Wednesday 28 January 2009

~Keje Luar~

Jumaat lepas aku & kak wini kena ikut geng keje luar (lain department), buat search trademark. Korang mesti tak faham, hhmmm... takyahlah faham.. hehe. Menghayun langkah ke dayabumi untuk 1/2 hari je. Kat sana jumpa ketua geng mata hitam, kak ina... hahaha (mampus kalau dia tau :o)). Kena wat keje macam orang yang ikhlas..hahaha.. iiissshhh... ikhlas tau! Tghari cabuuuuuut gi ISETAN. Waaaaahhh, namanya gah okey. Ada cerita di sebalik ISETAN itu. Aku punya terfikir banyak ke masa untuk kitorg lari-lari ke ISETAN-ofiz? Jalan mesti jem gaban sebabnya hari jumaat yang mulia. Bak kata drebar teksi chayanunalif tuh, hari jumaat orang laki-laki semua berebut pegi masjid, orang perempuan semua berebut pergi aked tunku abdul rahman (beli kain)... hehehe. Aku ada petik gambar dalam "search room", tapi aku tak berani nak upload kat sini. Takpelah, korang tgk gambar lain jelah, sebab cerita ni pun berkaitan dengan "search room" jugak. Tgh-tgh aku ikhlas buat search trademark tu, tiba-tiba piiiuuuung kepala kerusi jatuh betul-betul atas jari kelingking kaki kanan ku.. "aduhhhhhhh", kata ku.. eceeeehhh... :p hambik kau, secepat kepala kusi tuh jatuh kelingking aku biru+purple, kulit tersiat lagi ahaaaakksss... luka di jari semua orang tau.. Air mata jangan ceritalah, laju je nak tumpah, tapi ku tahan jebat. Mau tak ko, orang ramai kat "search room" tuh. Kalau aku claim SOCSO lepas tak??



Yang berusaha aku nak petik gambar jari bengkak ni ko, dapat award tak? Hahaha



Inilah kedai ISETAN tuh, kedai kain rupanya.


Tgh sale sini, aku sempatlah beli kain lagi, tahun ni aku plan nak beli kain banyak-banyak buat baju. Maklumlah, banyak dah baju kurung aku tertewas bila aku iron baju...hangus ko jah! Nih, budak-budak geng mata hitam tolong pilihkan sebabnya mata ku rambang..hahaha.


Balik tuh tgk-tgk ada kek, yey! Bos aku belanja opis kek, kalau dah secret recipe namanya tak lain tak bukan indulgence jelah... selalunya aku habis, tapi jumaat tuh tak habis pulak.. penat shopping kot? gigigigigi



Tgk-tgk kat meja ada limauuuuus, yey! Aku suka limau kecik-kecik tuh, comei sungguh. Tapi sampai nari aku tak jumpa limau tuh, tah mana hari tu aku simpan... isk..isk..isk.. kepunden rasanya.


Korg-korg, aku lupa nak wish korg Selamat Tahun Baru Cina lah, belum terlambatkan? Hehehehehe...


~Tatta~

No comments: