Thursday 7 May 2009

Senam & Umobile

Salam.


Nak cerita lagi pasal senam-senam ni. Kat taman KLCC tu ada group yang wat senam-senam dgn muzik, rancak & slow. First time pegi marin kitorg baru tau, itupun dorg dah mula separuh jalan. Aku & kak aida main masuk je, tapi rasa seronok sangat sebab ramai orang yang buat.


Tak surelah kena bayar ke tidak, sebabnya dorg wat kat taman klcc tu, aku tgk ada je org berenti & join. Harinya hari selasa & khamis je, pukul 5:45 ptg!


Kesannya aku senam2 selasa 2.5 jam tu, esoknya kepala pening. Malam semalam aku gi klinik, doktor cek kata darah & degup jantung normal, mungkin angin banyak. Tah-tah sebab banyak wat gerakan yang tak pernah aku wat, angin-angin dalam badan aku pun dah tak reti dok diam kot...ekekekekek.. Apa-apa pun badan aku sekarang lebih rasa ringan (eeeceeeeehhhhhh.... =p)


Lepas pergi klinik, ikut hubby gi mines shopping center, gi amek simcard baru Umobile broadband dia. Kat rumah dah bole updet blog, YAY!!! Pastu hubby belanja makan kat pizza hut. Enjoy? Yep, enjoy sebab hubby yang kuar duit...ekekekekek...

Ingat nak letak gambar kat mines tu, tapi ni ari aku dah tukar beg senam jadi aku bawak camera je, kabel nya tertinggal dalam henbeg, iiissshhh...rugi betul!


Ini petang insyaallah, kalau badan sihat nak pegi senam-senam tu lagi. Kali ni pun insyaallah tambah sorang kawan opis aku, kak ina tokei avon pun nak join aku & kak aida.


Ok, kalau korang senam-senam kat KLCC & nampak aku, tegurlah yew... (",).. lap u ol!


~Tatta~

4 comments:

GC said...

wahh...meriah ker senam reramai cam tuhh... aku dok jauh la kat PJ takpat nak join. senam sensorang je...
cayok! cayok!...babe, tp jgn smpi penin lagik ^.^

Rina dan Mia said...

heheheh...kat taman bahagia punya tasik macam ada gak orang wat... yeke? tak aku agak-agak je..sbb masa aku naik putra lrt aku cam nmpk group org wat senam-senam.

aku siap bawak bekal ubat semalam...suspen gak ni (",)

Sellynna said...

weh umobile broadband laju tak? ke cam celcom broadband gak? bape monthly? hahah lupa lak ko dok bandar.. aku dok kampung.. confirm laju camne pon sampai ke tempat aku.. jd slow gak hihih.. kena tunggu ujan turun baru dpt full bar...

mencik!!

selamat bersenam!!

Rina dan Mia said...

tahlerrr, patik kurang periksa! hehehehe...tapi bro nmpk mcm hepi je. celcom tak cover kajang ler, tu pasai bro amek Umobile... :]