Monday, 16 July 2012

Muffin dan Abang Bulus

Salam dan Hallohaiii...

Sabtu yang biasa-biasa je baru ni hubby takdok, pi kerja. Jadi, bertemankan Mia, kami bersarapan nugget ramly dan nasi goreng pedas-pedas manja je. Pastu memandangkan kepala tengah sakit, temankan Mia main game kesukaan dia kat laptop abahnya sampai ke petang. Nasib baik wat nasi goreng banyak, dapatlah hubby rasa petang tu. Lepak-lepak main dengan anak bulus, bergurau senda bagai, saya ajak hubby bawak Muffin gi vet. Baru 4-5 hari tinggal dengan kami b*nt*t dia sentiasa ada najis, tapi bukan cirit yang air tu. Kesian, sampai dah merah b*nt*t dia. Kami ke Klinik Haiwan Mesra, Bandar Baru Bangi. Memang dari saya bujang lagi kalau kucing mak abah saya tak sihat ke, nak vaksin ke, nak mandul ke, nak dok hotel ke memang selalu kami kesini. Alhamdulillah, semuanya baik-baik je.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/1030/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.3.jpg

Inilah kliniknya, dan inilah ownernya!

Di sebabkan Muffin ni dulu kucing jalanan, jadi doktor pun wat test dan-dan tu gak nak tengok kalau-kalau ada virus. Kalau positif, kena kuarantinkan Muffin dari abang 2 orang tu, dan akhirnya dapat keputusan, alhamdulillah, negatif! Jadi bolehkan biarkan dorang bertiga main sesama. Doktor bagi siap2 ubat cacing dan suruh tukar makanan Muffin, mungkin tak serasi. Kami pun tukar dan bukan Muffin sorang yang makan, abang 2 orang tu pun menyelit jugak nak rasa. Ceh! Pastu belikan budak bertiga tu permainan. Dah, pi main puas-puas... Hohohoho!!

Alhamdulillah, setakat pagi tadi b*nt*t Muffin dah tak bernajis lagi, cuma tinggal merah sikit-sikit je. Muffin pun dah rajin makan biskut yang baru, walaupun abang bulus 2 orang tu asik tibai je Muffin punya. Perut pun dah bulat, berat timbang kat klinik dah 1 kg. Tak lama lagi bolehlah join abang bulus membesar bagai johan!

Wednesday, 11 July 2012

Biskut dan Kofi

Salam dan Hallohaiii...

Sementara menunggu encik hubby datang dari Kelana Jaya ke Jalan Ampang bagi menemani puan isterinya di ofis, harus saya updet blog kan. Kat luar tu pulak gelap baru lepas hujan... Tangan ni gigil dah macam henpon bila vibrate pulak.. tttrrrrrr... tttrrrrrr... tttrrrrrr... Berbekalkan neskafe susu dan biskut lemak hup seng 15 keping (sila baca berulang-ulang.. 15... 15... 15... campurkan kesemuanya jadi berapa keping?.. muahahahaaaa),pun tak kenyang-kenyang...

(pinjam gambar dari sini)

Manalah encik hubby nih lom sampai-sampai lagi, saya tak suka betul dok ofis ni sensorang. Sebabnya? Sebabnya kalau dah sensorang tu bukannya jadi kerja, mengulor je...

~Tapi apa pun jomlah ngulor sesama... yok~

MufMuf

Salam dan Hallohaiii...

Nama saya Muffin, tapi mama & kakak mia panggil saya "Muf" atau "MufMuf", abah pula panggil saya "Inspektor Muffin". Saya baru 3 hari di rumah mama dan abah. Sebelum ni saya selalu datang makan kat rumah nenek dan atuk, tapi saya tak tinggal situ. Saya terpisah dari ibu saya, saya tak tahu mana ibu saya dan adik-adik saya yang lain dah pergi. Mungkinkah mereka dan kena tangkap? Atau mungkinkah mereka dan mati kelaparan? Atau berkemungkinan mereka dah mati dilanggar? Saya tidur di hadapan pintu tempat sampah. Mama selalu panggil saya, gosok-gosok badan saya, dukung saya. Bila mama buat macam tu selalunya saya akan "rrrrrrrrrrrrrr..........", saya sangat suka. Hari Isnin mama dan abah datang rumah nenek, lepas tu mama dan abah terus ambil saya bawa balik ke Balakong. Mereka kata nak bela saya. Sampai rumah je terus mama bagi saya makan biskut dan minum air bersih. Tak payah saya minum air lopak lagi!

