Friday 30 May 2014

Salam Jumaat

Salam Jumaat. Salam takziah kepada warga Perak Darul Ridzuan atas kemangkatan Sultan Azlan Shah. Al-fatihah.


***


Perut lonjong saya dah masuk minggu yang ke-34 sekarang, rasanya macam lambat nah masa berjalan..kalau berlari mungkin cepat sikit kekdahnya. Kebelakangan ni perut lonjong dan tilam mendap tak memberikan kerjasama yang ikhlas sekali. Puas ku tidur duduk, bersandor, terlangkup, mengiring, tapi apekandayer mendap juga ku di atas tilam itu. Sungguh tak selesa rasanya macam anak burung dalam sarang. Dan kebelakangan ni juga saya selalu terjaga dalam pukul 3:15 - 3:30 pagi, awal 2 jam dari yang sepatutnya. Bila dah terjaga pagi-pagi rabun tu, mulalah rasa macam-macam, takut, seram, sedih, SUNYI! Yep...yang lain-lain tu boleh handle lagi, tapi tang rasa sunyi dan sepi tu mmg tak boleh blah. Ku rindukan sesuatu, tapi apekandayerku... Kikikikiiii... Saja nak feeling-feeling blues sikit mendung-mendung ni. Korang layan jelah mak lonjong ni tau.

***


KL dah berenti hujan tapi macam nak hujan balik. Kat sini takde pulak yang jual cekodoq ke pisang goreng ke keropok lekor ke... Ku rindu nak kudap-kudap petang-petang mendung-mendung cenggini. Mata ni pulak...



Bukan ku tak cuba untuk bertahan....


Telah ku cuba...


Terus mencuba...


Masih mencuba...


...



(ngaku kalah)



No comments: