Friday 29 June 2012

B dan B

Assalamualaikum dan Hallohaiiii...

Saya nak cerita pasal 2 orang anak bujang saya yang dah nak berusia 3 tahun dah. Yang ini namanya Benjo. Dia ni manja+++. Asal kena sentuh je terlepek dia baring, terkangkang suruh gosok. Iiiieeee....  Rasa nak gigit je. Tuan dia sebelum ni letak nama "Atan", tapi bila sampai ke saya je macam-macam nama keluar, "MonkeyMan"lah, "Beben"lah, "Ben10"lah, akhirnya "Ben" yang memikat hati.. Tapi bagi tuan yang tak tetap hati dan gila kuasa macam saya ni mestilah nak ubah-ubah sikitkan, maka terlahirlah "Benjo". Tapi hubby masih panggil dia "Beben".




Yang lagi seekor namanya Billyboi. Nak tau cerita, sebelum ni namanya "Vicky" sebab mak saya "nampak" dia macam girl. Heheheee.... Bila vet kata dia boy dan-dan terasa geli pulak nak panggil vicky, so lagi sekali tuan yang tak tetap hati dan gila kuasa macam saya ni tukar lagi ke "Billy", pastu tukar lagi ke "Billyboi" pulak dan hanya panggil dia "B" sahaja dari sepanjang-panjang nama dia... Muahahahaaaa...



Insyaallah ahad ni nak bawak dorang pergi vet, ada temujanji untuk cacing. Lepas tu boleh timbang sekali, nak tau dorang ni kategori besar atau obes... Haiwan pun boleh obes tau, lagi-lagi macam dorang ni, kerjanya makan, tidoq.... Macam sapa lah tu... Muahahahaaaaaa...



**Sorilah ye, saya panggil mereka ni "dorang", sebab saya dah buat macam anak dah dorang ni. Pastu bila orang tanya jantina dorang saya selalu cakap "lelaki" dengan "boy"... Heheheee.... yelah-yelah, JANTAN... huhuhuhuuuu....**