Sunday, 7 October 2012

Senjata Tajam... Tacaye?!?!

Salam dan Selamat Malam. Pada yang tengah makan tu selamat menjamu selera eh, makan perlahan-lahan, jgn sampai tercekik... :)

Malam ni ye kengkawan saya nak cerita fasal beg. Beg ape? Beg ini:

(Ada apa sama ini beg?!... jengjengjeng...)

Selain beg tangan saya, sekarang saya bawa beg ni juga kalau keluar berjalan ke mana-mana, terutama sekali bila keluar dengan Mia. Nak tengok pe ada dalam beg ni?! Tengok eh... tengok eh... Babacaaaaakkk...




Inilah yang saya bawa (setakat ini):




Inilah senjata No.1) saya bila bawa Mia keluar, dia tak merayap sana-sini, nak itu-ini dan selalunya boleh buat dia leka... fuuuuuhhh...




Ini pulak bila Mia dah bosan dengan No.1), saya keluarkan senjata No.2)



Si Bobble Head tu tak termasuk pulak dalam zipper beg sebab tinggi nah...



Salah satu cara untuk tak menyepahkan beg dengan barang kecik-kecik macam ni ialah gunakan zipper bag, memang senang. Selain barang tak bersepah, senang juga nak tau beg ni untuk barang apa, sebab lutsinar kan, nampak isi karungnya... Ramai dah wat cara macam ni, tapi saya je yang baru nak cuba... Kesimpulannya: senang dan kemas. Cubalah eh...




Yang ni pulak takdelah "senjata" mana pun, takat nak sumbat mulut saya dengan Mia. Selalunya bila Mr.H sibuk potpetpotpet dengan client dia, kitorg pun potpetpotpet sumbat mulut...


Almaklumlah lepas-lepas raya ni, semperit aje yang ada.. horhorhorrrr... Selalunya saya bawa roti. Air takde dalam ini gambar kan?! kan?! Sebabnya air sentiasa dalam beg tangan saya supaya takde kes tengah2 jalan sibuk nak minum...


Hak yang terakhir-akhir sekali ni, senjata untuk kebosanan diri sendiri. Bila Mr.H potpetpotpet dengan client, Mia pulak leka dengan No.1) ataupun dengan No.2), saya terus ke No.4). Obses ni!!! Tak dapat fesbuk pun takpe, asalkan saya kejekan petak-petak ni...


Kot-kot ada yang dah de niat nak bagi saya hadiah hari jadi saya bulan depan, takyah susah-susah pikir lagi dah, saya dah bagi klu macam kat atas nu.... heheheee.... (*,^)


Sebenornya ada lagi satu beg, pink karer... Tapi beg tu saya letak Mia punya baju, seluar, dalaman, bedak, sikat, cekak, klip rambut, body spray, stokin, macam-macam lagilah. Beg tu sentiasa ada dalam kereta, senang. Nak saya buat entri fasal beg pink tak? Nak eh... Nak eh... heheheee... Tungguuuuuuu.....

Jadi, selamat mencuba cara ini supaya korang mahupun anak-anak korang tak bosan bila keluar berjalan-jalan ye... Kecuali kalau dorang nampak eskrim, cara-cara ini semuanya (setakat ini) tak pernah menjadi... horhorhor...

Salam dan Selamat Malam.

Thursday, 4 October 2012

Bobble Head... Toing... Toing...

Salam.

Malam tadi belanja Mr.H Double Spicy Chicken McDeluxe & Mia Happy Meal Nuggets, sebab dah janji dari last month lagi. Saya punya ceritalah kat Mia Happy Meal dapat toys Hello Kitty/Ben10, tapi nya habis pulak, dapatlah mainan yang ni je:


McDonaldLand Bobble Head Grimace yang ungu, besar dan tomei-tomeinya....

Muka Mia mencuka jelah sebab lain di cerita, lain pulak yang dapat. Hehehee..... Next time saya nak tutup je mulut ni, jangan banyak nah cerita, nanti dia ingat saya ni cakap tak serupa bikin... Harharhar.... Sebenornya saya yang terlebih suka nak kumpul mainan McD ni. Masa bujangan dulu sampai 4 kotak mainan McD saya kumpul, dulu-dulu tabley beli mainan je, kena beli dgn happy meals...kurus jap poket.. Horhorhorrr... Sampai ke Mia, semua dia "sedekahkan" kat orang, dia campak dari tingkat 5 ke bawah, kan main lagi budak2 kutip. Takpelah, dari kecik kena ajar jangan kedekut :'p... Tp dah umur 5 tahun ni dia nak kumpul pulak, kali ni McD baik hati boleh beli mainan je RM3/satu, yay~... I'm lovin' it!

Saya pulak malam tadi makan Ramly's Double Special Burger Daging tanpa Roti je... Yummy!

So, kurangkan gula dalam minuman dan mulakanlah hari anda dengan senyuman yang manis dan ikhlas... Salam.

Wednesday, 3 October 2012

OSO... Ape eh?!

Salam.

Nak citer fasal cerita baru yang saya & Mia tengok. Walaupun cerita ni dah lama tapi kitorg baru dapat tengok sabtu lepas. Itu pun pinjam kat kawan je dvdnya, ceritanya ialah:


Seronok sey! Dah tengok? Best ek! Eh... Belum lagi?!!! Apa lagi, pi beli dvd cepat pi... Beli yang ori eh... (*,^)

Halo?!

Salam.

Saya tahu ini dah sehari lambat, tapi saya tetap nak cerita fasal semalam. Semestinya semua orang tahu fasal "Matahari" semalam kan... a.k.a. "Fenomena Halo". Sebenar-benarnya saya langsung tak perasan, masa dalam teksi dari Mydin ke ofis tengahari semalam, pemandu teksi yang bagitau. Puas terintai2 nak tengok matahari tu, tapi silaulah pulok. Jadinya, inilah gambar matahari yang saya ambil dari Google Image:





Nak tahu ape tu Fenomena Halo, baca di sini. Bersyukurlah kerana kita masih dapat melihat keajaiban ciptaan ALLAH SWT, dan berdoalah semoga kita dan negara kita tidak di timpa bencana dan mala petaka. Insyaallah.

Monday, 1 October 2012

HP hilang... siapa ambil?!

Salam.

Nak cerita fasal kisah mistik tak mistik. Ni fasal kehilangan telefon bimbit a.k.a. handphone (hp).




Yang hairan tu, mesti hilang hari Jumaat. Termasuk saya, dah 3 orang hilang hp.. hhaaaiiissshhh... Mana pi taktaulah~ Takde klu! Pelik gak! Hari Jumaat hilang, hari sabtu telefon mesti dah masuk voicemail! Yang pelik tapi benar tu hilang dalam ofis pulak tu, hhhmmmmmmm....


Semoga takde lagilah hp yang hilang kat sini, insyaallah. Cukup-cukuplah tu... Amin.