawa roti. Air takde dalam ini gambar kan?! kan?! Sebabnya air sentiasa dalam beg tangan saya supaya takde kes tengah2 jalan sibuk nak minum...


Hak yang terakhir-akhir sekali ni, senjata untuk kebosanan diri sendiri. Bila Mr.H potpetpotpet dengan client, Mia pulak leka dengan No.1) ataupun dengan No.2), saya terus ke No.4). Obses ni!!! Tak dapat fesbuk pun takpe, asalkan saya kejekan petak-petak ni...


Kot-kot ada yang dah de niat nak bagi saya hadiah hari jadi saya bulan depan, takyah susah-susah pikir lagi dah, saya dah bagi klu macam kat atas nu.... heheheee.... (*,^)


Sebenornya ada lagi satu beg, pink karer... Tapi beg tu saya letak Mia punya baju, seluar, dalaman, bedak, sikat, cekak, klip rambut, body spray, stokin, macam-macam lagilah. Beg tu sentiasa ada dalam kereta, senang. Nak saya buat entri fasal beg pink tak? Nak eh... Nak eh... heheheee... Tungguuuuuuu.....

Jadi, selamat mencuba cara ini supaya korang mahupun anak-anak korang tak bosan bila keluar berjalan-jalan ye... Kecuali kalau dorang nampak eskrim, cara-cara ini semuanya (setakat ini) tak pernah menjadi... horhorhor...

Salam dan Selamat Malam.

No comments: