Thursday 30 April 2009

Boss Balik Umrah

Ingat tak aku cerita fasal boss aku yang gi umrah tu?! Oh, dia dah balik dah. Hari isnin dah masuk opis. Macam biasalahkan, mesti ada buah tangan dari sana.


Dia keluar dari bilik dia je kita ni ramai-ramai dok peluk cium dia. Kan orang kata jauh bau bunga, dekat bau bangkai...busuk.. Ekekekekekek... Jadi 2 minggu dia takde kitorg jadi rindu pulak dengan dia. Susut skit bos aku tu.


Dengarlah cerita dia fasal dia buat umrah tu. Rasa seronok sangat, bila giliran aku eh?! Aku doa biarlah aku dapat pergi dengan famili aku sementara nyawa yang ALLAH swt pinjamkan ni belum DIA ambil semula... Insya'allah. Sambil-sambil dengar citer tu dia jamu kitorg dengan kurma, macam bulan posa je aku rasa...heheheheh...


Pastu baru dia agih-agihkan buah tangan. Mana tidaknya, selagi dia tak hulur, selagi tu kitorg menenggek kat dia....ekekekekek... Uiiisssshhh, mak tak hipokrit okey (",).


Dia bagi sorang selai sejadah (utk muslim jelah), wangi betul! Iye, memang wangi! Tak caya korang gi beli sendiri...ekekekekekek... Ada yang nak wat sejadah, macam aku rasa-rasa nak frame kan. Sebabnya sejadah ni khas untuk bahagian dahi & kepala je, pastu gambar KAABAH, nak wat berkat, manatau lepas ni rejeki kami pula.



Ada lagi, orang panggil ni celak MAKKAH. Aku tak reti pakai, tapi rasa-rasa nak bagi mia pakai... Oh, semestinya bukan aku yang pakaikan, mestilah emak ku terchenta...heheheheh.. Kalau aku yang pakaikan sure mata mia macam lebbbammm... :p



Boss aku kata barang-barang tu sumer dia beli kat MADINAH. Kalau dapat gi MAKKAH & MADINAH ni, rasanya tak gi melancong tempat lain pun takpe dah... Betul tak? Ini pada akulah, ekekekekek...


~Tatta~

No comments: