Monday 16 July 2012

Muffin dan Abang Bulus

Salam dan Hallohaiii...

Sabtu yang biasa-biasa je baru ni hubby takdok, pi kerja. Jadi, bertemankan Mia, kami bersarapan nugget ramly dan nasi goreng pedas-pedas manja je. Pastu memandangkan kepala tengah sakit, temankan Mia main game kesukaan dia kat laptop abahnya sampai ke petang. Nasib baik wat nasi goreng banyak, dapatlah hubby rasa petang tu. Lepak-lepak main dengan anak bulus, bergurau senda bagai, saya ajak hubby bawak Muffin gi vet. Baru 4-5 hari tinggal dengan kami b*nt*t dia sentiasa ada najis, tapi bukan cirit yang air tu. Kesian, sampai dah merah b*nt*t dia. Kami ke Klinik Haiwan Mesra, Bandar Baru Bangi. Memang dari saya bujang lagi kalau kucing mak abah saya tak sihat ke, nak vaksin ke, nak mandul ke, nak dok hotel ke memang selalu kami kesini. Alhamdulillah, semuanya baik-baik je.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/1030/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.3.jpg

Inilah kliniknya, dan inilah ownernya!

Di sebabkan Muffin ni dulu kucing jalanan, jadi doktor pun wat test dan-dan tu gak nak tengok kalau-kalau ada virus. Kalau positif, kena kuarantinkan Muffin dari abang 2 orang tu, dan akhirnya dapat keputusan, alhamdulillah, negatif! Jadi bolehkan biarkan dorang bertiga main sesama. Doktor bagi siap2 ubat cacing dan suruh tukar makanan Muffin, mungkin tak serasi. Kami pun tukar dan bukan Muffin sorang yang makan, abang 2 orang tu pun menyelit jugak nak rasa. Ceh! Pastu belikan budak bertiga tu permainan. Dah, pi main puas-puas... Hohohoho!!

Alhamdulillah, setakat pagi tadi b*nt*t Muffin dah tak bernajis lagi, cuma tinggal merah sikit-sikit je. Muffin pun dah rajin makan biskut yang baru, walaupun abang bulus 2 orang tu asik tibai je Muffin punya. Perut pun dah bulat, berat timbang kat klinik dah 1 kg. Tak lama lagi bolehlah join abang bulus membesar bagai johan!

2 comments:

lily lotus said...

haha comel jer nama abang bulus :D

Rina dan Mia said...

Heheheee... abg bulus tebal & abg buls kontot