Wednesday, 11 April 2012

DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

Sunday, 1 April 2012

Sayang selama-lamanya

Salam ahad.



Cerita hari ini mengenai ziarah-menziarahi. Tadi adik tengah ku sayang sekeluarga yang tinggal di johor serta adik bongsu dan emak ku sayang datang menziarah saya sekeluarga. Dorg datang 2 kereta. Saya jamu pasta rina & chicken fingers, serta air sarsi. 5 dewasa + 3 budak-budak pun dah bley wat gamat, tuh belum + sedara mara lagi. Dorg sampai pun dah pukul 3 lebih, balik pulak 7 lebih, tak lama sangat... tuh yang masa mengantor dorg gi keta rasa nak tumpah air mata tuh... ni lah part yang paaaling tak syok, bila semua orang balik terasalah sangat-sangat sunyinya rumah ni. alalalaaaaa..... macam biasa, rabak mata ni melayan sentimentel... rindunya kat dorang sumer. Walaupun adik bongsu & mak tu saya jumpa hari-hari, tapi tetap rindu... adik saya sekeluarga kat johor tu pulak memang saya tak pernah tak rindu kat dorang... adeeesss.... citer pun mata dah berair... adedehhhh... semoga ALLAH SWT permudahkan perjalanan dan urusan dorang semua... Semoga dorg selamat balik ke rumah, insyaallah.



Lap yu owessss!!!


(gambar akan ku upload kendian... Enjoy)

Friday, 23 March 2012

Wallpaper

Salam Jumaat.

Harini saya nak tunjukkan apakah wallpaper di desktop opis saya. Taadddaaaaaa




Kenapa zirafah merah jambu? Kerana saya sukakan zirafah & warna merah jambu!


Enjoy!

Syukran

Salam Jumaat yang mulia.


Cerita hari ini di mulakan dengan cerita semalam. Petang lepas kerja semalam adik ipar saya fon abang dia iaitu suami saya, bagitau yang kereta dia tak boleh start kat tempat letak kereta stesen minyak petronas batu 9. Jadi, kitorg pun gerak ke sana & selesaikan ape yang patut. Lepas tu dia pun dengan relanya di pau kan oleh abang dia ke restoran man kajang. Ini antara hasil pauan tersebut:


Paprik


Telur dadar


Kuetiaw kungfu


Air Batu Campur


Sekian...


Eh, adalagi sikit benda nak cerita. Haritu kan.... Haritu kita dapat hadiah dari big boss atas kerana kita telah setia selama 15 tahun di syarikat ni. Alhamdulillah.



15 tahun dapat gold coin, kalau 20 tahun dapat rantai basikal kot?!!!


Enjoy!

Wednesday, 21 March 2012

JJHBM (Jalan-Jalan Hubby Belanja Makan)

Salam.

Dah lama nah tak cerita pasal makan kan! Ni nak ceritalah ni, versi 2012. Malam semalam makan kat gerai Satay Malaya, taman impian ehsan. Tapi tak makan satay pun. Menu yang di taja oleh hubby terdiri daripada: (ewaaaaaahhhhh....)


Nasi putih x 3


Kangkung goreng cili api


Ayam goreng kunyit


Telur bistik


Siakap tiga rasa


Kopi ais, sirap bandung & teh tarik


Kombinasi menu di atas menyebabkan kekenyangan melampau. Sila jangan tiru aksi kami di mana-mana pun.


Ok, ok... sudah-sudahlah cerita pasal makan. Nak cerita pasal hadiah hari jadi pula. Hari jadi Selly hari jumaat ni, jadi harini saya nak pergi poskan hadiah untuk dia.. Tarrraaa...


Tapi jangan terkejut nanti eh Selly, bukan ini yang kitorg nak pos tu sebab pusing punya pusing tak muat kertas minyak untuk balut kotak pink yang glemer ni...

Enjoy!!!