Kat rumah mama dan abah ada 2 ekor abang yang BESAR PUNYERRR! Abang Benjo & Abang Billyboi. Abang Benjo suka cium belakang saya dan ikut mana saya pergi, tapi Abang Billyboi garanglah, suka kejar saya. Walaupun saya kecil, tapi saya pun ada angin juga. Seronok bila dapat balas kejar abang Billyboi balik... Mulai semalam dia dah serik nak kejar saya. Sekarang saya dah boleh baring dekat dengan abang Benjo dan abang Billyboi. Mereka dan serasi dengan saya.

Nanti mama dan abah nak bawa saya jumpa vet, nak dapatkan vaksin pertama saya. Takutnya...


Sayalah Muffin/Muf/MufMuf/Inspector Muffin

Monday, 9 July 2012

Zoo Negara Lagi dan Lagi dan Lagi

Salam dan Hallohai...

Weekend yang baru lepas ni di penuhi dengan aktiviti kekeluargaan walaupun tak  cukup 2 orang ahlinya. Sabtu lepas habis membasuh kain yang menimbun bagai, saya & Mia ikut famili adik saya yang datang dari Johor merendek ke Mid Valley bersama-sama dengan Emak & JueJane. Naiknya 1 kereta sahaja, demi mengurangkan kesesakan lalulintasnyer pon. Lama nah tak merendak ke tempat-tempat macam tu. Dulu-dulu lepak bawak duit & IC je dah cukup, janji kawan-kawan sekepala, sekarang ni kena bawak beg dah macam beg balik kampung dah, mana dengan nak pimpin anak lagi.. Macam nak balik kampung.. hohohoh!! Pape pun enjoy gambar ni...






Ahad pulak dengan jumlah ahli yang sama kitorang merendek ke Zoo Negara pulak. Waaaahhhhh... Memang tempat kesokaan kitorang. Baru bulan lepas pergi, ahad pergi lagi, Mia pulak esok lak ada rombongan sekolah ke sana juga... Hamek ko, muak tak muak... Sebabnya kesian tengok budak-budak ni sebok nak gi Zoo, bawak kan jelah... Enjoy gambar ni...









Alkisahnya, balik je dari Zoo, Mak & saya terus bawa Mia pi potong rambut. Pendek giler. Pagi tadi cikgu dia dah bising dah, tak tomei katanya.. Heheheh!!




 Malam semalam dorang balik Johor dan kitorang kat sini rindu-rinduan. Pasni dah susah dah dorang nak balik kl sebab memasing dah jadi pelajar semula... Tunggulah nanti kitorang pulak turun ke Johor.. Yok!!

Thursday, 5 July 2012

Nasi Putih Bubuh Kicap dan Ayam Goreng Kunyit Lori Kecil Putih

Salam dan Hallohaiii...

Makan tengahari harini bos belanja Nasi Putih Bubuh Kicap dan Ayam Goreng Kunyit Lori Kecil Putih... Hehehehhh! Sesapa yang kerja/lalu kat Jalan Yap Kwan Seng mesti tahu kan?! Pelanggan jangan ceritalah, beratur panjang. Yang dok parking tepi2 jalan pun ada, kang tak dapat beli, saman pulak yang datang... Huhuhuhuuu... Patpat siku lipat, sapa cepat dia dapat!

Bau ayam goreng kunyit ni jangan ceritalah, kan main mencucuk2 lubang hidung ni dalam lif tadi, lazatnya... hhhmmmmmmm...

 
Tengok, kan main beratur lagi...Harga tak mahal, RM 5 jek, oklah kan, ada ayam, ada kacang panggang, ada carrot, ada bawang, ada minyak dan ada kunyit.. ahakkssss...

(Semua gambar kredit to o'gosh, TQ)

*A.M.A.R.A.N. - Sambal Belacannya super-duper pedas okey!!!*

Jom makan jom~ Enjoy!