Al-Kisahnya
Salam May 2014. Salam pertengahan tahun. Salam bersalaman.
Segala puji bagi Allah swt, tuhan semesta alam. Berjumpa lagi kali ini kita ye anak-anak, dalam rancangan "manakaupergilamanahtakupdetblog". Bersiaran kita di pagi yang mulia ini bagi menceritakan cerita-cerita yang tertunda begitu lama sekali, sehingga separuh dari ingatan, kenangan dan memori hampir hilang di sebabkan faktor usia.
Cerita yang tidak asing lagi seperti kebiasaannya mengenai tuan puteri bambam, MiaLila yang dah pun darjah 1. Kerana sekarang tuan puteri bambam dah dekat setengah tahun darjah 1 baru maknya nak cerita, maka akan banyaklah cerita-cerita yang akan di pendekkan bagi mengelak akan kecederaan berlaku pada jari maknya yang menaip ini. Pelbagai kisah suka dan duka sepanjang setengah tahun bergelar mak pada tuan puteri bambam yang dah sekolah "betul-betul" ni. Mula-mula sekolah, homeworks cepat je buat. Tak dan-dan tukar baju dah bukak buku nak siapkan. Sekarang?!... Adeeeeeehhh... Sampai-sampai je nak tukar baju dulu, nak makan dulu, nak pergi tandas dulu, nak tengok tv dulu, nak tido dulu, semua nak dulu kecuali homeworks. Tiap-tiap malam maknya berlatih vokal tau. Nasib jiran tetangga takde yang baru beranak, kalau tak mau dapat memo soh senyap sikit. Dah setengah tahun nak oiiii...awatlah malas benor!
Maknya pulak sekarang tahap kemengahan melampau-lampau. Kalau boleh dari pintu rumah nak ke lif yang kat tengah-tengah blok pun nak tahan teksi. Punya semput nak menghayun kaki membawa perut yang dengan jayanya maju ke depan. Tapi masa makan tak mengah pulak, tertib je bernafas. InshaAllah, takde aral dan jika izinkan Allah swt, pada bulan Julai nanti bertambahlah koleksi keluarga Incik Bos. Doakan yang baik-baik ye buat kami.
Apaknya sekarang ni dah ada baby Gary a.k.a. siput gondang. Mula-mula apaknya beli baby Gary, si kodoq hijau merajuk. Koyaklah poket apaknya nak pujuk kodoq hijau. Sekarang dah nampak kodoq hijau dengan Gary dah boleh terima satu sama lain, ala-ala sepakat membawa berkat. Berkatnya ada baby Gary ni, sekarang apaknya nak kemana-mana dia bawak baby Gary, aku plak dah boleh panjangkan kaki dgn anak(-anak) bawak kodoq hijau merayap.
Apa lagi ek 2014 ni? Setakat bulan Mei ni tu je kot cerita yang dah dipendekkan. Tunggulah lagi 5 bulan baru updet kot?! Takpun jumpa nanti tahun 2015... Al-kisah...
No comments:
Post a Comment