Tuesday 16 June 2009

I Am Taking a Break ('.')

Kenapa?


Kenapa kita perlu bermusuh dengan orang yang rapat dan menyanyangi kita dan berbaik dengan orang yang hanya sukakan kita semata-mata untuk kepentingan mereka sendiri?


Salahkah bila kita menegur dan mengingatkan dia sebelum orang mengambil kesempatan pada dia sekali lagi dan lagi dan lagi dan lagi?


Kenapa kita di pandang serong bila cuba untuk menyedarkan dia?


Tah berapa banyak kali nak kena fikir fasal ni, tapi orang tetap tak faham. Asyik anggap kita je jahat dan orang lain baik. Kalau orang lain tu baik sangat, janganlah asyik komplen perangai orang lain tu kat kita. Dia sendiri pun tak tahan dengan perangai orang tu sebenarnya kata dia. Jangan kata kita tak ingatkan.


Baiklah, kita dah tak mahu masuk campur lagi urusan dia. Takde maknanya lagi. Dia nak berbaik-baik dengan orang lain tu atau orang-orang lain yang lain, ikut suka dia. Diri dia, barang-barang dia, dia punya suka.


Kita nak rehat. Rehatkan emosi kita yang dah bertahun-tahun terganggu.


Kita tetap berdoa supaya kita cepat-cepat dapat semangat baru, kalau di izinkan ALLAH SWT biarlah sebelum bulan puasa ni.


Yay!

No comments: