Monday 8 June 2009

p('_')q

Pagi ni aku terlupa bawak camera. Hubby pulak perlu guna camera hari ni. Brake pad (macam ni ke eja nya) pulak dah haus. Stokin hubby pulak tak tau dah kemana. Pagi isnin dah macam-macam. Sebab tu ke ramai orang tak suka isnin? Dah lah kepala aku ni makin tingtong, nak gi klinik aku takut.


Aku sebenarnya dah maaalaaas nak updet blog ni. Takde cerita lagi. Kebelakangan ni rasa hidup ni bosan je, lagi-lagi bila pagi nak pergi kerja. Suasana kerja sikit sebanyak mempengaruhi cara hidup aku. Aku cepat tertekan, cepat bosan, cepat nangis...hari tu aku gi jugak interview kat jalan raja chulan. Aku ni dahlah penakut bila tang interview, tapi eh sebab aku dah bosan tahap gaban kat sini aku gi jugaklah. Alhamdulillah, sungguh ramah tamah rasanya.


Oklah, aku nak manjakan diri sendiri dulu. Makan, minum, buang apa yang patut & tengok youtube sebelum bos datang. Kak wini pulak sakit mata...biar sakit mata, jangan sakit jiwa...ekekekekekekek...


~bosan~

No comments: